Pages

26 June 2013

Home » » Dulu Aku Ada Bela Kucing

Dulu Aku Ada Bela Kucing

1. Assalamualaikum semua. Hari ni entah kenapa aku nak sembang sikit pasal kucing. Tau tak kucing tu apa? Iye betul tu ianye sejenis haiwan yang berbulu dan bunyinye miow miow.


2. Dulu masa aku kecik, aku duduk dekat kuarters Klinik Desa kampung Parit Maimon. Kira budak kampung la dulu. Dekat rumah aku tu ada kucing. Bukan seekor tapi banyak ekor. Dalam banyak-banyak kucing tu ada seekor kucing ni. Namanye kucing Putih. Aku dengan keluarga aku bagi nama kucing tu kucing putih. Bulu warna putih ada tompok hitam sikit. Kucing ni giler bapak setia.

3. Seingat aku kucing putih ni la kucing paling lama menetap dekat rumah aku. Pernah sekali tu kucing putih ni hilang berbulan-bulan. Tak tahu la sesat atau diambil orang. Tetibe kucing putih ni muncul balik dan tinggal balik dekat rumah aku tu.

4. Kucing putih ni jugak la ibu kepada berbelas ekor kucing yang tinggal dekat rumah aku dulu. Berapa kali beranak aku tak ingat. Tapi kebanyakkan anak kucing tu ada yang mati, hilang, dan membawa diri ke perantauan. Tak pun masuk universiti kot.

5. Kalau kucing putih ni beranak si ibu ni tak payah risau pasal anak-anak dia. Sebab aku dengan abang aku akan jadi orang yang giler penyayang. Cari kotak besar. Cari kain. Cari port selamat. Bila anak kucing ni dah pandai panjat kotak pening kepala aku dengan abang aku nak carik balik anak kucing ni semua.


6. Benda paling best ialah tengok anak-anak kucing tu besar sikit. Muka dah comel. Lepas tu main kejar-kejar dengan adik-beradik diorang kat halaman rumah aku. Sumpah comel. Kalau aku ada kamera time tu kan best.

7. Kucing putih ni dari dia muda slim sampai la dia jadi tua kitorang bela. Tak lama lepas tu dia hilang lagi tanpa jejak. Dan keluarga aku pun pindah rumah baru. Sejak tu dah tak bela kucing pasal takde kucing pun. Ada pun kucing lalu depan rumah bila disergah lari macam lipas kudung. Tak tahu aku nak payung ayam KFC.

8. Paling sadis dulu aku ada kucing kaler oren. Memang cantik. Tetibe kucing tu hilang. Tak lama lepas tu jumpa balik tapi kucing tu dah mati. Abang aku cakap tewas dengan sang musang. Giler sedih aku time tu.

p/s : alamak trip gua nak pusing JB terpaksa cancel.

0 comments:

Para Pengikut Yang Superb Setia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...