Pages

03 November 2010

Home » » Peperiksaan SPM, STPM kekal 22 November

Peperiksaan SPM, STPM kekal 22 November

SERI KEMBANGAN: Jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bermula 22 November ini kekal walaupun berlaku banjir di beberapa negeri di utara Semenanjung, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di negeri yang terbabit banjir sudah diarahkan mencari langkah memastikan peperiksaan berjalan lancar walaupun sekolah yang sepatutnya menjadi pusat peperiksaan dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir.
“Setakat ini tidak ada keputusan menukar tarikh peperiksaan melainkan mengikut tarikh yang ditetapkan. Jika ada sekolah menengah yang mengendalikan peperiksaan dijadikan pusat pemindahan banjir, mereka (PPD) perlu menguruskannya supaya tidak menjejaskan proses peperiksaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Ekonomi China Sedunia 2010 di sini, semalam.
Muhyiddin berkata, kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut mengaktifkan langkah menyelamat dan membantu mangsa banjir bersama MKN negeri.

“Setakat ini proses pemindahan dilakukan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis berjalan dengan baik. Kita berharap orang ramai memberi kerjasama dengan pasukan yang kita bentuk untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Sementara itu, di ALOR SETAR, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata dua sesi Majlis Konvokesyen Ke-23 universiti itu ditangguhkan berikutan penutupan laluan di Kilometer 10.5 Lebuhraya Utara-Selatan di Changlun akibat banjir, sejak kelmarin.

Beliau berkata, sesi kelima dan keenam Majlis Konvokesyen itu terpaksa ditangguhkan ke Januari depan, tetapi tarikhnya belum ditetapkan lagi.
“Penangguhan konvokesyen pada hari terakhir ini berikutan graduan dan ahli keluarga mereka tidak dapat datang ke UUM apabila laluan di lebuh raya berkenaan ditutup akibat dinaiki banjir,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam. manakala laluan alternatif yang ada pula merbahaya untuk dilalui,” katanya.

“Selain itu, kakitangan universiti termasuk pensyarah turut terjejas dengan banjir dan pihak universiti memutuskan untuk menangguhkan majlis itu ke sesi khas Januari tahun depan.

“UUM amat berat hati untuk membuat keputusan ini tetapi demi kebaikan dan keselamatan graduan, ibu bapa, waris dan kakitangan menyebabkan keputusan ini terpaksa dibuat," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sesi terakhir majlis konvokesyen itu sepatutnya menyaksikan 1,373 graduan menerima ijazah mereka semalam.

Mustafa berkata, UUM akan memaklumkan kepada pelajar terbabit mengenai tarikh konvokesyen yang tertangguh itu.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa pelajar supaya tidak bimbangkan mengenai tahap keselamatan anak mereka di dalam kampus kerana keadaan terkawal dan bekalan makanan tidak terputus.

Majlis konvokesyen ke-23 itu bermula Ahad lalu dan sepatutnya berakhir semalam.

Sumber : Berita Harian

This Post Is Under SHARING IS COOL

4 comments:

Amir Izzat said... [Reply]

bagus ar..hehe

mesti ko berdebar kan? hehe..ak doakan yg terbaik ntuk ngko...

eh..ko SPM kan? takut salah..hehe

Adha said... [Reply]

@Amir Izzat yup betol la tu..menghitung hari ni hehe..seram beb..

diriku said... [Reply]

he2..gerenti calon2 exam tgh struggle giler2 skrg nih..

Unknown said... [Reply]

so betul ke bekalan makanan tak terputus? heheh
tak tau gak

kuman "animated.." Entry

Para Pengikut Yang Superb Setia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...