Pages

26 November 2012

Home » » Aku Dah Demam Ni

Aku Dah Demam Ni


Rasanya dah hampir seminggu badan aku ni tak sihat. Sejak balik dari trip keliling malaya hari tu badan aku terus rasa tak sedap. Rasa selsema campur sikit dengan batuk. Mungkin sebab jalan jauh dan cuaca kot. Sekarang ni selsema alhamdulilah dah ok tapi datang pula sakit tekak dengan batuk yang semakin menjadi-jadi kepada aku dan kalangan classmate aku yang lain. Ramai betul tak sihat. Mungkin sebab dah lama aku tak demam kot. Ataupun dah berat sangat dosa aku ni huhhh. Aku anggap ini ujian dari Nya.

Minggu ni adalah minggu yang sibuk bagi aku. Hari ni je dah kena submit dua kerja iaitu network dan proposal esp. Jenuh juga semalam aku dan kawan segroup aku siapkan tapi alhamdulilah made up juga akhirnya. Hari rabu ni pulak tetiba ada hari sukan kat GMi ni. Aku kena wild card masuk game basketball. Ahh sudah aku haram tak tahu manahu nak main game ni. Setakat tengok citer slamdunk time kecik-kecik dulu ada lah.

Minggu ni jugak adalah minggu untuk aku survive untuk hidup. Buat kali pertamanya duit elaun aku habis licin sampai dah kacau duit aku nak makan. Tapi nasib baik dulu aku kuat menabung duit syiling. So hari-hari la aku pi cafe bayar makan pakai duit syiling 10 sen haha. Lepas ni kena save sikit bajet. Serik dah duit lari ni huhu.

p/s : adalah mustahil untuk mengikis mentaliti negatif masyarakat melayu kita nih.

0 comments:

Para Pengikut Yang Superb Setia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...