Pages

15 March 2013

Home » » Dilanda Badai Demam

Dilanda Badai Demam

Assalamualaikum.

Hari ni genap lebih seminggu aku demam. Tak pernah aku demam sampai seminggu ni. Biasanye dalam 2-3 hari je. Semua ni aku rasa berpunca dari aku mandi kolam kat UKM sana tu. Bukan sebab air kolam tu ada kencing tikus ke apa. Tapi sebab banyak sangat air yang masuk melalui hidung aku. Kesudahannye bersin tak sudah. Selsema pulak datang menyinggah.


Nampak tak gambar aku yang sedang terapung tu. Tengah sedut air la tu haha. Sebenarnye aku mandi kat kolam renang ni pasal member aku ajak. Alang-alang boleh belajar berenang. Giler bai susah kot nak terapung kan badan ni. Masa mula-mula tu memang goyang la aku nak terjun dekat kolam yang agak dalam tu. Tapi selepas beberapa cubaan dilemaskan oleh member aku akhirnye aku dah boleh terapung walaupun sekejap haha. Tapi kira boleh la aku nak timbulkan balik badan aku lepas dah terjun secara olimpik punya style. Nak berenang ke tengah aku masih tak boleh. Takut tetibe penat pulak nanti habis aku nak bernafas. Iyelah member aku semua bukan jenis professional nak selamatkan orang ni. Elakkan aku jadi kapal selam je nanti hehe.


Ini lah antara atlet renang GMi yang kelihatan professional. Sebenarnye ada ramai lagi member aku tapi ini je yang sempat snap haha. Boleh kata satu kelas aku lah. Well done guys.

Balik pada tajuk demam tu. Kebiasaanye aku akan telan panadol soluble je kalau selsema ni. Tapi entah macam mana boleh tak lut pulak soluble ni. Makin melarat jadinye. Sehinggalah kelmarin baru aku rajin pergi klinik dekat area GMi ni. Sekali kena caj 51 hinggit. Dompet aku pulak time tu cukup-cukup ada 55 hinggit. Selalu kalau aku demam caj dalam 20-30 hinggit je. Entah kenapa mahal pulak kat sini. Ke aku yang kena ketuk dengan klinik tu. Ah lantak lah yang penting aku dapat antibiotik dan sekeping MC. Alhamdulilah demam aku dah beransur pulih. Tapi bila naik tangga tu rasa lagi lah lelah nak bernafas. Ahh jangan datang balik semput aku sudah.

Ok lah tu je aku nak bebel hari ni. Korang jagalah kesihatan diri yee. Nanti sakit apa pun tak boleh.

p/s : JAVA tu bukan minat aku. Muktamad !!!

4 comments:

Shahbri said... [Reply]

abg jgn demam lak auwws...

realridz said... [Reply]

ang x mention ka sapa tangkap gambar tu.. hihihi.. apapun semoga cepat sembuh.. nnti pergi klinik lain klinik tu syafiq taw..

Adha said... [Reply]

@Shahbri adik amy.

Adha said... [Reply]

@Rid haha..mamu amik gambar..baik dah ni..

Para Pengikut Yang Superb Setia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...