Assalamualaikum...
Tanggal 30 haribulan jun yang lepas maka dengan rasminye tamat la tempoh untuk aku belajar di sana. Pada yang tak tau selepas je aku habis SPM aku terus apply untuk masuk GIATMARA mengikuti kursus teknologi sistem komputer selama enam bulan. Ohh yee GIATMARA ni sebenarnye adalah singkatan kepada Gerakan Insaf Anak Tempatan Majlis Amanah Rakyat. Rasanye ramai yang tidak tahu akan hal ini..
Gambar pembukaan di atas tu adalah salah satu gambar yang terawal selama aku di sana. Aku ingat lagi masa tu tidak ramai kenalan yang aku kenal melainkan kawan terbaek aku yang apply sama-sama untuk masuk ke sini. Agak sukar untuk aku membiasakan diri dan bergaul dengan kawan-kawan baru aku kerana melihatkan diri aku yang memang mempunyai satu sifat iaitu pendiam dan pemalu hehe. Selepas lebih kurang dua bulan baru la satu ikatan persahabatan baru terjalin. Aku mula bergaul dengan baik bersama mereka dan yang paling aku tak sangka diri aku yang sebelum ini agak sukar untuk bercakap dengan perempuan akhirnye berubah. Yeahh I made it !!! Best juga kalau dah pandai bergaul dengan gender berbeza ni. Kenapa la masa dekat sekolah dulu aku tak sebegini berani. Ada sebabnye aku malas nak cakap kat sini.
28 orang itu adalah satu bilangan lengkap untuk kelas aku iaitu TSK/1 2011. Syida, Afifah, Amalina, Amila, Nurin, Akma, Syuhada, Kak Yan, Kak Nad, Fatin, Wanny, Hawa, Ogy, Hanim, Jiha, Aida, Rab, Nowr, Yan, Adlina, Kak Pika, Adha, (aku la tu hehe) Sufyan, Hazim, Hairi, Paan, Aqwa dan juga Nuar. Aku pun kadang-kadang tak berapa nak ingat semua nama ni hehe...
aktiviti sukan setiap hari rabu pagi
aktiviti bersuka-ria hehe
aktiviti bersuka-ria hehe
Sepanjang aku bergelar pelatih GIAT aku rasa aku dah lalu banyak benda yang boleh dikatakan sebagai sesi pembelajaran hidup. Aku tak nafikan dimarahi oleh cikgu adalah satu aktiviti wajib bagi setiap orang yang bergelar pelajar atau gelaran yang sewaktu dengannya. Itulah yang aku hadapi dari sejak bangku sekolah lagi. Aku ingat lagi kelas aku pernah dimarahi dek kerana masalah yang kami sendiri buat. Datang lambat, tak hadir tanpa sebab, tak ikut cakap cikgu, melawan cakap cikgu, itu semua adalah benda yang selalu menyebabkan kami dimarahi. Bila difikirkan semua tu aku rasa macam satu bentuk nasihat secara tidak formal kepada kami semua walaupun kadang-kadang nasihat itu sedikit pedas hehe..
Pada hari khamis lepas jugak la merupakan hari graduasi untuk pelatih enam bulan. Bertempat di dewan Tunku Ibrahim Ismail Kluang dekat situ aku dan kawan-kawan menerima sijil GIATMARA masing-masing. Ramai juga yang hadir dan kebanyakkannye dari GIATMARA seluruh Johor. Aweks pun ramai juga tapi takde seorang pun yang sangkut. Aku tak berapa biasa la dengan aweks ni hehe.
Kini Berakhir sudah waktu yang sekian lama aku jalani. Kawan-kawan pun ramai yang dah bergerak pergi keluar dari Pekan Parit Sulong ni. Seorang ke sana seorang ke situ. Yang tinggal aku je la seorang-seorang kat sini (bajet tacing la aq ni hehe). Aku harap sangat dapat keluar dari tempat aku ni. Macam orang cakap jauh perjalanan luas pemandangan. So bila dah luas pemandangan maka makin bertambahlah gambar yang akan aku ambil bersama dengan my junior DSLR iaitu N8 hehe...
p/s : hati gua memang dah bulat hati tolak tempat lama tu..
Nokia N8 agak fail sedikit dalam gambar ni hehe
Kini Berakhir sudah waktu yang sekian lama aku jalani. Kawan-kawan pun ramai yang dah bergerak pergi keluar dari Pekan Parit Sulong ni. Seorang ke sana seorang ke situ. Yang tinggal aku je la seorang-seorang kat sini (bajet tacing la aq ni hehe). Aku harap sangat dapat keluar dari tempat aku ni. Macam orang cakap jauh perjalanan luas pemandangan. So bila dah luas pemandangan maka makin bertambahlah gambar yang akan aku ambil bersama dengan my junior DSLR iaitu N8 hehe...
p/s : hati gua memang dah bulat hati tolak tempat lama tu..
0 comments:
Post a Comment