Ok habis sudah sesi drama bahasa inggeris yang terabur sini sana haha (entri kali ni agak emosional sikit bagi aku) pernah dengar tak kat sekeliling korang ayat seperti "ala handset china je tu...bangga lebih watpe"...takpun ayat camni "ko cakap handset ko ori?tu handset china dok"..atau pun "laa handset china rupanye" dan ayat-ayat yang lebih kurang sewaktu dengannya..itulah mentaliti masyarakat kat sekeliling aku yang aku nampak sejak dari dulu lagi..susah betul nak ubah persepsi diorang ni...asal ada je tulisan kat belakang tertera made in china terus buat konklusi itu barang fake la..copy la..underwater la..padahal cuba la selidik dulu barang tu original atau tidak...
Memang tak dinafikan yang negara china merupakan pengeluar banyak barangan fake yang di copy dari jenama branded dunia tapi perlu diingatkan yang tak semua barang tu adalah hasil copy..barang yang aku maksudkan adalah handphone cap Nokia kepunyaan aku..semalam masa kat giatmara member aku try tengok N8 aku tu..aku pun bagi je la...kalau tak bagi nanti dianggap sombong pulak...pastu tetibe dia accused Nokia N8 aku tu adalah fake made in china..dia cakap begitu kerana ada tertera tulisan made in china di bahagian bawah sebelah port charging 22mm N8 aku tu...come on la sekarang kat kampung orang asli pun dah ade wifi la..penjelasan aku ditolak bulat-bulat dan aku dicop sebagai pembeli tertipu...mana tak makan dalam hati aku bila dia cakap camtu...sabor je la...
Nokia sebenarnye tidak la miskin (aku bukan Nokia Fan Boys) untuk membina satu kilang je dekat Finland sana..Nokia ada membuat kilang di China dan beberapa negara lain kalau tak silap aku la..untuk pasaran produk dekat eropah dia akan ambik dari kilang Nokia di Finland sana..dan untuk pasaran Asia pulak dia akan ambik dari kilang Nokia di China..so kebanyakkan handphone Nokia di Asia memang dipasang di China oleh Nokia sendiri..so takde timbul isu fake atau whatever la kalau timbul tulisan made in china di handphone Nokia...kualiti pulak memang sama dengan handphone Nokia made in Finland atau
Untuk bezakan handphone ori dengan fake cuba check ada tak nombor IMEI dengan menekan *#06#...atau pun lagi senang untuk handphone yang guna OS Symbian cam aku ni hehe..bole je tekan *#0000# untuk check original ke tak...kat situ bole check firmware dan yang penting keoriginalan dia (korang usha blog ni)...setahu aku handphone fake tak boleh guna kod ni dan takde OS...atau lagi senang tanye je kat tokey kedai handphone tu...kalau dia tak tahu just tinggalkan je dia dan cari kedai lain yang tokeynye lebih berpengetahuan pasal teknologi ni...
Pak Jabit berkata "wahai masyarakat Malaysia berpindah la dari telefon sms Akademi Fantasia kepada smartphone seiring dengan perkembangan teknologi yang kian pesat berkembang...Pak Jabit tak paksa tapi kalau korang pakai smartphone korang jugak yang dapat advantage dari smartphone tu sendiri...smartphones tu camne?..adakah itu satu soalan?...lol..."
Dekat sini apa yang penting adalah ilmu pengetahuan kita tentang sesuatu benda itu..kalau takde pengetahuan nanti jadi la macam segelintir masyarakat kita yang masih memandang serong terhadap sesuatu benda yang diorang sendiri tak tau akan halnye..bila sebut made in china mula la si polan tu berhujah sana sini sehingga si polan itu berasa dia dianggap sebagai seorang cendekiawan di dunia dia sendiri...cuba tanye kepada si polan tu antara Malaysia dan China mana lebih maju?...dia pasti ada jawapannye...
Ok cukup sudah entri emosional aku hari ni..terima kasih kepada member aku yang dok kutuk N8 aku semalam sebab kalau ko tak kutuk takde la idea untuk aku update blog aku hari ni...rasanye dia takkan baca entri aku ni...lagi pun kampung dia takde wifi lol (laugh out loud)
p/s : senyman manis dibawa angin...aku rindu dengan senyuman itu...
10 comments:
humans.. ada kwn saya sentap bila sy cakap ipad dtg dr china. lol
skang nih hampir sumer barang dari China.. kalo mentaliti tuh masih ada, memang x beli langsung aa apa2 lepas nih.. ;)
@Sayang Amirah ramai lagi sebenarnye yg mcm tu..x dpt terima yg kbnyakkan barang kat dunia ni dtg dari china..:e
@kyo_9 diorang sokong buatan tempatan 100% kot..x salah tapi x bole gak camtu..mindset masih ditakuk lama..:f
Wah. Hebat ar bro. Sudah hilang kegusaran di hati sbb hp ni ori walaupun ap set. Hoho..made in china pun ok bah asalkan bukan hp china. Hehe..
@Amir Izzat ap set sama je ngan ori kan..aq dah habaq dah hehe..lagi satu made in china itu indah ngehehehe...:d
haha aku pernah terbeli nokin N90 china punya brand.. mmg beza dgn oroginal, dan x smua cina punya brand fake.. thanks info
Negara China memang canggih semua boleh copy dengan baik termasuk kereta
bateri laptop & hp smua guna jenama li-ion [china certified brand]...
fuh.....semat la hp china nie java pun ndak bleh mmry body kb jak hahaha BURUK.....
Post a Comment