Pages

26 January 2013

Home » , » Kehidupan Seorang Mahasiswa : Hantu Realiti Atau Ilusi?

Kehidupan Seorang Mahasiswa : Hantu Realiti Atau Ilusi?

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak bebel sikit pasal hantu. Apa benda hantu ni? Hantu ni benda yang manusia assume sebagai makhluk jahat ataupun setan. Tapi kebanyakkan orang tak percaya pun dengan kewujudan hantu ni. Well dalam Al-Quran takde sebut pun pasal hantu kan? (correct me if im wrong) yang ada iblis, syaitan dan jin.


Dalam dua tiga minggu lepas ada havoc sikit pasal kes hantu/histeria dekat salah satu IPTA dekat Malaysia ni. Dekat area Melaka tempat tu. Mesti korang tahu punya la. Puiii sekali kalau tak tahu pasal ni. Kecoh satu Malaya pasal hantu ni dok serang student kat sana. Aku dalam percaya dan tak percaya pasal benda ni. Aku ada 2-3 orang member yang belajar dekat sana. Bila ditanya diorang tak mengiyakan benda ni. Katanye fake bagai. Ataupun diorang saja cover line ataupun diorang tak kena lagi kot hehe. Rasanye kalau setakat kes rasuk histeria tu mungkin dapat dipercaya lagi tapi ada satu version tu siap boleh terbang dari bangunan. Wahhh Clark Kent ke tu. Agak musykil di situ. Ikut fizik mana mungkin seseorang tu boleh melawan kuasa graviti tanpa tool doraemon. Tapi mungkin betul sebab benda jadi bukan kat depan mata kita. So kesahihan tu tak dapat dipastikan.

Kalau ditanya dekat orang ramai ataupun student2 dekat Malaysia ni pasti diorang ada kisah at least satu cerita pasal ghost stories dekat tempat belajar diorang. Aku rasa dekat semua tempat IPTA/IPTS dekat Malaysia ni ada cerita dia yang tersendiri. Orang kata lain tempat lain version. Amik contoh dekat tempat aku belajar ni. Banyak betul kisah hantu dia. Tapi takde sampai tahap skuad ANBU dipanggil lagi. Setakat nampak kelibat tu ada lah. Tu pun member yang cakap. Aku belum kena lagi. Tak mau la join bende ni. Tapi kalau nak rasa boleh la pergi bangi cari nama tempat sibertel. Pastu korang bertapa la dekat situ satu malam tengok apa yang jadi.


Well dekat mana-mana pun hantu/jin/iblis bagai ni memang ada. Cuma nampak tak nampak je kita. Kalau ada rezeki nampak lah. Cuma kekadang tu bila dah terkena tu baru la kita nak ingat kat atas tu. Bila dah kaku nak melawan time tu lah baru nak minta perlindungan semua. Tanya balik kat diri kita apa kita buat sebelum ni. Tak payah cakap korang aku sendiri pun kadang banyak gak terlupa pasal Dia. Bila dah terdesak baru nak ingat Dia. Sama-samalah kita beringat.

Kalau korang nak baca lebih lagi pasal ghost stories kat tempat belajar ni korang google sendiri. Memang banyak forum blog yang sembang pasal benda ni. Kesahihan tu terpulang dekat korang untuk menilai. Antara kisah tempat yang best aku baca ialah kat UiTM & UUM (perlu ke aku mention wakaka).Banyak giler versi cerita kat dua tempat ni. Tak percaya? Lantak ahh sapa suruh percaya haha.

Oklah tu je aku nak bebel. Cukup syarat nak update je ni wakaka jahat giler aku.

p/s : sakit kepala fikirkan masalah duit ni.

2 comments:

Para Pengikut Yang Superb Setia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...