Pages

14 April 2013

Home » » Kisah Sekolah Menengah, Nasi Goreng, Honda Dan Bas Aku.

Kisah Sekolah Menengah, Nasi Goreng, Honda Dan Bas Aku.

Hari minggu ini adalah hari yang paling bosan pernah aku hadapi sepanjang semester ni. Bermula dari jumaat dan sabtu dan masuk hari ni ahad. Tak tahu nak buat apa. Nak outing member pula takde. Rasa macam tak berapa nak syok outing seorang diri ni. Nanti jadi syok sendiri hehe. Oh yee panjang pulak tajuk entri aku ni kan.


Takde benda nak buat ni aku nak update la blog ni. Rasa macam kosong pulak. Aku nak cerita masa aku masuk sekolah menengah dulu. Masuk tingkatan satu dulu aku ditempatkan di sebuah sekolah dekat pekan Parit Sulong. Sebelum simpang balai polis berdirinye SMK Dato Sulaiman tempat aku menghabiskan zaman gelap aku. Gelap lah sangat haha.

Aku sekolah masuk sesi petang. Sesi pagi biasa lah untuk abang senior form 3 sampai form 6 gitu. Form 1 ngan form 2 campak sebelah petang. So bila dah masuk sekolah petang ni lain keadaannye. Kalau dulu darjah 6 sekolah pagi. Bangun pagi. Ni bila petang kena lah bangun lewat pagi hehe. Seawal pukul 6 setengah pagi biasanye aku dah terjaga pasal abang-abang aku sibuk bersiap ke sekolah menengah. Lepas tu aku akan tidur balik. Sedar-sedar semua orang dah takde kat rumah. Mak abah dah pergi kerja. Abang aku pergi sekolah. Tinggal lah aku seorang.

Aku ingat lagi bila dah duduk kena tinggal seorang ni semua benda kena buat sendiri. Termasuk lah sarapan pagi. Kalau time pagi mak aku biasa jarang sempat buatkan sarapan untuk aku. Kadang-kadang adalah beli dekat gerai kat simpang jalan sana. Kalau takde itu maknanye aku kena hidup berdikari. Zaman ni lah aku kenal apa itu dapur. Mak aku perturunkan ilmu masak nasi goreng dia dekat aku. Tapi yang peliknye bila aku masak mesti tak sama dengan mak aku masak. Tak tau kenapa haha. Cukup ade telur, nasi, bawang, ikan bilis dengan lada sikit habis kenyang aku. Setengah jam masak 5 minit dah habis nasi goreng tu aku makan. Sedap sangat. Untuk aku je lah.

Bila jam dah dekat pukul 10 pagi itu maknyanye aku kena prepare nak pergi sekolah. Bapak awal pukul 10 dah kena siap. Kelas start pukul 1 petang. Siap mandi apa semua pukul 11 pagi dah kena gerak keluar dari rumah. Time ni aku tak kenal lagi apa itu naik motor. Kalau aku start motor je bapak aku bising nanti. Takut sangat motornye jatuh parit agaknye. Pukul 11 pagi aku dah kena tunggu bas kat simpang depan kampung aku tu. Iye dulu aku duduk kampung. Kampung sangat. Tunggu bas ni adalah benda yang paling menyakitkan hati aku. Dua tahun aku tanggung seksa tunggu bas ni. Mana kan tidak seksa. Kadang-kadang aku tunggu bas tu sampai dua jam bas takde nak lalu. Macam haram. Bila tunggu bas takde sampai nak dekat pukul satu petang ni ade beberapa jalan penyelesaian yang aku dapat.

 lebih kurang camni lah tiket bas dulu

Yang pertama aku telefon mak aku suruh hantar kejap. Pasal mak aku pukul 12.30 tenghari tu dia rehat sampai pukul 2. So kalau nasib aku ada mak aku tolong lah hantar kejap ke sekolah aku tu. Jauh jugak lah. Yang kedua aku tunggu sesape yang sudi tumpangkan aku. Sebab kadang-kadang ada cikgu aku yang lalu jalan sama dengan aku tu. Bila perasan aku tengah tunggu bas nanti dia berhenti lah tumpangkan aku. Tapi itu jarang sekali berlaku. Yang ketiga pulak adalah yang paling aku suka. Aku akan melangkah kaki pulang ke rumah dan bila mak aku tanye kenapa aku jawab bas takde. Kadang-kadang bila aku rasa nak buat cuti sekolah sendiri aku akan guna teknik ketiga ni. Sangat berkesan haha. Tapi keberangkalian untuk bas takde tu cuma 10% je. Selalunye ade je lepas aku tunggu dalam setengah jam camtu. Kadang-kadang bila aku baru melangkah kaki nak tunggu bas tu tetibe bas tu lalu. Yang tu lagi sakit hati.

Bila time habis sekolah pukul 6.30 petang aku balik bapak aku yang jemput. Dia datang amik aku kat depan sekolah. Nampak penyayang tak bapak aku ni. Tapi time aku form 1 je lah. Masuk je form 2 pergi dengan balik aku kena naik bas. Pernah aku tunggu bas nak balik sampai pukul 7.30 petang takde bas. Menyirap giler aku. Cukup 2 tahun tu aku naik bas. Macam-macam ragam aku hadapi demi untuk mendapatkan ilmu. Takde ilmu tak kemana kita ni.

Masuk form 3 bermulalah kelas pagi. Nampak senior sikit lah. Disebabkan sekolah aku tu takde bas sekolah yang melalui jalan ke rumah aku so bapak aku lah yang hantar aku pagi tu. Time tu abang aku yang sulong sambung belajar dekat Perlis sana. Abang aku yang kedua pulak baru habis sekolah. Memang tak lah kan abang aku nak hantar aku haha. Cukup 3 bulan berlalu tetibe bapak aku beli motor baru. Tu dia motor legend Honda aku. Wave 125 S kacak bergaya. Asalnye bapak aku bawak ulang alik pergi kerja. Tapi tak lama lepas tu aku pergi bodek bapak aku. Nak bawak motor pergi sekolah. Time tu punye lah keras hati bapak aku nak bagi. Tapi pujuk punye pujuk dapat jugak haha.


Start dari tu aku mula lupakan bas maju berwarna merah yang aku naik selalu tu. Iyelah dah bawa motor kan. Abang aku punyelah bengkak hati tengok aku. Iyelah abang aku dulu bawak motor time diorang dah form 5 baru bawak. Aku baru form 3 kot haha. Tapi macam orang selalu cakap. Zaman dah berubah mana nak sama dengan dulu. Tapi kejap je. Abang aku tetibe sambung form 6 dekat sekolah aku. So aku menumpang lah hari-hari. Masuk aku form 4 baru aku start bawak solo. Abang aku fly pergi perak sambung UiTM dekat sana. Sampai ke penghujung tahun 2012 aku conquer motor tu haha.

Nampaknye dah panjang sangat aku tulis ni. Banyak lagi sebenarnye nak tulis. Tapi tu lah pengalaman tu banyak sangat. Tak tertaip aku nak tulis hehe. Ok lah nampak macam dah berupdate sikit ni. Ok bye.

p/s : bila lah nak masuk bulan 5 ni.

3 comments:

realridz said... [Reply]

Nak outing member pula takde eh... ohhhh~

Shahbri said... [Reply]

abam...bestnya... nak naik bas... mohon copy psate syg..

Anonymous said... [Reply]
This comment has been removed by a blog administrator.

Para Pengikut Yang Superb Setia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...