Syukur alhamdulilah. Kesihatan aku beransur pulih setelah lebih kurang 2 minggu menghadapi proses hidup manusia. Cuma kadang kala tu adalah batuk-batuk lagi. Rindu pulak aku nak teruskan balik aktiviti jogging kat sekitar GMi ni. Mungkin minggu depan dah boleh start balik. Insya-Allah.
Sepanjang aku online ni aku menggunakan khidmat broadband maxis yang disisipkan simkad celcom di dalamnye. Maknanye aku menggunakan line celcom lah. Sangat puas hati dengan pelan prepaid broadband ni. Lebih kurang skmm tapi bukan skmm. Pelan satuuu Malaysia yang takde berbaur politik di sini haha. Dengan quota 1GB sebulan aku topup rm25 untuk terus kekal aktif berinternet. Tapi entah kenapa sejak seminggu ni simptom yang sama masa aku pakai maxis skmm dulu datang kat simkad celcom ni. Mungkin petanda zaman kegemilangan prepaid broadband nak berakhir kot. Entah lah.
Kalau ditanya dekat aku benda alah ni sebenarnye amat benefit untuk seseorang yang bergelar student. Iyelah student mana ada duit banyak nak bayar bil internet semua ni. Itu pun mengharapkan elaun mara/ptptn/father mother untuk survive. Biar aku berlaku jujur lah. Aku story mory sikit.
Dulu aku ada pakai simkad maxis skmm. Berdasarkan penggunaannye aku boleh katakan yang simkad ni sangat jahat. Sim kad skmm ni dia unlimited. Quota dah abis pun still boleh surf macam biasa. Download sampai lebam. Tapi speed depends on coverage. Ada cara dia yang membolehkan kita sebagai pengguna untuk dapat balik speed macam biasa tanpa guna apa-apa toyol. Nama pun maxis mestilah laju. Speed download aku pernah dapat dulu sampai 1mbps. Yup maintain antara 800 kbps-1mbps. Quota dah reach ketika itu. Tak lama lepas tu seperti biasa matop/white hat maxis dapat detect perkara ni. Dan maxis pun blocking la trik tu. Selepas tu aku go on pulak dengan penggunaan VPN. Boleh diguna pakai gak benda ni. Untuk bypass quota yang ada melalui server private provider VPN ni. Pun tak lama lepas tu kantoi jugak dengan maxis. So kesemua port yang ada diblock terus. Simkad legend ni aku main lebih kurang 8 bulan je. Rasa kejap giler. Sekarang ni aku tak tahu apa cerita dengan maxis skmm sebab simkad aku dah expired. Lama sangat tak top up. Sebabnye aku dah beralih ke celcom pulak.
Benda ni kalau difikirkan balik memang sangat boleh membuatkan pengguna postpaid broadband berbulu hati tengok pengguna prepaid ni. Bayar murah boleh dapat speed yang sama dengan postpaid yang bayar mahal dan quota yang jahat lagi membuatkan postpaid ni sakit hati. Dari situ aku tengok mungkin benda ni adalah bug dari ISP berkenaan sendiri. Ataupun memang sengaja dibuat bug begitu kerana benda ni adalah limited. Tidak dijual secara umum. Tetapi bila statistik dah ramai sangat so rasanye mungkin mereka memang terpaksa buat benda blocking ni semua supaya pengguna postpaid tak beralih angin. Kata orang strategi marketing. Tapi aku tengok internet bug dari maxis ni dah wujud semenjak tahun 2007 lagi. Iaitu ketika zaman kegemilangan WAP dan aku malas nak cerita benda tu. Memang legend lah pada sesiapa yang tahu mengenainye. Let say aku petik MAXGAMES Community. Mesti ada antara korang yang terimbau memori legend ni kan haha.
Aduh lari tajuk entri aku ni. Sebenarnye aku nak buat entri pasal JAVA tapi boleh tersesat dekat skmm pulak haha. Oklah itu je update hari ni. Selamat malam semua.
p/s : jangan Maxis ketuk pintu rumah aku sudah lah.
0 comments:
Post a Comment