Pejam celik tahun 2012 dan nak pun habis. Macam-macam dah berlaku tahun ni. Baik diri aku mahupun diri korang semua. Betul tak? Mestila betul sebab aku memang selalu betul gyahahaha.
Firstly untuk diari awal tahun aku tahun ni dimulakan dengan kisah aku menyambung diploma di GMI. Aku amik course Network Security yang sememangnye secret complicated punya course dekat sini. Subject aku masa sem 1 dulu semua tough giler. Memang level engineer belajar kot. Alhamdulilah aku lulus untuk semester 1 walaupun result tak berapa nak gempak macam sesetengah orang yang memang
Tahun ni jugak aku hampir nak kemalangan lagi dengan kuda aku tu. Alkisah bermula dengan adegan laju melaju sekumpulan anak muda yang tak tahu apa yang dikejarnye. Kesudahannye seorang kawan aku nyaris jadi mangsa jalan raya bila dia dengan kuda laici dia kantoi mengelak kon kuning yang diletakkan di atas jalan raya tu lalu bergolek seperti pocong dan kuda laici beliau terseret jauh lalu berhenti atas tepi divider jalan. Itulah sebabnye aku malas nak bagi orang lain pinjam motor aku sebab kejadian ni la. Bila sebuah kapcai 125 cc dianggap seperti 10000000 cc. Nasib baik aku tak eksiden. Oh yee time kejadian member aku yang ride motor aku, Aku duduk belakang sambil panas hati tengok kuda aku dilenjan macam syialll. Ishhh emosi betul aku.
Aku penuhi impian aku nak beli DSLR pada bulan julai lepas. Punya la lama aku mengidam kak non ni baru sekarang dapat pakai. Aku berkongsi minat aku ni dengan seorang lagi member aku yang beli jugak kak non atas dasar minat dan hobi. Bezanya aku punya beginner member aku pulak semi-pro haha. Gambar takde la cantik lagi tapi kitorang slow-slow dulu belajar. Mana la tahu satu hari nanti boleh bukak studio sendiri. Berangan lagi aku ni hehe.
Aku dapat pengalaman paling tak boleh lupa iaitu semasa aku pergi ke rumah kawan aku di perak. Time tu gerak malam. Lepas je aku berhenti isi minyak dekat hentian sungai perak aku perasan yang angin tayar belakang motor aku rasa kurang. Aku pun pi la isi angin. Bila aku dah konfiden tayar dah keras aku pun sambung balik perjalanan aku dengan member laici yang aku cerita kat atas tadi. Dalam lima minit aku teruskan perjalanan aku mula rasa yang motor aku rasa tak stabil. Masa tu dalam hati aku dah target tayar belakang aku yang problem. Tapi aku keraskan hati sebab tayar aku depan belakang tiubless so ingatkan takde la masalah.
Dah dekat separuh perjalanan nak sampai rumah member aku tu tetibe motor aku
Tahun ni juga aku pergi ronda pantai timur dan utara tanah air dengan kuda putih aku tu. Selamber je jalan walaupun standart mendert haha. Bangga aku dengan kau Wave 125 S. Jasa mu akan tetap terpahat di hati aku ni walaupun tak lama lagi kau akan ku lepaskan. Soob soob sedih aku.
Lesen kereta pun tengah dalam proses. Aku tengah tunggu hari nak test JPJ je ni. Lepas tu boleh la aku bawa kereta dengan tenang haha. Terima kasih dekat mak aku sebab bagi modal buat lesen ni. Lepas dapat lesen nanti mak cakap je nak pergi mana, akan ku drive tanpa was-was hehe.
Banyak lagi perkara yang jadi tahun ni. Rasaya kalau tulis pun sakit hati nanti. Ataupun aku sebenarnye dah lupa benda-benda yang jadi dekat hidup aku tahun 2012 ni. Almaklumlah banyak sangat makan maggie sedap
Kejap lagi tahun 2013 nak menjelma. Kalau ditanya aku apa azam baru aku, aku akan jawab takde. Sebab banyak lagi azam lama aku yang tak tercapai lagi. So tunggu lah semua azam lama tercapai baru buat azam baru hehe.
p/s : harddisk laptop makin parah
0 comments:
Post a Comment