Pages

Showing posts with label SHARING IS COOL. Show all posts
Showing posts with label SHARING IS COOL. Show all posts

17 September 2011

Best La Tips Sembang Ni

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya pada semua yang rajin berkunjung ke blog aku ni terutamanye budak ni  hehe. Agak jarang sudah aku update blog ni seperti sebelum ni. Kalau update pun pasal diari aku. Takde benda lain itu je la yang aku tahu tulis. Dulu selalu juga aku post pasal benda yang cam best yang aku letak bawah label Sharing Is Cool. So sekarang ni aku nak mulakan balik habit lama aku tu dengan berkongsi benda-benda yang cam best kat internet ni bermula dengan video vlog mamat sorang ni. Memang terbaek !!!!



Jadi kepada korang yang agak malu-malu rimau tu boleh la praktikkan apa yang brader ni cakap yeee. Ni fanpage dia [klik] dan channel youtube dia [klik] :)

p/s : alamak tiket bas balik bangi tak beli lagi haha...

12 April 2011

Teksi Evo Terbaik !!!



Anda nak pergi mana cakap je...ibu mengandung tidak digalakkan sama sekali..terbuka untuk semua kaki bangun lambat dan juga yang gilakan game need for speed hehe...

p/s : motherboard rosak kena ganti beb...

11 April 2011

Basuh Laptop Bagi Bersih Punye !!!



Amacam ada bran tak nak cuci laptop korang tu hehe...sebarang risiko adalah tanggungan anda sendiri..pikir baik-baik kalau nak bersihkan laptop dengan cara ekstrim sebegini...(^-^)

p/s : khabar angin mengatakan mak aku bercadang nak beli komputer desktop...hoho...

10 April 2011

Perkara Yang Membuatkan Lelaki Dibenci Wanita


1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda. 

 
7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

 
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga..

p/s : ohh baru aku tau...kat sini aku baca tadi...

09 April 2011

Windows 8 Nak Keluar?




Bilakah tarikh rasmi windows 8 akan dikeluarkan?

Ada entri yang mengatakan Windows 8 akan dilancarkan. Namun, tarikh rasmi masih belum diketahui. Mengikut satu artikel di wikipedia, dalam satu Consumer Electronic Show di Las Vegas baru-baru ini, Microsoft ada mengumumkan mereka akan melancarkan satu sistem operasi baru pada tahun 2012. OS tersebut dijangka diberi nama Windows 8.

Ramalan ciri-ciri Windows 8
Selepas Microsoft mengumumkan tarikh jangkaan pelancaran Windows 8, banyak laman web yang membuat ramalan-ramalan mengenai ciri-ciri yang bakal ada pada Windows 8. Antara jangkaan popular ialah maklumat yang didakwa dibocorkan oleh seorang Microsoft Enthusiast bernama Francisco Martin Garcia. Jom kita tengok apa yang dia bocorkan.

Kelajuan & prestasi
Ciri penting yang bakal ada pada Windows 8 adalah kelajuan dan prestari yang lebih tinggi daripada sistem operasi sebelumnya. Microsoft dikatakan bakal memperkenalkan beberapa teknologi generasi baru high speed connectivity seperti sokongan USB 3.0 dan Bluetooth 3.0. Microsoft akan cuba mempertingkatkan prestasi Windows 8 sehingga korang tidak perlu lagi menunggu sistem untuk boot. Konsep ‘instant boot’ akan diperkenalkan.

Kinecs
Antara ciri lain yang bakal ada pada Windows 8 adalah teknologi motion video sensor generasi baru yang bakal digunakan dalam Xbox 360 keluaran akan datang. Teknologi ini mampu mengesan kedatangan pengguna dan membolehkan mereka log in secara automatik.




Kinecs yang didakwa akan diaplikasikan dalam windows 8. Kinces ni macam teknologi Facial Recognition Logon yang sudah terdapat dalam laptop Asus. mungkin lebih baik kot?

Hardisk Sekuriti
Akhir sekali, Microsoft dijangka memberi fokus kepada enkripsi data yang disimpan di harddisk. Teknologi yang digunakan oleh sistem operasi Windows sekarang adalah Bitlocker.

Sumber dari SINI 

p/s : tunggu masa je nak format lappy aku ni...banyak semut kat dalam...lol...

08 April 2011

Tukang Sapu Di Kandang Ular Yang Cool !!!



Tengok ular kat belakang dia yang dah tegak berdiri dah cukup membuatkan aku menjeling-jeling di setiap penjuru bawah meja dan katil aku ni..serius seram..phobia sikit dengan ular ni..tapi memang respect kat brader ni..rilek je buat kerja..ular tu pun macam dah bosan nak gigit dia hehe...

p/s : Awok tak mau keje camni..pasal awok tak suka dengan ular..kalu mike sependapat dengan awok sila like kat bawah cam awok hehe...

31 March 2011

Maharaja Lawak 2011

Assalamualaikum

Besok rancangan Maharaja Lawak yang akan dihoskan oleh AC Mizal akan membuka tirai pada pukul 10 malam di Astro Warna dan Astro Prima..satu rancangan yang aku rasa memang dinantikan oleh rakyat Malaysia dengan tema utama iaitu komedi..rasanye lebih kurang je dengan Raja Lawak tapi yang membezakan ialah penampilan peserta dalam Maharaja Lawak ni yang terdiri daripada finalis Raja Lawak yang terdahulu...


Ada lebih kurang 12 peserta dalam rancangan Maharaja Lawak ni yang terdiri daripada Kumpulan Jambu (Yus & Tauke), Kompulan Jozan (Johan & Zizan), Nabil, Kumpulan XN3, Kumpulan Sepah, Jihan, Amir, Kumpulan Wai (Kecik & Idlan), Alex, Man, Kumpulan Balas dan Kumpulan R2...ada yang bergerak secara solo dan berkumpulan...pastinye ada kelainan yang bakal ditonjolkan dalam Maharaja Lawak ni...


Apa pun aku sokong Jozan (Johan dan Zizan) sebab diorang ni memang top terbaik dari ladang...
tak dapat dinafikan yang lawak diorang ni memang natural dan nampak spontan giler lagi-lagi bila ada aksi cover line antara diorang ni hehe..lagi satu lawak diorang ni tak bosan bila tengok banyak kali kat youtube sana..memang berbakat la korang...

Tapi aku tak dapat tengok Maharaja Lawak ni sebab rumah aku takde piring Astro...cuma pakai antenna tempat tenggek burung helang je hehe..tapi pasti ada alternatif lain untuk tengok walaupun agak lambat..paham-paham sendiri la hehe...

p/s : Simbol misteri....? "nampak sangat menipu",kata Usop kepada Pak Erwinjongko.

26 March 2011

Mentaliti Made In China

Assalamualaikum...i know you there in front of computer or lappy or whatsoever you are..please keep watching your back because im afraid there is something that will make you down..just keep on your eye to the front and never turn your eyes to back...yeahh..im talking what?...just forget it because i dont know what i say now..the impact of 23 is so big but its never turn me down...hopefully la...

Ok habis sudah sesi drama bahasa inggeris yang terabur sini sana haha (entri kali ni agak emosional sikit bagi aku) pernah dengar tak kat sekeliling korang ayat seperti "ala handset china je tu...bangga lebih watpe"...takpun ayat camni "ko cakap handset ko ori?tu handset china dok"..atau pun "laa handset china rupanye" dan ayat-ayat yang lebih kurang sewaktu dengannya..itulah mentaliti masyarakat kat sekeliling aku yang aku nampak sejak dari dulu lagi..susah betul nak ubah persepsi diorang ni...asal ada je tulisan kat belakang tertera made in china terus buat konklusi itu barang fake la..copy la..underwater la..padahal cuba la selidik dulu barang tu original atau tidak...

Memang tak dinafikan yang negara china merupakan pengeluar banyak barangan fake yang di copy dari jenama branded dunia tapi perlu diingatkan yang tak semua barang tu adalah hasil copy..barang yang aku maksudkan adalah handphone cap Nokia kepunyaan aku..semalam masa kat giatmara member aku try tengok N8 aku tu..aku pun bagi je la...kalau tak bagi nanti dianggap sombong pulak...pastu tetibe dia accused Nokia N8 aku tu adalah fake made in china..dia cakap begitu kerana ada tertera tulisan made in china di bahagian bawah sebelah port charging 22mm N8 aku tu...come on la sekarang kat kampung orang asli pun dah ade wifi la..penjelasan aku ditolak bulat-bulat dan aku dicop sebagai pembeli tertipu...mana tak makan dalam hati aku bila dia cakap camtu...sabor je la...

Nokia sebenarnye tidak la miskin (aku bukan Nokia Fan Boys) untuk membina satu kilang je dekat Finland sana..Nokia ada membuat kilang di China dan beberapa negara lain kalau tak silap aku la..untuk pasaran produk dekat eropah dia akan ambik dari kilang Nokia di Finland sana..dan untuk pasaran Asia pulak dia akan ambik dari kilang Nokia di China..so kebanyakkan handphone Nokia di Asia memang dipasang di China oleh Nokia sendiri..so takde timbul isu fake atau whatever la kalau timbul tulisan made in china di handphone Nokia...kualiti pulak memang sama dengan handphone Nokia made in Finland atau made in Mars atau made in Atlantis..standart pakej kat dunia ni..takdenye berat sebelah..dan lagi pun China kan negara tiga kuasa ekonomi kan?







Untuk bezakan handphone ori dengan fake cuba check ada tak nombor IMEI dengan menekan *#06#...atau pun lagi senang untuk handphone yang guna OS Symbian cam aku ni hehe..bole je tekan *#0000# untuk check original ke tak...kat situ bole check firmware dan yang penting keoriginalan dia (korang usha blog ni)...setahu aku handphone fake tak boleh guna kod ni dan takde OS...atau lagi senang tanye je kat tokey kedai handphone tu...kalau dia tak tahu just tinggalkan je dia dan cari kedai lain yang tokeynye lebih berpengetahuan pasal teknologi ni...

Pak Jabit berkata "wahai masyarakat Malaysia berpindah la dari telefon sms Akademi Fantasia kepada smartphone seiring dengan perkembangan teknologi yang kian pesat berkembang...Pak Jabit tak paksa tapi kalau korang pakai smartphone korang jugak yang dapat advantage dari smartphone tu sendiri...smartphones tu camne?..adakah itu satu soalan?...lol..."

Dekat sini apa yang penting adalah ilmu pengetahuan kita tentang sesuatu benda itu..kalau takde pengetahuan nanti jadi la macam segelintir masyarakat kita yang masih memandang serong terhadap sesuatu benda yang diorang sendiri tak tau akan halnye..bila sebut made in china mula la si polan tu berhujah sana sini sehingga si polan itu berasa dia dianggap sebagai seorang cendekiawan di dunia dia sendiri...cuba tanye kepada si polan tu antara Malaysia dan China mana lebih maju?...dia pasti ada jawapannye...

Ok cukup sudah entri emosional aku hari ni..terima kasih kepada member aku yang dok kutuk N8 aku semalam sebab kalau ko tak kutuk takde la idea untuk aku update blog aku hari ni...rasanye dia takkan baca entri aku ni...lagi pun kampung dia takde wifi lol (laugh out loud)

p/s : senyman manis dibawa angin...aku rindu dengan senyuman itu...

23 March 2011

Jom Update Mozilla Firefox 4 !!!



Kepada sesape yang masih belum update firefox sila la update sekarang...dah available launch hari ni...memang nampak cool interface firefox 4 ni...tak nak cakap banyak korang try sendiri ye hehe..

Camne?
Pegi menu - Help - About - update

Atau klik sini..
http://www.mozilla.com/en-US/firefox/fx/

Boleh juga tengok view stat counter untuk firefox 4 download ni...
http://glow.mozilla.org/

Dan di Asia nampaknye Malaysia menduduki tempat ke 8 (buat masa ni) untuk download terbanyak...

p/s : masih adakah waktu?

21 March 2011

Apple iPad 2 Kena Tembak !!!



Alamak ngeri pulak aku tengok bebende ni hehe...

p/s : kepada budak sekolah dimaklumkan cuti sekolah dah habis hehe..

20 March 2011

Video Nokia N8 Yang Cool !!!







Bila aku tengok video ni semua aku rasa cam teruja sikit...nak tau kenapa nanti aku cerita hehe...

p/s : Rabu depan result SPM aku keluar...jadi kat sini aku nak mintak tolong doakan la aku biar dapat result yang baik nanti ok...:)

21 February 2011

Facebook Boleh Menyumpah Pengguna !!!


Facebook sekarang boleh menyumpah para pengguna di seluruh dunia dengan hanya 1 klik !!!
Just kidding hehe...

p/s : Nokia N8 tengah tunggu aku?

05 February 2011

Ragam Ketika Akad Nikah



Sampai camtu sekali rasa dia punya rasa gugup...agaknya memang susah kot nak kahwin ni hehe..

p/s : dalam proses belajar strumming gitar...jeng jeng hehe..

27 January 2011

Kasut Nike Paling Cool !!!


Kalau diberi pilihan aku nak yang Nike Google atas nih..mengancam siot..baru syok layan internet hehe..

p/s : bosan adalah penyakit yang boleh membawa kepada sakit mental...serius beb !!!

26 January 2011

Siri Dragon Ball Versi Terbaru !!!

Kepada peminat dan fanatik siri Dragon Ball ada berita terbaek buat anda..siri itu bakal dihidupkan semula dalam versi terbarunye dengan kerjasama SS...







Kompem meletop cite ni kan kan..SS tu Spongebob Squarepants la hehe..

p/s : aku tak pernah main futsal...futsal tu main kat atas air ke hehe..

25 January 2011

Kesilapan Lelaki Ketika MengAyat Wanita

Mengikut kajian sebuah Universiti di England, sebanyak 70% lelaki gagal melamar wanita untuk di jadikan pasangan mereka. Hasil kajian ini merumuskan kegagalan ini adalah berpunca dari lelaki itu sendiri ketika mengorat wanita.


gambar hiasan

Jom kita terjah kesilapan besar lelaki ketika mengorat wanita :
1. Tidak menyemak status wanita itu

Sebelum mengorat wanita itu, adalah penting untuk mengetahui status wanita itu sama ada dia kekasih orang atau isteri orang.

Jika wanita itu milik seseorang pastinya dia tidak selesa apabila ada lelaki lain mengoratnya. Kebarangkalian untuk di tolak amat tinggi sekali. Lagipun tak baik merosakkan perhubungan orang lain.

2. Kerap SMS atau telefon di awal perkenalan

Wanita amat rimas jika kerap menerima SMS atau telefon dari lelaki yang baru mengenalinya terutamanya jika tiada alasan yang kukuh. Ini akan menampakkan sangat lelaki itu mahu mendampinginya.

Wanita amat selesa berSMS atau menjawab telefon dari seseorang yang dia kenali dan rapat. Oleh itu adalah lebih baik berkawan rapat dengan wanita itu sebelum menggunakan telefon sebagai medium perantaraan untuk mengeratkan perhubungan.

3. Selalu cuba mendampinginya

Wanita amat rimas jika ada lelaki selalu cuba mendampinginya setiap masa. Wanita akan bertambah lemas jika lelaki menanyakan tentang peribadi dan mencungkil rahsia dirinya terutamanya di awal perkenalan.

Adalah lebih baik cuba mengenali wanita itu secara tidak terang-terangan contohnya berbual ketika menaiki lif yang sama. Taktik ini tidak menunjukkan yang anda terdesak untuk mengenalinya dengan lebih rapat.


4. Cuba menjadi orang lain

 Jika wanita itu sukakan seseorang itu sebagai idolanya contohnya Yusry KRU, janganlah pula anda cuba 'menjadi' Yusry KRU untuk mengoratnya. Ini kerana anda tidak akan berjaya menjadi Yusry KRU sepenuhnya.

Adalah lebih baik anda menjadi diri anda sendiri. Setiap orang punya personaliti yang unik dan tersendiri. Wanita akan mudah tertarik dengan personaliti lelaki yang unik dan tersendiri.

5. Melamarnya ketika masih di awal perkenalan

Untuk menjadi pasangan hidup seseorang, biasanya wanita perlukan banyak masa untuk berfikir. Banyak faktor di ambil kira. Oleh itu wanita tidak mudah menerima lamaran seseorang yang baru di kenalinya.

Oleh itu lelaki perlu menjadi kawannya terlebih dahulu kemudian kawan baik dan seterusnya kekasih. Selepas itu barulah anda ada harapan di terimanya jika anda melamarnya untuk berkahwin.

Semoga informasi di atas ini berguna bagi lelaki sedang memburu cinta sejati. Apa yang penting ialah mempraktikkan taktik yang berkesan dan usaha yang berterusan. InsyAllah akan membuahkan hasil kelak..

p/s : tak payah beli buku kat kedai..kat dunia maya ni berlambak tips pasal cinta hehe..

23 January 2011

Tips Selepas Putus Cinta Bagi Perempuan (Lelaki Pun Boleh Gak )

 
 
1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.

Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana. Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.

p/s : bagaimana rasanye bila putus cinta...?

22 January 2011

Bila Perompak Baca Buku Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA)


Aduyai member aku sorang ni memang tak bole blah dia punya idea posing depan kamera...but nice..kan bagus kalau penjenayah kat luar sana tu ikut cam ni..jahat-jahat jugak..tapi ilmu asas agama tetap di dada hehe.."buat baik berpada-pada..buat jahat jangan sesekali"...

p/s : besok pagi aku kena daki bukit...so what?

21 January 2011

Kisah Ayah Anak Dan RM 10


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Eyman tanya satu soalan?”

“Ya, nak tanya apa?”

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”

“Eyman saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”

“20 ringgit sejam.”

“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, “Ayah….boleh tak Eyman pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”

Si ayah menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni…”

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.
Didapati anaknya masih belum tidur. “Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.


Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini Eyman kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Eyman minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Eyman ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.

“Ayah, sekarang Eyman sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Eyman nak beli sejam dari masa ayah. Eyman nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Dengan linangan air mata, baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu….

p/s : kerja-kerja jugak...keperluan kasih sayang tu jangan diabaikan....

Sandal Anda Tidak Akan Hilang Jika....


1) Jangan memakai sandal yang branded, seperti Adidas, Nike, Dr Cardin,Crocs, Timberland dan sebagainya sebaliknya gunakan yang berjenama tiruan seperti Abibas, Naik, Dr Kakdin,Broks, Selambaland dan lain-lain..

2) Jika anda terpaksa memakai sandal branded, simpanlah sandal anda di tempat yang jauh, misalnya sandal sebelah kanan anda letak di Masjid Jamek, sandal yang sebelah kiri anda letak di Masjid India.

3) Letakkan password dan alarm pada sandal anda.

4) Pasanglah kamera & tracker dengan GPS secara tersembunyi pada sandal anda, agar anda boleh memantau dimana posisi sandal anda jika sandal anda di curi. Nak letak kotak hitam pun boleh.

5) Jadikan sandal anda sebagai aksesori yang boleh dikalungkan dileher atau jadikan sebagai anting-anting.

6) Buat kotak untuk anda simpan sandal anda seperti bentuk kotak derma, selain sandal anda selamat dari dicuri, anda juga akan mendapatkan sumbangan amal.

7) Gunakanlah sandal yang berbeza, sandal sebelah kanan warna pink dengan hiasan bunga matahari, sebelah kiri warna kuning dengan hiasan kepala tengkorak.

8) Gunakanlah saiz sandal yang berbeza, contohnya sandal sebelah kanan bersaiz 37, dan sebelah kiri bersaiz 45.

9) Gunakan sandal yang sama kedua-duanya iaitu kedua-duanya kanan atau kedua-duanya kiri.

10) Modified sandal anda dengan menambah manik-manik, butang dll atau dan membuat lubang di tengah sandal anda, sehingga sandal tidak boleh dicuri kerana pencuri pun xde mood nak curi.

11) Letakkan sehelai kertas di atas sandal anda yang berbunyi ‘Sandal ini Ajoi yang punya ’ ; ‘Sandal ni murah, jual tak laku’ ; atau anda tulis pengumuman begini ‘Ini bukan sandal..! sumpah ini bukan sandal..!’

12) Tips terakhir , paling ampuh dan yang paling berkesan ialah :

Pakailah selipar jepun atau kasut, supaya anda tidak akan kehilangan sandal.

p/s : the problem like to rolling back to us after it rolling go....lol.. : P

Para Pengikut Yang Superb Setia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...