Agak lama sudah aku tak menulis kat blog ni..tak tau la kenapa rasa macam sibuk kot? haha..idea pun takde nak datang suruh aku tulis apa-apa kat sini..kesudahannye sebulan tak berupdate hehe..terus terang dalam sebulan yang lepas memang banyak benda yang berlaku kat aku..dan sepatutnye aku kongsikan kat sini tapi tak tergerak hati..mungkin antara faktor tak tergerak hati tu adalah kerana lappy acer aspire 4740 aku yang buat hal dek kerana tuan nye yang agak
Sebulan yang lepas iaitu pada 28/04/2011 aku ada join satu trip pergi ke Kuala Lumpur bersama dengan geng GIATMARA Parit Sulong dan Pagoh (konon SEO la hehe)..kami pergi tiga tempat iaitu Petrosains..Putrajaya..Muzium tentera port dickson dan akhir sekali pantai port dickson..giler kentang dalam satu hari pergi ke 3 tempat berasingan dan bukan dekat tempat tu..penat beb..
Jadual aku dalam trip ni lebih kurang camni..aku bertolak dari rumah untuk pergi ke GIATMARA Parit Sulong lebih kurang pukul sembilan malam..padahal bas bertolak pukul 3 pagi haha..tapi disebabkan aku dengan member aku dah pakat nak datang awal so aku pon go on je la..
time ni kitorang tengah layan filem HMM kat skrin guna projektor yamg memang sedia ada kat kelas TSK ni hehe..syok giler macam dalam cinema siap tambah aircond kaw-kaw hehe..
Sementara nak tunggu pukul 3 pagi banyak aktiviti yang kitorang buat..antaranye tidur dan tengok wayang percuma hehe..bila dah masuk pukul 1 pagi makin ramai yang datang sambil bawak bantal busuk dengan muka yang mamai tapi happy giler..start pukul 2 pagi kitorang dah mula prepare barang-barang yang nak bawak (cehh macam nak jalan jauh jek) dan tepat pukul 3 pagi kitorang dah berkumpul depan bas..kat situ ada la sedikit taklimat awal pagi yang memakan masa 10-15 minit sebelum kitorang bertolak..
suasana dalam bas..time ni memang gelap sebab lampu dimatikan tapi mujur lampu flash xenon nokia N8 aku datang membantu hehe..
Susah betul aku nak tidur dalam bas time ni..kurang selesa kot pasal aku tak berapa nak gemar naik bas ni..tapi ok la..lebih kurang 3 jam perjalanan bas pun sampai kat hentian rehat seremban..kat situ la tempat kitorang bersiap nak mandi tukar baju apa semua..tapi limit masa satu jam je diberi oleh cikgu kitorang..sebab nak kejar masa takut traffik jam kat Kuala Lumpur sana..kalau naik motor senang la kot kan hehe..
muka mamai di hentian RnR seremban sambil bedal minum teh o...
Lepas tu perjalanan diteruskan lagi dengan meredah aliran traffik KL yang memang tengah mula sesak time tu..lebih kurang 1 jam setengah gak duduk dalam bas tu sambil tengok camne orang kat KL ni bersabar untuk pergi kerja time awal pagi ditambah dengan pergerakan kenderaan yang perlahan serius cam kura-kura hehe..
kali kedua dalam hidup aku tengok twin tower secara live hehe..
wajah terkesima sekejap hehe
Lebih kurang pukul 8 setengah pagi kitorang akhirnye sampai ke main point lawatan iaitu petrosains klcc..kat sini belum ramai orang lagi time tu..sekali lagi kitorang berkumpul depan twin tower ni untuk dengar sedikit taklimat daripada cikgu pengiring kitorang..
Pelatih Teknologi Sistem Komputer sesi 1 tahun 2011
TSK 1/2011 (tukang amik gambo mesti takde gambo dia kan hehe)..
siyes kalu masuk petrosains mesti jumpa menatang ni haha..ohh yee dia ni bole nyanyi cakap dwi bahasa so x payah bawak kamus hehe..
aku tak tau la ni kereta ape..dah la takde bumbung hehe..
sempat gak aku menjengah ke tingkap twin tower ni..
Serius lama giler aku dok kat petrosains ni..sedar tak sedar 2 jam aku habiskan masa tengok bebende pelik kat dalam ni..lepas je keluar dari petrosains tu sempat jugak aku mengusha angin kedai-kedai kat sini..wallaweh harga dia memang mantap habis..sampai rabun mata aku tengok hehe..sempat gak aku masuk kedai jual Apple warna putih sambil mengusha Ipad..best ooo tapi harga pun boleh rabak poket beb hehe..
aku pon tak paham kenapa muka aku kabur semacam jek haha..
Lepas tu kitorang terus direct pergi putrajaya untuk rehat tengahari sebelum bertolak pergi ke muzium port dickson sana..aku nampak Aziz Satar kat sana tapi dia tak nak tegur aku la pulak hehe..
luas gak masjid putra ni..
kan best kalau tu rumah aku hehe..
hujan nak turun dah..
snap gambo sebelum meninggalkan putrajaya..
Dan lepas tu terus bertolak pergi muzium tentera port dickson..time ni hujan dah turun..dengan berbekalkan aircond bas dan cuaca hujan aku pun tidur dengan nyenyak sekali haha..
Banyak lagi gambar yang sempat aku snap tapi biarlah setakat ni je yang aku kongsikan..nak lebih pergi facebook aku hehe..dalam trip ni memang happy tapi dalam happy tu ada benda yang tak berapa nak happy..spoil la senang cakap..tapi aku anggap tu semua kecik punye hal..pasal aku dah agak masak dengan situasi begitu sepanjang aku join GIATMARA ni..
Lepas ni aku ingat nak publish pasal satu lagi trip yang aku join kat mersing..so tunggu je la hehe..
p/s : aku nak sambung study kat mana ni wei...?
0 comments:
Post a Comment