Cuti seminggu yang lepas apa yang korang buat? Mesti rata-rata ramai yang balik ke kampung kan. Cuti kali ini sangat unik bagi aku. Cuti deepavali dan awal muharam yang jatuh selang sehari membuatkan ramai rakyat di Malaysia ni kaut cuti sampai seminggu. Begitu jugak aku dan kawan-kawan yang lain haha.
Kebiasaanye bila ada cuti yang panjangnye melebihi 3 hari aku akan balik ke kampung aku kat Johor sana. Tapi kali ni lain pula jadinye. Aku memanfaatkan cuti kali ni dengan berjalan sakan. Orang lain dok rileks dekat rumah aku pulak pi berjalan time musim hujan ni haha.
Trip aku ke pantai timur dan utara tanah air ni bersama dengan kawan-kawan aku yang dikepalai oleh Ali dan diikuti rapat oleh Faiz dan Pijo. Maknanye ada 4 orang la. Ali ni la yang plan dari awal lagi nak pi kelantan dan perlis. Sebenarnye aku tak begitu yakin nak join pasal bukan dekat trip ni. Kalau di google maps jarak kasarnye lebih kurang 1500 km. Dengan jarak yang giler jauh ni membuatkan aku gusar dengan keadaan motor aku nanti. Mampu ke motor kapcai aku ni? Wave 125 je kot. Bukannye liquid coolant ataupun LC. Lagi gusar dengan keadaan mental aku nanti adakah aku mampu menahan penat, mengantuk, cuaca dan lain lain lagi situasi.
Maaf dan AWAS entri kali ini mungkin panjang dan banyak gambar. Sorry la kalau page load lambat sikit hehe. Penggunaan bahasa juga boleh kata berterabur. So kalau ada yang tak paham, makanye pahamkan sendiri la ye hehe.
Tapi aku gagahkan juga diri aku ni. Selepas pi bertapa dengan motor aku ni 3 hari 3 malam akhirnye aku turut serta dalam trip ni. Berbekalkan pengalaman lalu semasa aku ke perak iaitu dimana tayar belakang aku pancit habis terkena paku. Walaupun tiubless tapi kalau paku tu tercabut tak guna jugak. Keluar habis angin tayar tu. Time tu pun tayar aku ni dah agak nipis pasal dah setahun golek kat atas jalan haha. Time tayar pancit tu aku seret dalam 15 km jugak la sebelum jumpa dengan hentian rehat kat mana entah aku lupa nama haha. Time tu tukar tayar tiub kena RM 40 hinggit. Amik ko giler mahal. Tapi nak buat macam mana dah la tengah malam. Itu je jalan yang ada. Aku nak seret sampai ke gunung semanggol tak yakin pulak hati. So pakai je la tiub 40 hinggit. Itu pun keesokan harinye pancit balik pasal tiub murah. Pasang tak betul. So pengajaran dari pengalaman itu aku tukar la tayar baru cap Maxxis Diammond. Layan corner giler sedap haha.
Kami bertolak pada awal subuh ahad dalam pukul 5 pagi macam tu. Daripada cheras kami terus fly sehingga ke petronas genting sempah untuk full tank motor masing-masing. Kami bawa extra tank sekali. Selesai isi minyak kami terus rush fly ke karak highway untuk naik bukit. Pagi-pagi naik bukit enjin motor kurang sikit panas dia. Lepas 1 jam lebih ride kami pun berhenti kejap dekat hentian yang aku tak ingat nama dia. Cukup setengah jam kami bergerak terus menuju ke Kuala Terengganu melalui kuantan. Ada la sekali berhenti untuk sarapan. Bila dan sampai penghujung highway pantai timur ni aku perasan yang highway ni tak siap sepenuhnye lagi. Macam tergendala dekat hujung highway ni. Member aku cakap pembinaan tak boleh diteruskan atas sebab tertentu. Itu aku tak tau la. Tapi lepas je highway ni memang dah start lalu jalan biasa.
Bila masuk je kat Terengganu ni mata aku disajikan dengan pemandangan pantai di sepanjang jalan menuju ke Kuala Terengganu. Serius cantik. Sampai la ke Kerteh pulak tu dia tempat petronas yang aku tak pernah imagine sebelum ni. Besar giler kot tempat dia dah macam loji nuklear haha. Penuh dengan tanker dan paip yang panjang. Rasanye budak-budak PIC ramai kot kat sini. Jalan punya jalan sampai la kami dekat satu tempat tepi pantai yang dikatakan tempat penggambaran citer Mael Lambong. Dekat sini la kami berhenti sejukkan motor seketika. Time ni jugak la kawan-kawan aku pi terjun laut mandi. Aku tengok ombak punyalah kuat diorang boleh selamber mandi. Aku tengok je dari tepi hilangkan penat.
Kami sampai ke Kuala Terengganu lebih kurang pukul 6. Dekat sini kami bermalam satu malam di rumah saudara Pijo. Niat untuk bertolak ke Kelantan awal pagi subuh. Tapi apakan daya hujan pula turun pagi tu. Apa lagi sambung tido sampai matahari naik la haha. Akhirnya kami beredar dari Kuala Terengganu pada tengahari itu jugak. Sebenarnye kami sebolehnye nak elak ride pada tengahari sebab time tu cuaca tengah panas. Tapi sebab nak kejar masa kami pun redah je la cuaca panas tu. Melalui jalan yang agak adventure kami rush lagi.
Setibanye di pasir puteh kami singgah kejap di rumah member kami iaitu Erwan. Dia bawa kami hilangkan penat dengan mandi kat air terjun yang tak diketahui aku namanye. Lagi sekali aku tak mandi. Aku duduk kat tepi je hilangkan penat. Time ni aku dah rasa feeling nak tidur je haha.
Perjalanan diteruskan lagi untuk sampai ke destinasi iaitu pengkalan kubur. Sebelum tu kami singgah lagi di Kubang Kerian jumpa member kami iaitu Pokmey. Selepas tu kami berjemaah 4 biji motor 6 orang melalui Kota Bharu sambil mengetest jentera masing-masing haha. Setelah hampir 12 jam di atas motor kami sampai di tumpat lebih kurang pukul 9 malam. Kami disambut baik keluarga Pijo yang menanti heheh. Ingatkan dah boleh berehat rupanye kena berjalan lagi tapi nasib baik menaiki kereta. Boleh rileks sikit. Malam tu kami ke wakaf che yeh untuk tengok-tengok barang cuci mata sikit. Lepas tu kami ke pantai berdekatan rumah Pijo untuk bersantai. Sedar tak sedar tertidur sekejap dekat atas pasir pantai yang nyaman. Lepas tu balik dan tidur dengan nyenyak sekali di rumah Pijo.
Keesokan harinye kami buat kerja giler. Bangun tidur je selepas sarapan nasi kerabu yang serius sedap kami terus pi pantai dengan berpakaian kain pelikat dan boxer untuk mandi. Sampai je pantai kami disambut dengan pasir pantai yang sangat lembut sehingga menyukarkan para kuda kami untuk bergerak ke gigi air. Nasib baik pakai tayar baru heheh. Kami mandi sehingga pukul 2 petang. Memang giler kan haha. Paling best main tanam badan dalam pasir. Gali punya la lama nak timbus punyalah kejap haha. Akibat dari aktiviti kami tu bahu badan kami semua naik kemerahan seperti terbakar. Rasa sakit bila dipegang. Muka pun jadi gelap sikit haha. Adalah dalam 2-3 hari berlanjutan sakitnye tu.
Sampai Kelantan tu alang-alang tak sah kalau tak pergi rantau panjang.Member aku si Pijo dengan Erwan ni la yang tunjuk jalan. Jalan yang kami lalu ni dari pengkalan kubor. Serius cantik view pemandangan dia. Sebelah kanan ni sebenarnye ada sungai. Sungai golok kot. Sebelah sungai tu dah masuk kawasan siam. Sebalah kanan pulak penuh dengan sawah padi yang serba hijau. Memang orang cakap nice lah. Jalan pun banyak corner manja tapi sayang banyak lubang. Tak dapat la nak merasa sangat hehe.
So kami pun pergi la kejap tengok-tengok barang. Sampai sana banyak betul plate motor siam. Sempadan la katakan. Macam biasa harga baju seluar semua murah. Tapi kena pandai la tawar menawar. Aku beli la sehelai baju. Ikut hati nak beli sikit untuk mak abah tapi apa kan daya faktor kawangan aku dah habis limit. Beli banyak aku ni bawak moto je kot adehhh. Tapi takpe lesen kereta in progress hehe.
Hajat untuk masuk ke siam tidak kesampaian atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Tapi berada di kawasan bebas cukai rantau panjang sudah cukup merasa seolah olah berada di negara gajah putih sana. Tengok je la kapcai diorang yang agak pelik tapi superb. Barang siam ma mana mau dapat. Tiada cut off is barang baik haha.
Beberapa tahun lepas aku pernah sampai ke kelantan bersama mak aku mengikuti rombongan cik kiah. Apa yang aku lihat sekarang ni banyak yang dah berubah. Terus terang aku cakap dulu aku ingat kelantan adalah negeri yang mundur dari segi prasarana dan lain-lain. Tapi ternyata aku tertipu dengan apa yang digambarkan di kaca televisyen dekat rumah. Dekat sini aku boleh lihat papan signboard dan nama kedai yang dwitulisan iaitu tulisan rumi dan jawi. Dekat KL dan BP rasanye aku belum pernah melihat perkara seumpama ini. Only in Kelantan and Terengganu. Dan alhamdulilah aku masih boleh membaca tulisan jawi. Tak sia-sia abah aku hantar aku pi sekolah rendah agama dulu.
Orang kata kalau dekat Kelantan ni ada dua benda je orang cari. Makanan dan pakaian. Aku dah rasa nasi kerabu dekat sini. Memang lain dia punya rasa berbanding dekat tempat aku. Sedap bukan main murah lagi. 2 ringgit tak silap aku. Siap dengan ayam. Satu lagi ni kawan aku Pijo perkenalkan maggie kerabu. Aku tak berapa nak ingat nama makanan ni. Maggie kerabu ke maggie berlauk ke camtu la. Pun 2 ringgit jugak. Banyaknye lebih kurang 2 bungkus maggie dan ditambah dengan bahan-bahannye yang tersendiri. Tetapi agak pedas sedikit. Kaw-kaw punya hehe.
Setelah beberapa hari di kelantan kami pun bergerak pula ke utara. Perjalanan bermula pada pukul 5 setengah pagi melalui Tumpat ke Jeli. Dan selepas itu menyusuri jalan Grik ke Baling. Jalan ni agak mencabar kerana menaiki bukit yang agak tinggi ditambah lagi dengan corner dia yang bahaya. Silap percaturan memang jatuh gaung terus.
Tapi bila turun bukit tu yang syok layan corner. Sedap giler tengok meter 120-140km/h dok meleper dengan bergaya sekali. Ada la sekali dua tu hampir nak terkantoi sikit hehe. Jalan Grik-Baling ni kiri kanan hutan. Stesen minyak jangan dikira. Memang tak ada langsung. Nak dekat sampai Baling baru ada shell. So kepada yang naik motor kapcai tu sediakan extra tank siap siap.
this photo kredit to Ali Daniel
Aku tak dapat bayangkan kalau malam-malam lalu sini seorang diri. Dengan lampu jalan takde lagi kan rumah penduduk. Sumpah gelap gelita. Silap haribulan mau nampak sang bigfoot keluar cari makan dekat sini. Kiri kanan hutan kan so kita tak boleh nak jangka apa yang ada sekat kawasan ni. Seeloknye sebagai orang luar kalau nak lalu sini biar berteman. Jangan la seorang diri.
this photo kredit to Ali Daniel
Apa yang best dekat sini jalannye tak banyak kerenah. Lubang tak banyak dan jalan pun rata. Easy nak ride semasa corner hehe. Kawan aku Ali cakap dia tak pernah terfikir yang dekat dalam Malaysia ni ada jalan yang sebegini. Ingatkan dekat luar negara je ada. Sebab tu orang cakap jauh berjalan luas pemandangan. Ehh betul ke pepatah ni hehe.
Sampai di daerah Baling dah dekat pukul 10 pagi. Kami pun port kejap pi sarapan dekat satu warung ni. Serius best makcik yang meniaga tu. Nasi aku dengan air RM 4 hinggit tiga kupang. Makcik tu kira 4 hinggit jek. Yang kupang-kupang tu kira lai lai halal hehe. Mungkin senang nak bagi duit baki kot. Moga perniagaan makcik bertambah maju dan mendapat keberkatan. Oh yee anak makcik tu lawa siot. Sweet ayu gitu hehe.
Lepas tu kami pi rehatkan badan dekat satu tempat air terjun berdekatan namanye lata ... ... aku tak ingat lagi nama tempat tu. Dekat situ kami just rehat tidur sekejap. Nyaman giler tempat tu. Baring kejap je dah boleh nyenyak terus tidur. Adalah dalam 1 jam kami berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Kodiang.
Akhirnye setelah beberapa jam kami pun sampai ke Jitra Kedah. Nak pergi ke jitra ni kami dah naik highway utara selatan dah. Rasa rileks sikit sebab jalan dah lurus. Takde traffic light dan jalan bengkang bengkok lagi. Kali ni kami pergi rumah kawan kami yang duduk dekat Kodiang iaitu Kord. Kami stay rumah dia satu malam.
Kord dan member dia yang aku lupa nama dia la yang bawa kami jalan-jalan dekat utara ni. Petang tu je kami pi air terjun ayer bukit untuk rest kan badan. Tapi time tu ramai orang sebab cuti kan.
Dekat kedah dan perlis ni kiri kanan semua sawah padi. Pemandangan yang takde dekat tempat aku. Very nice la tambah lagi dengan bukit-bukit yang ada pehhh memang mantap untuk shoot lanskap. Kak Non aku pula tak bawa time ni sebab takde beg nak letak so snap pakai Incik En Igt je.
Bila dah dekat petang tu kami pun port la dekat Kuala Perlis ni. Sekali lagi aku dapat melihat view yang sangat cantik iaitu melihat sunset terbenam. Aku rasa dekat hujung sana tu pulau langkawi.
Hari terakhir kami di sini kami sempat la jugak ke padang besar perlis untuk cuci mata sekejap. Lepas tu singgah sebentar di gua kelam. Alangkah best kalau sempat mandi di sini. Malam tu jugak kami bergerak untuk pulang ke Bangi. Lebih kurang pukul 10 malam kami meninggalkan Kodiang dan terus meluru ke highway utara selatan.
Dalam perjalanan pulang hujan tiba-tiba turun. Lebat pulak tu aku apa lagi terus meroket mencari jambatan untuk berteduh. Nasib baik jambatan tak jauh . Bila hujan dah renyai sikit kami teruskan lagi meredah jalan yang basah untuk sampai ke gunung semanggol tempat Faiz punya rumah. Dalam renyai tu hujan lebat balik pulak tapi disebabkan aku dah bungkus beg aku pakai rain coat so aku redah je la walaupun pandangan aku tak berapa jelas. Pakai visor rainbow la katakan hehe. Sampai satu hentian rehat tu aku check balik beg aku. Tu dia raincoat aku sudah terbang hilang ke mana haha. Dalam pukul 1 setengah pagi kami pun sampai di rumah faiz. Kami berehat kejap hilangkan penat. Kami set pukul 3 pagi nak bergerak tapi masing-masing penat lalu tertidur sampai la pukul 5 pagi baru bergerak pulang. Kali ni Faiz tak ikut sebab dia nak balik lambat sikit. Balik rumah la katakan.
Kami sampai KL pada pukul 10 pagi selepas dua kali berhenti untuk isi minyak dan rehatkan badan sikit. Aku buat kerja giler dengan full throttle daripada ipoh sampai la ke rawang. Sebenarnye dari gunung semanggol lagi aku dah pulas habis throttle motor aku tu. Sebab time tu badan aku boleh kata dah over exhausted. Dalam kepala aku cuma fikir nak sampai di GMI dan tidur sepuas-puasnye. Dan alhamdulilah kami selamat sampai bersama dengan motor masing-masing. Aku fikir sebelum tu kalau ditakdirkan jemm motor aku memang aku akan buat terus motor kapcai ni hehe. Oh ye sebelum aku lupa duit minyak aku dari start sampai akhir ride ni dalam anggaran 80 ringgit keatas. Tapi tak sampai la 100 hinggit.
Ok lah itu je la hasil pengalaman aku ke timur dan utara Malaysia ni. Walaupun penat tapi kepuasan tu tetap ada lagi-lagi bila naik motor ramai-ramai ni. Lepas ni mungkin tak larat dah nak pi naik motor. Mungkin naik kereta pulak lepas ni hehe. Tapi pitisnye pula merana nanti haha.
p/s : ehh dah nak habis tahun lah.
4 comments:
Menarik catatan ni...
Power !
hebat la.. kapcai pusing 1 malaysia tabik broo
@Faizal Wahab haha rindu pulak nak ride camni lagi. fuhh.
Post a Comment