Pages

29 October 2012

Home » » Coretan Pulang Ke Bangi

Coretan Pulang Ke Bangi

Hari ini aku dah terpacak kat hostel GMI ni. Iye la cuti raya haji dah habis. Nak tak nak kena balik juga ke bangi ni. Nasib baik la hari isnin ni kelas petang. Boleh rileks dulu pagi ni heheh.

Semalam petang aku gerak dari rumah pukul 3.30 petang. Melihatkan langit yang agak cerah waktu itu aku rush balik ke bangi takut kot kot hujan turun. Itu pun sebab mak aku yang suruh gerak awal. Biasanye aku balik around pukul lepas asar. Time tu cuaca agak redup dan tak berapa nak panas bila dekat highway nanti. Tapi kali ni awal sikit hahah.


Start dari tangkak jalan mula jammed. Sepanjang aku naik motor dekat highway ni inilah kali pertama jammed memanjang dari Johor sampai ke KL. Biasanye kalu jammed akan start dekat seremban sana. Tapi kali ni awal pula jammed dia. Ni mesti kes cuti dah habis. So orang balik la rumah masing-masing dekat bandar sana tu. Penangan raya haji heheh.


Sebab pinggang aku dah sakit meredah jammed ni aku pun berhenti la dekat hentian rehat senawang. Sakit kot mencilok celah kereta ni. Rasanya kalau full throttle tanpa berhenti kurang sikit letihnya berbanding dok mencilok-cilok nih. Oh kenapa aku mencilok? Dah kereta mahal semua ikut line kecemasan aku nak duduk mana. So terpaksa la mencilok bersama-sama rider lain haha.


So bosan-bosan sambil hilangkan penat tu aku pi la snap gambar tepi jalan ni. Tu dia berderet wehhh. Ni yang buat aku hilang semangat nak ambil lesen kereta ni. Green light dah dapat tapi semangat tu melayang-layang sikit.


Paling best time aku snap gambar tu ada yang perasan aku duduk atas bukit tepi jalan tu sambil pegang kak non. So spontan depa buat peace balik kat aku heheh. Bukan diorang kat atas ni je, ramai lagi buat benda yang sama. Iyelah bosan duduk dalam kereta lama sangat kan hehe.

Apa pun sepanjang perjalanan aku ni tiada satu pun kereta yang kemalangan aku nampak. Setakat dua tiga kereta rosak tepi jalan tu ada la. Yang saja-saja berhenti tepi jalan pun ada hehe.

p/s : Bulan ni banyak benda yang aku nak beli. Tapi bajet nye kurang pulak. Adehhhh.

0 comments:

Para Pengikut Yang Superb Setia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...