Pages

31 July 2013

Home » » Cerita Ramadhan.

Cerita Ramadhan.

Assalamualaikum.

Kalau aku kaya hari hari hari hari hari hari hari hari raya. Semua benda aku belanja. Tapi itu semua hanyalah kalau kalau kalau kalau kalau kalau kalau aku kaya. Ok cukup dah tu mukadimah.


First sekali aku ucapkan selamat berpuasa kat korang. Dah masuk sepuluh malam terakhir baru aku nak ucap. Awesome tak aku haha. Bulan julai menjadi permulaan semester baru aku kat GMi. Alhamdulilah aku dapat go on ke semester 4 dengan pointer yang naik sikit berbanding semester lepas. Tak banyak sikit pun jadi lah kan. Itu part yang best. Part yang tak best pulak aku dengan classmate semua kena "kick" dari hostel. Bukan sebab buat vandalisme tapi sebab pengorbanan kami semua sebagai senior. Iye la sem 4 kan mesti lah senior tak gitu.


Bila kena "kick" maskudnye duduk luar lah. Sempat cari rumah sewa last minute sebelum cuti semester lepas dekat area belakang GMi ni. Satu rumah yang aku duduk ni ada dalam 11 orang. Nak kata besar boleh lah nak duduk satu famili. Aku duduk dalam satu bilik kongsi 3 orang. Selesa macam mana aku malas la nak cerita. Janji boleh tidur selesa style orang bujang. Sewa rumah ni pun boleh tahan harga dia. Itu pasal kena sumbat 11 orang dalam satu rumah. Untung aku ada elaun MARA boleh la support sikit. Tapi bila ditolak campur balik dengan duit ansuran motor LC aku tu agak nazak jugak lah poket aku ni. Tapi still ada balance aku nak makan nasi bujang kat luar ni.




Bulan ramadhan pun datang sekali. First time ni aku duduk rumah sewa berpuasa dengan kawan-kawan lain. Rasa macam diri ni matang je. Sangat matang la di mata aku ni. Sekarang ni rumah aku ni takde dapur lagi. So bila nak buka je apa lagi beli la dekat bazar ramadhan. Paling kerap aku pergi dekat bazar jalan Reko dengan bazar seksyen 16 bangi. Serius aku cakap bila beli dekat bazar ni kalau takde 10 hinggit jangan nak berangan. Nasi ayam dah 5 hinggit. Air perasa pelik-pelik dah 2 hinggit. Benda sampingan lain tak campur lagi. So satu hari aku habis dalam 10 hinggit. Giler kan.


Ahad lepas aku ada pergi rumah kawan aku Ecah ni dekat senawang sana. Sebabnye dia mintak tolong kacau dodol dekat rumah dia. So aku dengan kawan-kawan aku empat orang pun pergi la sana. Aku sebenarnye nak merasa pengalaman kacau dodol ni. Tak pernah lagi aku buat benda-benda pelik ni. Mula kacau pukul 10 pagi dan habis pada pukul 2 setengah petang macam tu. Masa first kacau tu aku takde hal lah. Orang muda la katakan jiwa kental habis. Bila matahari dah mula naik atas kepala time tu la aku baru kenal erti kacau dodol yang sebenar. Penat dan lenguh tangan satu hal. Bab dahaga nak minum air sirap sejuk tu yang menjadi ancaman terbesar aku hari tu. Memang mencabar mental aku. Time tu aku fikir kalau aku batalkan puasa aku pun aku tak menyesal. Sebab masa tu badan aku dah kering tahap ekstrem. Tapi alhamdulilah aku dengan kawan-kawan aku dapat survive. Menu berbuka malam tu bagi aku yang paling sedap ialah air. Segalanye air haha. Satu pengalaman yang aku tak akan lupa.


Minggu ni minggu last kelas sebelum GMi start cuti raya. Aku tengok ada yang dah beli tiket balik kampung awal. Normal la tu kan. Ada yang balik naik bas. Naik flight. Naik kereta. Naik motor. Cuma naik unta je aku tak sure ada ke tak. Aku macam biasa lah. Nak naik bas macam dah lambat sangat. Tiket kompem habis dah. Lagipun apa guna aku bawak motor kan. So memang aku balik kampung naik motor la. Hujung minggu ni nak bawa pergi servis dengan abang e dekat Deli sana. Harap semua ok lah.

Ok lah. Sementara masih sempat ni aku nak ucap selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri. InsyaAllah.

p/s : Jangan putus asa dalam berdoa. InsyaAllah Allah akan makbulkan. Cuma lambat atau cepat je.


0 comments:

Para Pengikut Yang Superb Setia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...