Pages

07 June 2013

Home » » Alkisah Aku Menjalani Ujian Lesen Kereta JPJ (Part 2)

Alkisah Aku Menjalani Ujian Lesen Kereta JPJ (Part 2)

Assalamualaikum.

Mwahahaha seronok betul hati aku ni. Mana kan tidak cuti sem dah nak dekat. 2 minggu je lagi. Tapi sebelum nak mengadap cuti sem kena tempuh dulu final exam. Itu pun satu hal. Final exam kot. Apa pun tak sedia lagi ni. Berat berat giler berat sem 3 ni.

Hari isnin lepas aku ada temuduga dengan JPJ. Ataupun Ujian lesen kereta. Kalau nak tahu aku ada ambil lesen kereta sebelum ni. Aku ada cerita dekat entri ni. Lama jugak la aku ambil masa nak buat balik ujian kereta ni. Mana kan tidak kelas kat GMI ni pack sangat. Sampai aku nak ulang pun ambil masa dekat 4 bulan. Patutnye awal lagi aku nak repeat. Tapi tu la masa takde. Tapi isnin lepas baru aku ada masa. Kebetulan hari tu TTO aku takde sebelah petang. Cuma ada kelas pagi je. Skip satu kelas database yang superb stress haha.


Sehari sebelum tu aku kena pergi buat latihan. Disebabkan aku fail bahagian bukit so hari latihan tu memang aku pulun habis bukit kat sekolah memandu tu. Dan excellent sekali aku tak undur langsung masa latihan ni. Boleh kata perfect jugak la. Sangat poyo aku ni haha. Apa yang tak best masa latihan ni adalah faktor cuaca dan kereta. Cuaca panas lepas tu kereta pulak aircond ada tapi macam haram dia punya sejuk. Kena bukak tingkap jugak. Memang macam dalam ketuhar la. Tapi aku tak kisah asalkan aku dapat kuasai ujian bukit dan parking ni. Biar susah dahulu asalkan senang kemudian tak gitu.


Aku dapat angka giliran 30 dalam sesi 3. Nombor giliran ke dua terakhir dan aku adalah calon ulangan. Nampak kan dekat kad merah atas ni. Best betul. Aku datang pukul 10 pagi. Turn giliran aku kena pukul 3.30 petang. Sabar je lah. Kalau ikutkan untuk sesi 3 ni pukul 11.30 pagi tapi macam biasa la ramai orang. So sabar je lah.


Masa ni adalah time menunggu giliran. Ramai sebenarnye yang ada tapi masa ni dah tinggal calon ulangan je. Boleh tengok dekat depan pondok ni tempat calon buat ujian 3 penjuru. Ujian yang sangat senang giler. Boleh dilakukan dalam masa kurang dari 1 minit.


Ada jugak calon ulangan yang fail lagi ujian bukit. Kalau calon baru tu tak payah cakap la. Memang ada yang akan terundur keretanye. Bila tengok calon ulangan ni fail aku pun goyang la dalam hati. Tapi memikirkan kesabaran aku yang menunggu dari pagi sampai ke petang aku tanamkan satu semangat berkobar-kobar tak nak fail lagi. Iye la kita dah tunggu punya lama tetibe fail. Kan vangang namanye tu. So jangan sia-siakan waktu menunggu anda dengan gagal ujian bukit. Rileks brader.


So saat yang ditunggu pun tiba. Time ni dah tak ramai calon dah. Iye la aku kan calon kedua terakhir. Calon yang dekat depan aku ni gagal. Lagi bertambah goyang aku nak naik bukit tu. Tapi aku yakin kan diri aku boleh buat. Ingat balik latihan yang aku buat sebelum ni dan tips yang cikgu cik akak aku bagi. Tipu la tak berdebar walaupun ni kali kedua aku jalani ujian. Dan bila tiba turn aku pun jalan. Rileks je. Sampai naik bukit tu dengan kadar ketepatan yang sempurna tayar kereta aku duduk dalam garisan kuning. Belum boleh rileks lagi. Bila abam JPJ tu suruh jalan aku pun take time kejap. Time ni la nak flashback semua latihan yang aku dah buat. Tetibe terflashback time aku fail dulu. Ahh sudah berat ni. Tiba-tiba ada satu keyakinan yang giler kuat datang kat diri aku. Aku pun tarik nafas dan mula tekan pedal minyak. Main RPM 3-4 sampai kereta kancil ni nak mengaung.

Agak-agak dah konfiden dengan minyak tu aku pun tekan klac dan masuk gear 1. Lepas tu aku main lagi minyak tak nak bagi rendah sangat. Dalam hati aku biar kereta ni terbalik ke terbang ke or what so ever la asalkan kereta ni jalan ke depan bukannye ke belakang. Bila dah yakin dengan rpm minyak tu aku pun mula lepaskan klac slow-slow. Bila agak-agak rasa kereta tu macam pickup semacam je nak ke depan aku pun dah konfiden. Tapi yang peliknye kereta tak jalan-jalan jugak. Aku dah cuak semacam je ni. Tak lama lepas tu abam JPJ bersuara "handbrake ko tu lepaskan slow-slow" dan aku pun baru perasan yang handbrake aku tak turun lagi. So aku pun jatuhkan handbrake dan secara semulajadi kereta kancil aku tu bergerak dengan jayanye ke depan. Syukur alhamdulilah. Tak dapat aku nak gambarkan betapa gembiranye hati aku time tu.

Selesai ujian bukit tu aku pun pergi la buat ujian parking dengan 3 penjuru. Takde masalah dengan 2 ujian ni. Berjalan dengan lancar dan konfiden hihi. Selesai semua aku ucap terima kasih kat abam JPJ semua tu. Ye at least berterima kasih la dekat diorang. Kan bagi hadiah lain kena kejar dengan SPRM pulak nanti. Ucapan syukur alhamdulilah juga jangan dilupakan. Lepas tu aku beritahu dekat akak yang ajar aku bawak kereta ni. Memang aku takkan lupa jasa beliau. Adik beliau juga sangat lawa sampaikan terbawa-bawa dalam mimpi aku. Woo lari tajuk ni haha. And then beritahu dekat mak aku khabar kejayaan aku ni. Lepas ni boleh la bawak mak aku jalan-jalan. Abah pulak duduk sebelah rileks je mwahahaha. Takde hal lah. Oh yee jumpa roadblck tak payah lari lagi hehe. Apa pun gua dah LULUS bai. Lu bila lagi?

p/s : rumah sewa? hostel? duit?

3 comments:

Sharinginfoz said... [Reply]

Bagus semuanya berjalan lancar

Adha said... [Reply]

@Sharinginfoz alhamdulilah bro :D

zila said... [Reply]

tebaik bro,.. pray for me too..

Para Pengikut Yang Superb Setia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...