Pages

22 July 2012

Home » » Teringat Memori Ramadhan Yang Lalu

Teringat Memori Ramadhan Yang Lalu

Assalamualaikum.

First sekali aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di Malaysia ini mahupun di dunia ini. Blog seantero dunia la katakan wakaka. So macam mana hari pertama korang semua berpuasa tahun ni? Terlepas sahur? Tak dapat berpuasa dengan famili? Ataupun terkantoi di hari pertama hahah. Apa yang pasti semua dah ada pengalaman berpuasa yang korang sendiri dah faham dengan jiwa korang tu.

Di awal ramadhan ni aku teringat masa zaman silam aku berpuasa. Macam - macam benda yang aku lalui. So aku nak dok cerita sikit pasal pengalaman aku yang lalu ni. Banyak sebenarnya tapi kita jangan tamak. Sikit-sikit saja hehe.

Kalau ada diantara korang yang membesar sebaya dengan aku mesti korang pernah dengar cerita Diari Ramadhan Rafique yang bersiaran di TV3 pukul enam atau enam setengah petang macam tu. Aku tak berapa nak ingat. Cerita ni ada musim pertama dan kedua. Musim kedua ada diupload kat youtube tapi untuk musim pertama aku masih gagal mencarinye. Bagi aku musim pertama lagi menarik cerita dia pasal ramai budak-budak dalam cerita ni (iyela time tu aku pon budak gak) tambah lagi dengan suasana kampung dia. Setiap episod ada cerita tersendiri. Memang nostlagik betul cerita ni.

Program Ketuk-Ketuk Ramadhan pun antara benda yang aku selalu tengok dulu. Mungkin sebab itu adalah rancangan memasak yang dapat membuat aku terliur seketika sementara menunggu waktu berbuka puasa. Di tambah lagi dengan cara si artis Malaysia ni memasak dalam rancangan ni. Sumpah lawak haha. Tapi ada gak yang nampak betul-betul pandai masak hehe.

Paling tak dapat lupa dulu pasal air cendol. Trend aku dulu kalau nak berbuka puasa mesti kena ada air cendol. Dalam seminggu tu mesti 3-4 kali aku beli air cendol ni di bazar ramadhan dekat tempat aku iaitu bazar ramadhan pekan parit sulong. Memang terbaek rasa dia. Harap nanti aku dapat balik sebelum raya tahun ni. Dapat la beli cendol haha. Dekat bangi ni bukan takde cendol tapi perasaan dia tu lain sikit kalau dapat beli kat sana.

 Masa aku duduk dekat kampung dulu, abah aku akan pacak tiang kayu untuk dijadikan sandaran lampu pelita ni. Memang seronok bila nak isi minyak tanah dalam setiap bekas pelita ni. Lagi best bila aku dan abang aku sendiri yang nyalakan pelita tu. Bila malam je nampak bercahaya sikit halaman rumah tu. Lebih terang lagi dengan dentuman sindiket mercun adik-beradik aku haha. Ingat lagi abang aku dok tangkap cicak lepas tu ikat kat mercun roket. Sumpah lawak kejam haha.

Lagi best bila teringat zaman 12 tahun yang lepas. Time tu masih lagi di sekolah rendah. Dan bulan ramadhan jatuh pada hari cuti sekolah akhir tahun iaitu sekitar bulan november dan disember. So cerita dia bila dah puasa dalam masa yang sama cuti panjang memang banyak la dugaan yang datang. Tambah lagi dengan cuaca panas. Time tu mana ada laptop, handphone, mahupun PSP. Yang ada cuma basikal, tanah pasir buat main guli istana, bola kempis dan benda-benda yang memerlukan tenaga yang banyak untuk dimain. Jadi masa petang tu banyak diisi dengan tidur takpun lepak habis depan tv. Iye la dulu kan masa tidak begitu cepat berlalu macam sekarang ni.



Kalau kantoi tak puasa memang kena pulau la time nak berbuka puasa nanti. Semua orang dah habis makan baru la aku makan. Aku yakin korang pun pernah kena benda yang sama kan haha. Setakat nak meneguk air sejuk di siang hari tu mamang antara cabaran terbesar masa aku belajar berpuasa. Time mandi tu tak payah cakap la. Pagi, tengah hari, petang aku mandi. Umpama mandi junub pulak lamanya haha. Bilik air kan sejuk tambah dengan besen besar dalam tu. Memang swimming pool la jawabnya.

So setakat itu je la yang aku nak kongsi hari ni. Korang pun mesti ada kenangan zaman dulu kala kan. Tipu la kalau takde. So kalau ada share-share la sikit. Dapat la mengimbau sikit zaman kita kanak-kanak dulu. Tak gitu heheh.

p/s : Selamat Berpuasa Semua

2 comments:

Unknown said... [Reply]

Hahaa.. Seronoknyer.

Tang mandi tu... Kalau aku,dulu.

Mandi kat sungai je. Berendam lama2. Bila nak balik,mula lah terhuyung hayang. Pening.

Kadang-kadang kenangan lalu sangat seronok,bila dah dewasa ni. Banyak benda nak fikir... Hehe.

Adha said... [Reply]

@Abe Mirul perghh mandi sungai .. mesti feel dia lain kan .. cam tempat aq xde sungai yg bole wat mandi.. parit je ade heheh .. papepon zaman kanak2 adalah yg terbaek bila difikirkan balik .. nostalgik !!

Para Pengikut Yang Superb Setia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...