Assalamualaikum the hari rayaian semua.
Well mesti korang dah sampai kampung kan. Maklumlah cuti awal. Tak macam aku ni, cuti dah memang awal tapi petang jumaat ni baru nak gerak balik kampung. Teringat setahun yang lepas. Time tu balik dengan bas. Terperangkap dengan traffik jammed dekat highway seremban memang sesuatu yang agak frusted haha. Kali ni naik motor. Harap tak la jammed gamatnye.
Ingat lagi dengan drama tipikal melayu zaman dahulu kala? Tapi tipikal sekalipun ianya tetap best memandangkan mesej yang disampaikan cukup mendalam. Entah apa mimpi aku malam semalam pergi download cerita ketupat daun kering yang pernah disiarkan di kaca tv beberapa tahun yang lalu. Aku tak ingat cerita ni tahun bila punya.
Cerita ni pasal 4 orang adik beradik yang nak pulang ke kampung bersama-sama untuk beraya bersama dengan mak diorang dekat kampung. Macam-macam persiapan mak diorang buat untuk beraya. Ayam 10 ekor, daging 10 kilo dan ketupat yang tak dianyam lagi. Tapi itu semua tak kesampaian bila adik-beradik tu semua terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan mereka semua maut. Memang sedih beb aku layan cerita ni sorang-sorang malam tadi. Almaklumlah roomate semua dah balik dulu tinggalkan aku sorang-sorang heheh.
Ada lagi ke drama macam ni sekarang? drama yang dapat menyentuh hati penonton yang menonton. Bukan sekadar gelak semata tapi mesej yang diselitkan untuk kita semua seperti tanggungjawab anak kepada orang tuanye. Sangat-sangat berguna.
p/s : Selamat pulang ke kempung semua.
Terima Kasih Semua :'(
5 months ago


0 comments:
Post a Comment