Pages

27 October 2012

Home » » Semalam Hari Raya Aidil Adha

Semalam Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum.

Firstly aku ucapkan selamat hari raya haji kepada pengunjung blog ni tak kira la siapa anda. Berapa ekor yang tumbang dekat tempat anda? Harapnye di sebalik tumbangan itu penuh dengan keberkatan di bulan haji ni.

Aku takde benda nak bebelkan sangat sebenarnye. Sekadar cukup syarat sebab lama sangat tak update blog ni haha. Just well aku nak cerita sikit dekat korang. Awal penggal kedua tahun ni iaitu masa bulan puasa yang lepas salah satu hajat yang aku pendam lama giler akhirnya tarcapai jua. Memiliki sebijik kamera untuk mengambil gambar.


Sejujurnye aku bukanlah seorang yang kreatif ataupun berjiwa seni. Hobi aku memang suka ambil gambar dari dulu. Bagi aku bila aku tengah dilanda tension, ada masalah, takpun di kala kebosanan melanda diri apa yang aku akan buat ialah snap benda yang best depan mata aku. Tak kira la kucing tengah memburu ikan ke, lalat tengah bertelur lavar ke janji gambar ada. Setiap apa yang aku ambil tu seolah olah bagi aku kepuasan dan kelegaan dalam diri aku. Tak kisah la cantik atau tak tapi takde la aku nak ambil gambar macam haram sangat haha. Mesti la nak cantik mata memandang hehe. Apa pun bila kita dapat ambil gambar yang awesome tu pasti akan terdetik dalam hati "Subahanallah cantik sungguh ciptaan Mu" dalam masa yang sama dapat ingatkan aku dengan kekuasaan Nya dalam setiap ciptaan Nya di muka bumi ni.

Banyak lagi benda yang aku masih tak explore dalam kamera kak non ni. Walaupun basic tu dah ada sikit tapi bila ada "otai" duduk sebelah pehhh habis semua apa yang aku belajar sebelum ni seolah olah burn begitu saja. Sangat kerdil ilmu yang aku ada jika nak dibangdingkan dengan mereka di luar sana. Dekat situ aku dapat belajar dan simpulkan yang ilmu ni memang sangat luas. Belum tentu apa yang kita ada sekarang ni cukup untuk bawa kita kehadapan. Pasti akan ada orang lain yang lebih tinggi daripada kita. Umpama perumpamaan "Selaju-laju Wave125 kau tu, akan ada Wave125 lain yang lebih laju daripada Wave125 kau tu". Guling-guling cikgu BM tengok nih haha.

Tapi takpa la kan. Orang cakap pelan pelan kayuh. Rileks sudah. Ukur baju di tangan sendiri. Kalau tak cukup kain tu beli lah kain lagi. Ehh apa punya peribahasa ni haha.

p/s : cuti raya haji ni kejap sangat la.

0 comments:

Para Pengikut Yang Superb Setia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...