Pages

30 May 2013

Home » , » Cuti Sekolah Dulu

Cuti Sekolah Dulu

Assalamualaikum.

Hari ni hari khamis. Sepatutnye petang ni ada kelas. Tapi disebabkan TTO aku ada hal so class is cancel today. Esok pun memang takde kelas. Jadinye empat hari la aku cuti. Tapi walaupun cuti empat hari rasa mcam tak best. Sebab minggu ni minggu stress. Banyak assignment nak kena hantar. Dah la minggu ni kena serangan psikologi minda dengan TTO aku. Siang malam aku dok terbayang apa miss aku cakap dalam kelas hari tu. Damn it lah.


Sekarang ni cuti sekolah kan. Aku pun baru tahu sebenarnye haha. Mesti kat TV3 tu tengah tayang citer barbie yang entah apa-apa tu kan. Aku teringat zaman sekolah aku dulu. Aku dulu bukanlah seorang pelajar yang super rajin lagi tekun. Cemerlang jauh sekali. Duduk kelas pertengahan. Yang mana aku menyaksikan hujung sebalah kanan kelas pandai dan hujung sebelah kiri kelas nakal.

Kalau cikgu aku bagi kerja sekolah dekat aku dulu seriously dalam sepuluh homework aku cuma buat dua je. Yang lain haram aku nak buat. Kalau hari ni cikgu aku bagi kerja rumah suruh buat karangan yang 300 patah perkataan tu. Besok pagi confirm aku dok terkebil-kebil buat teknik empat penjuru jurus ninja petaka jawa. Pasal kerja tak siap lah. Aku pun tak tahulah kenapa aku dulu malas giler nak buat kerja sekolah dekat rumah. Subjek yang lain pun sama je halnye lebih-lebih lagi matematik. Subjek yang aku sangat takut masa dekat sekolah dulu. Ingatkan bila dah sambung belajar ni takde la belajar matematik lagi. Rupanye ambik ko lagi susah tahap dewa dia punya level. Calcuclus. Time ni la baru nak tersedar diri tu pemalas masa kat sekolah dulu.

Bila masuk time cuti sekolah je mesti ada kelas tambahan. Budak-budak SPM mesti biasa kan dengan kelas di waktu cuti ni. Pakai uniform sekolah dan berselipar saja. Sangat awesome haha. Aku paling liat nak pergi kelas tambahan sejarah dengan matematik. Alahai sejarah tu buat aku mengantuk je. Bila aku fikir balik subjek sejarah yang kita belajar dekat sekolah tu macam totally bercanggah kot. Zaman paleolitik? Zaman perjuangan melayu? dan sebagainye. Aku rasa 20% je betul. 80% lagi rasanye macam tak berapa nak betul. Sendiri kaji lah. Aku bukan ahli sejarah pun. Kang kena attack dari Encik Anony payah pulak nanti.

Biasanye kalau cuti 2 minggu seminggu kelas tambahan dan seminggu lagi baru lah cuti sebenar. Time cuti sebenar ni lah yang paling heaven. Bangun lambat. Bila dah bangun je terus bukak TV. Tengok TV3 dok tayang citer detective conan. Takpun citer hollywood disney. Bila dah tengahari baru sibuk nak mandi. Bila dah mandi tengok TV lagi. Bila petang sikit tengok dompet ada sepuluh-dua puluh ringgit apa lagi start motor pergi jalan. Biasanye ke Batu Pahat sana. Pergi mall habiskan masa. Masuk kedai komputer tengok game baru apa ada. Kalau member ajak karaoke ke bowling ke follow je. Tup-tip bila balik rumah tengok dompet dah takde duit. Biasalah budak sekolah.

p/s : asalkan aku ok duit dalam poket hidup dengan sederhana. sambil dengar lagu Awi Rafael.

0 comments:

Para Pengikut Yang Superb Setia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...