Pages

29 June 2014

Ada Apa Dalam 6 Bulan Ni?

Assalamualaikum.



First of all aku nak ucap selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam sedunia. Hari ni 1 ramadhan 1435H macam mana puasa korang? harap masing-masing tabah melawan PHD hawa nafsu sendiri tu. Kan.

Lama benar rasanye aku tak menconteng kat dalam blog aku ni. Dekat 6 bulan rasanye. Maklumlah sibuk sikit dengan urusan duniawi ni. Ape cerita dengan hidup aku selama ni. Iyelah sejak aku balik dari trip pergi Kelantan hari tu hidup aku jadi sibuk sikit. Dengan In-Plant training lagi. Final exam lagi. Dengan macam-macam lagi la kerenah duniawi aku ni. Nak dicerita satu persatu memang tak tertulis. 

So hari ni macam banyak masa. So aku nak karang sikit la apa jadi kat aku dalam tempoh blog aku berhabuk ni. So aku start dari masa aku. Baca kat bawah.

Alhamdulilah sekarang ni aku dah masuk ke semester 5 di GMI. Sem ni aku kena praktikal dekat luar. Biasa la tu. Aku dapat tempat dekat satu company di Petaling Jaya sana. Kerja aku dekat situ adalah kena mengena sikit dengan network. Daripada mouse dekat PC sampai la ke rack server aku kena main. Ada time tu kalau takde kerja kat office serius sumpah bosan. Nak tidur tak boleh. Tapi kalau dah ada kerja yang datang menyinggah nak duduk dekat kerusi pun susah.




Lepas tu dalam dua minggu aku start in-plant training ni aku kena turun site dekat Hospital Putrajaya dengan Institut Kanser Negara. Mula-mula gembira la jugak pasal dekat dengan rumah aku kat bangi tu. Tapi lepas tu jadi tak best pulak. Sebab kerja yang aku buat kat site tu tak berapa nak seronok. Bosan la senang cakap. Mungkin boss aku tu nak bagi aku pengalaman kot. Entah la. Tapi syok jugak la sebab kerja aku pusing satu hospital tu buat kerja.



 Macam-macam la aku boleh tengok macam equipment bilik bedah tu. Bilik mayat. Wad VIP. Sampai lah ke bilik wad bersalin. Yang ni sumpah best yang mana aku rasa pengalaman yang aku takkan lupa la. Time tu kena masuk wad bersalin cari barang. Then time tu jugak ada orang nak bersalin. Aku takde la pegi tengok orang tu bersalin tapi aku dapat dengar secara live macam mana teriakkan ibu nak bersalin ni. First time dengar tu rasa teruja. Tapi tetibe jadi meremang bulu tengkuk aku. Tak tau nak gambarkan tapi apa yang aku dapat cakap semua wanita kat dunia ni memang kuat. Salute them. Respect them. Time ni la berangan nak jadi seorang ayah. haha. Nampak macam lawak tapi itu lah hakikat. And satu point lagi. Nurse-nurse muda kat sini semua stok boleh buat calon menantu untuk mak abah aku. Dapat la merasa tengok pemandangan bidadari dunia kejap. kah.

So banyak tak banyak sikit tak sikit aku belajar dari aku praktikal ni. Merasa la jugak masuk ke bilik data centre. Tengok macam mana secure nak masuk dalam data centre. Sejuk dalam tu. Then melayan kerenah klien IT dekat company ni daripada masalah sekecil zarah sampai lah sebesar bulan. Macam mana rasa jadi kuli dan macam mana rasa curi tulang haha. Jangan tiru ini.


Oh yee terima kasih la dekat Faiz kawan satu tempat praktikal aku yang tabah melayan kerenah aku beli speaker Altec Lansing dekat low yat masa balik kerja hari tu. Besar jugak la kotak speaker tu dia sanggup pegang dari low yat sampai bangi. Thanks again.

So tak habis lagi cerita aku ni. Panjang lagi kot. Muntah hijau la korang nak baca. Ni mega punya entri sebab nak cover 6 bulan punya cerita haha.

Sepanjang aku praktikal ni aku diberikan elaun oleh company aku tu. Banyak tak banyak la. Dalam 4 bulan boleh dapat 2k something. So bahagi la 4 haha. Know what, benda yang paling aku nak buat masa aku dapat motor LC aku tu adalah aku nak bagi cantik motor tu. Tapi barang LC ni modal dia besar sikit. Daripada cover set sampai la ke barang enjin semua makan duit. Tu sebab aku pendam perasaan aku hampir setahun sebelum aku boleh buat motor LC aku tu. Yet semua tu pakai duit elaun praktikal aku. Nampak? haha.










Daripada cover set sampai sport rim semua ni duniawi belaka. Rentung duit aku. Tapi takpe la aku puas. Lantak la orang nak cakap apa asalkan aku tak kacau duit mak abah aku. Rasa terharu pakai duit sendiri ni. Then lepas tu aku buat balik topset servis LC ni memandangkan dekat setahun dah aku pakai blok FZ. Ternyata blok fz ni tahan. Calar halus mulus je. Repair apa yang patut. Rentung lagi duit aku. By the way sekarang aku dah tak nak tambah apa-apa lagi kat motor kesayangan ni. Dah cukup puas. Barang-barang kelajuan pun aku banyak dah jual pakai yang standart balik. Lepas ni aku nak fokus dekat kamera pulak. insyaallah slow-slow hehe.

Bulan april yang lepas, aku kembali semula ke GMI sebagai seorang student semester 5. Orang cakap dah hampir memegang gelaran senior tertinggi haha. So aktiviti pun macam biasa. Pergi kelas balik kelas. Dan subjek untuk semester 5 ni pun tak banyak sangat. Ada dua kelas je pun yang kena masuk. Masa memang banyak terluang masa ni. Berbekalkan semangat yang ada akhirnye Cameroon Highlands menjadi tempat untuk aku bersuka ria sebelum menghadap minggu menyiapkan proposal FYP dan final exam. Dah lama nak jejakkan kaki dekat sana sebelum ni ada plan nak pergi tapi tak jadi. So kali ni memang hati aku kering walaupun takde yang nak ikut aku tetap akan pergi jugak.



Berbekalkan semangat 4 orang anak muda yang kacak kitorang pun gerak la ke cameroon highlands tu seawal pukul 4 pagi. Happy giler aku time ni haha. Full tank minyak motor masing-masing dan keluar ikut sungai besi sampai la ke RnR tanjung malim. Rest kejap then terus sambung perjalanan. Samapi RnR Tapah isi minyak lagi dan terus masuk exit tapah. Nampak simpang 3 ambik kiri pastu terus je sampai ke cameroon highlands. Jalan nak naik ikut tapah ni sempit sikit. Pastu memang berliku. Sampai dekat pertengahan jalan nanti akan nampak satu air terjun tepi jalan. Memang cantik. Tapi kalau nak selesa sikit ikut la simpang pulai. Jalan dekat situ besar sikit.
















Lebih kurang pukul 9 pagi kitorang sampai kat cameroon highlands. Lepas tu terus cari hotal budget murah check in terus. Then rehat kejap dalam 1 jam baru la kitorang keluar cari makan. Serius walaupun matahari dah naik tapi tetap sejuk. Nyaman gitu. Lauk pauk pun sejuk haha. Dan petang sikit baru la kitorang pusing-pusing kat pekan dia ni. Masuk ladang strawberry, tengok ladang lebah, ladang teh dan pasar malam dia. Kira kalau nak best stay la sini dalam 3 hari 2 malam macam tu. Tapi sebab nak potong kos kitorang stay 2 hari 1 malam je. Tapi best la.



Then sabtu petang tu kitorang gerak balik ikut simpang pulai. Kena pulak petang tu hujan lebat. Memang basah lecun kitorang haha. Tapi jalan corner dia memang best. Sempat la aku layan kejap even jalan basah sebab hujan. Kira ni corner terbaik selepas corner dekat jalan Grik kedah sana. Ada masa nanti aku nak repeat balik corner kat sini. Ishhhhh geram.

Selepas habis trip tu tension datang akhirnye pasal dah kena fikir idea FYP ataupun final year project. Time ni memang dugaan datang dekat aku. Dekat nak habis tarikh hantar projek dekat supervisor group aku masih blank dengan idea tak tahu nak buat apa. Masa ni aku demam. Time tengah demam tu la nak serabut fikir pasal projek apa nak dibuat. Memang stress lah. But in the end kitorang dapat jugak idea untuk buat apa. Selesai dengan supervisor hari untuk present project proposal pun tiba. Benda yang kitorang tak jangka. Verifier cakap group lain pun implement konsep yang sama dengan projek kitorang. So verifier bagi option untuk go on dengan kitorang tu tapi dengan penambahan features baru ataupun tukar projek lain. Time ni moral aku agak down kejap la pasal reaksi verifier memang mintak kitorang tukar projek lain.


Aku ingat lagi, petang lepas present tu aku keluar amik angin kejap. Pergi kat port rahsia aku pastu tengok sunset tenggelam. Dekat situ aku fikir balik. Memang la sakit 2 minggu punya kerja buat tetiba dapat result macam tu. Report kena kritik. Sakit hati pun ada. Tapi salah kitorang jugak lah. Tak spy secara keseluruhan projek group lain. Then kerja last minute. And sebenarnye aku sendiri pun tak berapa nak faham betul apa projek kitorang buat tu. Semuanye last minute.

Then lepas semua dah macam biasa kitorang start fikir balik apa nak buat. Go on atau tukar projek. Mula-mula majoriti nak go on tapi last-last semua setuju nak tukat projek baru. Idea baru projek kitorang ni takde la lama sangat nak cari. Semua starting bila entah kenapa otak aku asyik fikir pasal something yang ada kena mengena dengan wireless. Then buat le research sikit projek pasal wireless ni. Tak lama lepas tu bingo dapat pun idea. Dalam masa seminggu kitorang buat balik proposal. Memang pulun habis sampai tertido time buat kerja haha. Pukul 1 pagi buat slide esok pagi nak kena present untuk second presentation.


Actually time present tu pun group kitorang kena hentam lagi. Itu ini ditanye. Tapi berkat ketabahan kitorang tu projek kami akhirnye diterima. Walaupun kena perbaiki sikit but finally proposal has been accepted. Itu yang penting. Untuk semester 6 nanti aku sure yakin memang akan sibuk + pening kepala + stress + muntah hijau punye lah. Harap berjaya la projek kitorang tu insyaallah.

Selesai bab project proposal aku kena menghadap final exam pulak. Macam biasa lah. Walaupun ada dua paper je tapi bab menghafal teori ni memang aku benci. Tapi kena pandai la nak cover. Paham sendiri lah haha. Moga result dan pointer untuk semester 5 ni baik belaka semuanye. insyaallah amin.

Habis je minggu exam semua happy je. Hilang sikit beban dekat kepala ni. Kebetulan habis je paper tu esoknye besday aku. Aku paham benar la perangai member-member aku ni. Kalau sebelum ni kena dekat besday aku je mesti dah cuti semester time tu. Tapi kali ni tak boleh nak elak. Malam tu jugak aku kena dengan member aku. Macam biasa la tepung dengan telur. Itu kalau dimasak jadikan lempeng sedap jugak. Ini tak aku jugak yang nak dibalingnye. 



Malam tu aku bermandikan tepung dan telur. Tak banyak pun pasal sebungkus telur berjaya aku pecahkan dari tangan Ali. 10 bonus point dekat situ haha. Ada la sekali aku tergolek pasal lari dari kena baling. Epik giler. Ni semua salah selipar. Kalau tahu aku pakai kasut. Kah. Terima kasih la kawan-kawan sebab ingat besday aku yang selama ini cuba aku selindungkan tarikhnye. Sempoi ewahhh ewahhh haha. Paling best greeting daripada awak. Yee awak. Sangat saya hargai. And don't let this friendship ruin again yeaa. Just in friend zone. Dan paling bermakna sms daripada mak. Terima kasih lahirkan Adha. Someday I make you proud of having a son like me. Wait yee mak hehe.


Sekarang ni tengah cuti semester. Tak lama. 3 minggu je. Target aku nak rehat puas-puas. Sambil tu nak cuba berubah. Oh yee aku baru angkat lens 50mm. Hadiah untuk diri sendiri. Kena racun dek bokeh haha. So lepas ni tak tahu bila lagi akan ada mood nak update blog ni. Mungkin tahun depan. Mungkin 5 tahun lagi. Rasa rindu dengan zaman kemeriahan blogging dulu. Sekarang dah kurang lah. Ok lah. Itu je nak sembang. Ada masa gua update lagi. Sorry bazirkan bandwidth internet korang. Gambar banyak sangat haha.

p/s : panas kan cuaca sekarang. el nino eh?

01 February 2014

Lirik Lagu Jauh Sudah by Azizi



Ya Allah
lindungilah diriku
jauhi aku dari kesesatan
aku tidak mahu hanyut
Ya Allah
aku tidak mahu
Ya Allah
ampunilah aku

Jauh sudah aku melangkah kaki
menuju jalan ujian dari Mu
melepaskan semua yang ada
yang diberikan padaku

Kau berikan aku sakit tak menentu
tiada yang tahu
tiada yang mengerti
apa yang ku rasa hanyalah sekasih cinta Kau padaku

Ya Allah
lindungilah hidupku
aku tidak mahu untuk hanyut sekali lagi
jauhi aku dari kesesatan
saat aku habiskan masa-masa dunia Mu

Kau berikan aku sakit tak menentu
tiada yang tahu
tiada yang mengerti
ape yang ku rasa hanyalah sekasih cinta Kau kepadaku

Ya Allah
lindungilah hidupku
aku tidak mahu untuk hanyut sekali lagi
jauhi aku dari kesesatan
saat aku habiskan masa-masa dunia Mu

Ya Allah
lindungilah hidupku
aku tidak mahu untuk hanyut sekali lagi
jauhi aku dari kesesatan
saat aku habiskan masa-masa dunia Mu

Ya Allah
lindungilah hidupku
aku tidak mahu untuk hanyut sekali lagi
jauhi aku dari kesesatan
saat aku habiskan masa-masa dunia Mu

p/s : first time aku dengar lagu ni masa aku tengah makan kat warung dengan member aku. warung tu bukak radio THR gegar tak silap aku. time tu aku dengar aku terus rasa macam tersentuh. sedap giler lirik dia. sekali dengar terus dapat tangkap. balik rumah aku cari lagu ni tapi tak tau tajuk. keesokan harinye benda yang sama jadi. tapi tajuk lagu still tak tahu. aku ingatkan band dari indonesia yang nyanyi. sebab ada slang macam lagu kumpulan the potter. tapi rupanye Azizi AF1 yang nyanyi. lirik oleh Ippo Hafiz. producer AG COCO baq ang haha. terbaik. lagu ni boleh buat reminder untuk diri kita semua and lirik dia boleh buat doa.

17 November 2013

Trip Ke Kelantan

Assalamualaikum.

Sekian lama aku menyepikan diri kini aku kembali membuka entri baru. Macam biasa la tak pandai nak bermukadimah sangat. So aku nak story sikit la trip aku pergi kelantan masa cuti awal muharam dengan deepavali ni. Cuti dalam lima hari so tak tau nak buat apa buat la aktiviti ekstrem ni.

Sebenarnye kalau ada yang ingat tahun lepas aku ada pergi jugak ke pantai timur ni. Ada dalam entri Pantai Timur baca la kalau nak. Tak paksa pun mwahaha. Kira macam anniversary la kitorang ke sana. Cuma kali ni berlainan laluan dan jentera hehe.


Beberapa hari sebelum aku nak pergi sana tu aku ada terlibat dengan satu kemalangan. Time tu aku nak tolong hantar member aku pergi interview dekat petaling jaya sana. Entah macam mana time aku tengah bawak motor tu tetibe ada satu van ni masuk lorong aku secara mengejut dan bump !!! aku jatuh. Salah cina tu tukar lorong tak bagi signal then tak tengok side mirror. Penyudah aku dengan member aku yang sakit. Motor aku tak ada apa sangat cuma bar handle aku bengkok sikit and body motor aku lari sikit. Kalau body dah lari tak boleh cakap apa la. Redha je lah. Termenung jugak aku time tu. Setiap bulan deducted elaun aku nak bayar motor tu lagi. Tetibe eksiden dah jadi tak sedap. Sakit bila fikirkan. Tapi tak apa lah. Esok lusa aku nak beli honda civic kot haha.


Ok balik pada cerita tadi. Kawan aku Ewe, Pokmey, Pijoe dengan Mamu bertolak awal hari rabu petang. Balik kampung awal diorang haha. Aku mulanye nak join tapi memikirkan aku ada interview hari jumaat pagi tu so aku tunda la kejap. Tak sia sia aku pergi interview tu haha. So malam sehari sebelum diorang bertolak tu sempat jugak la aku pi tukar tayar baru maxxis volans yang gah tu. Tayar depan maxxis aku masih ok lagi so aku tolak la dekat Pijoe murah-murah harga kawan-kawan hehe. Saja nak try tayar volans ni. Bagus ke tak. Ok lah.


Petang khamis tu aku pi kajang betulkan sikit bar handle motor aku tu. Repair apa-apa yang patut and tetibe jumpa pulak dengan member Helmy saudagar minyak JTX kat kajang ni. Tengok dia pun baru lepas eksiden motor jugak. Im feel that too bro haha.


Kalau perhatikan betul-betul nampak senget bar motor aku tu. Nak tukar baru tapi nampak macam boleh pakai lagi. Nanti je la tukar. Nasib baik T-fork tak bengkok. Kalau tak melayang lagi la duit.

Then bila tiba hari jumaat tu aku jadi macam berat hati nak pergi. Sebab apa? Sebab elaun tak masuk lagi masa tu. Plan nak gerak petang jumaat tu target sampai rumah Ewe dekat pasir puteh sebelum pukul 12 malam. Tapi tunggu punye tunggu elaun tak masuk jugak sampai la pukul 7 malam. Member aku bagitahu elaun dah masuk. Time tu aku fikir nak pergi ke tak nak ni. Sebab macam dah lewat nak gerak. Tapi sebab aku tengok member aku si Ali ni macam semangat lebih je aku pun rasa semangat jugak. So nak dijadikan cerita aku decide untuk gerak jugak pukul 2 pagi. Boleh je aku nak gerak awal sikit dalam pukul 9 malam macam tu tapi sebab aku fikir nak lalu jalan ke Gua Musang tu bukannye jalan biasa. My special twitter frenz aku pun bagi hint tak elok lalu jalan tu time malam. Gelap and jalan tak berapa nak cantik lagi. Pokmey lagi la siap call aku lagi pesan jangan dok gatal nak lalu gua musang sebelum subuh. Ada la point dia time dia call aku tu.



So kitorang pun rest kan diri tidur siap-siap. Menjelang pukul 1 pagi bangkit tidur mandi apa semua and tepat pukul 2 pagi tu aku, Ali dengan Faiz gerak sama-sama naik dua motor. Satu kawasaki RR yang dulunye pakai yamaha LC dan motor aku Yamaha LC yang dulunye pakai Honda wave s 125. Actually aku memang risau dengan motor aku yang baru lepas eksiden tu dan satu lagi pasal minyak motor aku yang agak kuat. Paham-paham je lah haha. Tapi aku kentalkan hati bawak spare tank kat bakul. Sampai genting sempah full tank minyak motor masing-masing and terus masuk karak. 

Then start mencabar mental aku time masuk jalan bentong tu. Ok lagi sebab ada pekan and lampu jalan semua. Mula dari area raub ke kuala lipis and seterusnye tu dah mula la rintangan bagai semua. First jalan memang gelap sebab takde lampu jalan. Second jalan dia kejap rata kejap ada lubang. Third ada kabus tebal. Yang ni memang pengalaman baru untuk aku. Sepanjang ada kabus tu aku kena bukak visor helmet aku. Tu dia amik ko habis basah muka aku redah kabus tu. Dia punya sejuk tak payah cerita la haha. And satu benda yang aku tak boleh lupa bila tengah bawak motor tu and tetibe aku pandang belakang tu dia nokharom gelap segelap gelapnye. Dengan takde kereta motor kat belakang memang aku doa je la dalam hati motor aku tak buat hal sepanjang perjalanan tu. Time tu jugak la kepala aku ni dok terbayang cerita-cerita seram yang aku baca kat internet pasal laluan ke gua musang ni. 


Sampai dekat satu area nama Benta tak silap aku kitorang isi minyak lagi. Then sampai dekat satu kawasan yang mana macam tengah nak buat jalan baru. Dekat situ kiri kanan memang hutan rasanye. Siap ada bunyi hutan lagi. Paham-paham ler. Aku buat tak tau je. Jalan dekat situ memang sunyi + gelap + seram dan kitorang rasa memang kitorang dua motor je la kot yang lalu situ time tu. Perghhh seram shit gitu. Sampai la ke penghujung nak masuk gua musang tu. Time tu jam dah masuk pukul 5 lebih. Dan aku expect boleh terus gerak sebab matahari dah nak naik. So takde apa nak risau kot.



 Sampai gua musang memang dah pagi dalam pukul 6.45 pagi macam tu. Jumpa satu warung ni singgah kejap minum sarapan semua. Lepas tu gerak terus masuk gua musang. Pagi tu pun kabus keluar lagi. Kiri kanan pokok pokok je banyak and jalan berliku sikit. Tapi riders kental apadehal redah je lah haha. Kalau time malam ni aku tak tau nak cakap apa. 

Sampai la destinasi rumah Ewe kat padang pak amat tepat dalam pukul 10 pagi. Kira 8 jam perjalanan menaiki motor kapcai melalui jalan gua musang dengan kelajuan sekitar 100km/h-120km/h. Kadang tu bawak 140km/h sebab Ali dok lupa yang aku bawak motor LC je pun. So far aku guna tank minyak spare sekali je sebab ada satu stesen minyak tu tutup. Kira ok lah carb uma 32mm ni untuk jalan jauh. Opsss haha.


Tidur kejap dekat rumah Ewe sebab penat. Sedar-sedar dah petang haha. Malam tu pi wakaf che yeh kejap tengok barang. Saja cuci mata. Jumpa sekali dengan Pokmey, Mamu and Pijoe. Faiz kempunan nak makan aiskrim potong haha. So malam tu meet up kejap plan nak balik ke KL. Ikutkan kitorang nak lalu ke Grik sebab member kitorang Din ada buat majlis sikit dekat Penang sana. So boleh la layan jalan dekat grik tu and sekali jalan ke Penang. Tapi sebab ada hal lain so tukar direction untuk balik lalu Kuala Terengganu. So malam tu kitorang bertiga tumpang tidur dekat rumah Ewe satu malam. Terima kasih banyak Ewe. 


Esoknye ke Kubang Kerian pi rumah Pokmey jap. Dia bawak pusing Kota Bharu. Tengah pusing-pusing tu ada nampak satu kedai spare part motor banyak giler kat area jalan kampung gajah tak silap aku. Tapi tengok macam tu je la. Duit bukan ada sangat pun haha. Then habis ronda-ronda terus ke rantau panjang pi rumah akak Pijoe. Ingat nak singgah rantau panjang cari barang tapi sebab sampai pun dah lewat petang so tak sempat la jawabnye. So malam tu pun tumpang tidur jap kat rumah Pijoe. Terima kasih banyak Pijoe and famili. Sempat lagi layan Kelantan vs Pahang malam tu. Aku boleh sokong pahang pulak. Elakkan je aku tido luar malam tu haha.


Plan nak gerak ke rumah Ewe pukul 5 pagi tapi masing-masing dok sedap tido pukul 6 pagi baru bangun. Kesudahnye sampai rumah Ewe dah dekat pukul 9 pagi. Then kitorang terus balik KL but sebelum tu kitorang ke rumah member kitorang kat Setiu sebab dia join konvoi kitorang ni haha.


Tengah perjalanan tu motor Ali tetibe buat hal. So stop kejap dekat satu petronas tu tengokkan motor dia. Tak lama lepas tu hujan pun turun. Nasib baik sempat berteduh. Time tu aku dah risau tengok motor Ali meragam tak mau hidup. Hari dah makin lewat ni. Aku nak check tengok motor dia pun tak berapa pandai sangat. Mujur ada Pijoe and the geng. Pusing sana pusing sini tolak sana tolak sini hidup pun jugak motor dia ni.





Sampai kat rumah Napi dah tengah hari. Cuaca dah panas. Sebab kejar masa kitorang redah je panas tengah hari tu sampai la aku nampak laut. Time tu sejuk je mata aku ni. Rasa nak mandi pun ada. Tapi tengok dari tepi je la. Time ni singgah satu kedai makan tepi pantai ni. Aku makan keropok lekor dia dengan sos dia perghhh memang terbaek. Aku geram je tengok makanan dia. Lepas dah kenyang singgah jap kat Kuala Terengganu rehat. Tido mandi apa semua. 



Then pukul 5 setengah lebih baru kitorang gerak balik. semula. Masuk ke lebuh raya bukit besi dah masuk pukul 6 setengah. Kitorang gerak sampai la dekat pukul 7 lebih baru sampai pahang. Aku tak ingat nama tempat tu. Tapi dekat situ pun jalan gelap jugak takde lampu jalan. Lagi jalan tak rata berlubang. Time kitorang lalu tu ada satu eksiden lori dengan kereta. Berderet kereta aku ingatkan ada sekatan jalan raya. Rupanye ada lori melintang tengah jalan. Teruk jugak kereta tu aku tengok.

On the way balik sekali lagi lalu jalan gelap kiri kanan hutan ladang sawit bagai semua. Selekoh banyak dan takde lampu pun. Serius bahaya. Tapi sebab time tu balik member dah ramai so kurang la rasa goyang nak lalu jalan gelap ni haha. Lama jugak la kitorang menyusuri jalan tu sampai nak masuk highway pantai timur. 


But sebelum tu berhenti kejap dekat satu kedai makan ni. Nampak seram gak. Mana taknye tengah naik motor kiri kanan hutan gelap gelita tetibe nampak kedai makan kat tepi jalan ni. Aku pun mulanye macam goyang nak singgah tapi mata dah berat nak tak nak kena berhenti minum jap. Napi pulak cakap ni memang kedai manusia aku pun steady je lah. Kepala aku dah dok bayang cerita kat forum internet tu pasal bunian la apa lah haha.

Then selesai makan semua kitorang pun masuk la highway. Lebih kurang pukul 10 malam macam tu. Pun keadaan yang sama. Highway gelap. Konvoi la kitorang ramai-ramai atas highway malam tu. Ada satu masa tu aku rasa mengantuk. Mata dah berat ni. Style aku bawak motor kalau mengantuk memang aku akan bawak laju pasal lebih fokus. Yang ni fakta dan diakui oleh ramai penunggang motor di luar sana. Benda ni terjadi masa dah separuh perjalanan. Lepas je habis isi minyak dekat Petronas RnR Gambang aku pun speed up motor aku. Time tu aku last sekali jalan dekat belakang. Entah macam mana time aku speed tu aku nampak member aku semua dok berhenti tepi jalan. Aku ingatkan pasal diorang tunggu aku sebab Pijoe dengan Ewe gerak lebih kurang dengan aku. 

Tengok dari jauh diorang pun berhenti dekat tepi so aku expect diorang tunggu member yang dekat belakang. Time aku tengah speed tu aku pun terus je la laju tak berhenti. Ingatkan diorang semua dok follow up aku dekat belakang. Lepas 2-3 minit aku speed aku pandang side mirror belakang aku gelap je. Hampeh sorang pun tak ikut aku. Aku nak patah balik macam dah jauh. Takkan nak wrong way pulak. So aku pun jalan je lah wat tak tau sorang-sorang atas highway super gelap tu. Sampai aku nampak satu jambatan berdekatan exit ni aku pun berhenti la. Tengok fon mamu dok miss call aku. Baca mesej motor Ali meragam dekat belakang. Itu pasal la diorang tak follow aku tadi. So aku pun tunggu la diorang seorang diri kat bawah jambatan tu. Lepak dekat bawah jambatan tu bukan satu perkara yang senang. Dengan keadaan gelap kereta lalu lalang takde. Ditemani lampu kuning jalan tu je. Tengok atas jambatan tu ada burung layang-layang hinggap. Banyak jugak la.


Dalam setengah jam aku tunggu tu diorang pun sampai tapi tak berhenti la. Just lalu bunyikan hon motor je. Aku pun bergegas la nak kejar diorang. Tak semena-mena tetibe je burung layang-layang tadi tu berkicau cara macam bising. Aku rasa macam tak selesea. Time tu jugak la bulu tengkuk aku meremang semacam je. Aku angkat tangan aku tengok bulu roma aku. Tu dia berdiri tegak baq ang. Aku dah keraskan hati wat tak tau je kalau ada benda pelik keluar. Tak lama lepas tu Ewe datang cara patah balik dekat aku. Aku cakap dengan dia weyh jom gerak. Tak payah tunggu lama-lama lagi. Samada dia rasa atau tak itu aku tak tahu. Yang aku time tu aku rasa nak capat-capat gerak dari situ.

Well sebenarnye takde apa pun jadi. Just benda tu lalu je kot. Kitorang sampai dekat genting sempah dah dekat pukul 2 setengah pagi macam tu. Then terus balik bangi. Sampai rumah dekat pukul 5 pagi. Then terus tido tak ingat dunia sampai ke petang haha.

Serius untuk pengalaman aku kali ni memang baru. And bukan berjalan sangat pun trip kali ni berbanding tahun lepas. Trip kali nampak macam padat dan berkejar masa. Mean macam tak relaks sangat. But still seronok la dengan member semua. Walaupun ada benda yang macam pahit sikit dalam trip ni tapi itu biarlah aku yang simpan. Tak ada apa sangat kot nak diceritakan. Trip kali ni pun agak berbahaya sikit. Bahaya kot. Tapi apa yang bahayanye haha. And agenda aku pun sebenarnye dah tercapai. So ok lah. 

Tapi ada desas desus nak repeat balik trip ni masa sem 5 nanti. Time habis praktikal kalau ada cuti lah. Tapi tak confirm lagi. Dan aku pun macam tak tahu nak join ke tak kalau jadi. Tengok la keadaan masa tu. Rasanye tu je la kot. Tulis panjang-panjang ni bukannye dapat markah A+ haha. Mini cooper ke. Oppsss haha.

p/s : sebulan lagi nak praktikal.

Para Pengikut Yang Superb Setia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...