Pages

06 November 2012

Home » » Johor Banjir Lagi Untuk Tahun 2012

Johor Banjir Lagi Untuk Tahun 2012


Sekarang ni memang musin hujan. Asal tiap kali petang bawak ke malam je mesti hujan turun. Time ni jangan tanya kenapa la kenapa most of student lebih gemar menghabiskan masa di atas katil bilik tidur masing-masing haha.

Dekat facebook aku tengok ramai kenalan aku yang post pasal banjir dekat batu pahat. Kampung halaman aku la tu. Lebih spesifik lagi pekan parit sulong. Area pekan ni memang setiap tahun kalau musim hujan memang akan dinaiki air. Air sungai parit sulong akan melimpah sedikit demi sedikit dan akhirnya akan jadi tajuk berita di tv dan akhbar. Setakat ni rumah mak abah aku tak pernah lagi dinaiki air banjir sebab rumah kami terletak di kawasan tanah tinggi sikit. Tapi bukan la atas bukit. So kalau hujan lebat manapun air longkang dan parit je akan penuh. Belum sampai tahap air masuk rumah. Kalau longkang sumbat tu maybe masuk la air dalam rumah nanti.

Apa-apa pun kesian dekat mereka-mereka yang dinaiki air banjir. Aku ingat lagi semasa aku dalam komuniti giatmara dulu, aku ada join aktiviti bersihkan rumah banjir. Time tu baru aku tahu betapa teruknye keadaan rumah yang dimasuki banjir ni. Lagi-lagi kalau rumah tu besar dan jenis takde tiang memang habis la perabot dalam rumah tu. Nak bersihkan pun satu hal lagi. Agak perit la jugak aku rasa. Tapi apa pun semua ni memang kejadian alam. Kita memang tak boleh nak duga. Pasti ada hikmah dalam setiap apa yang berlaku kan.

p/s : minggu ni dekat GMI ramai giler orang. minggu konvo untuk IKM dan KKTM. wish me there someday :)

2 comments:

lepakk.com said... [Reply]

Banjir antara seronok dan tidak?

Adha said... [Reply]

@lepakk.com rasanye bagi budak2 seronok la dapat main air. sekolah pun tutup. normal la sebab diorang tak fikir apa sangat. bagi yang dewasa ni cukup paham la dengan situasi ni. manyak mende rugi oooo.

Para Pengikut Yang Superb Setia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...