Daripada sekolah tadika aku masuk ke sekolah rendah, lalu masuk ke sekolah menengah dan bergiat dalam giatmara. Dan akhirnya aku ke GMI tempat aku bertapa sehingga sekarang. Tiada beza yang ketara daripada tadika hingga ke GMI. Hampir sama sepanajang 19 tahun ini. Mencari sesuatu yang baru, kawan baru, tempat baru, hobi baru, perangai baru, dan selanjutnya yang baru. Tetapi tak semua yang baru itu mengubah aku ke arah positif. Aku pernah hanyut dan lalai akibat tersalah masuk ke dalam jalan negatif (takde la negatif sangat kot) tatapi itu semua positif juga. Sebab pengalaman adalah guru terbaik untuk kita. Pengalaman mengajar kita.
Daripada dulu sampai sekarang aku masih tak dapat nak buang satu tabiat aku. Tabiat kebudak-budakkan. Aku pun tak sedar sebenarnya yang kadang kala aku ni berperangai kebudak-budakkan. Jika ada yang menegur barulah aku tersedar. Seolah-olah ada seeokor musang sembilan ekor yang merasuk diri aku ni. Memang kartun sungguh aku ni haha.
Benda yang aku dahulunya aku fikir "ahh tak mungkin la" sekarang ni sudah menjadi terbalik. sekarang aku boleh berkata "emm apa pulak tak mungkin nye". Dahulu aku tak pernah fikir untuk keluar daripada negeri aku iaitu Johor. Tak pernah pun terfifkir untuk memiliki
Motor ini banyak berjasa kepada aku. Bawa aku pergi sekolah, ke bandar Kuala Lumpur, hinggalah ke Karak Highway hehe. Harapnye encik honda Wave ini tidak berkecil hati jika aku ingin memadukan ia dengan encik yamaha LC dalam masa terdekat ini. Itu pun jika nilai $$$ dalam bank aku tu bertambah sebelum hari raya tahun ini. Tapi aku tidak mengharap. Hanya 50-50. Tapi kalau dapat FZ pun boleh haha.
Selagi ada rezeki aku di muka bumi ini aku akan terus berusaha untuk catch up apa yang aku nak dalam hidup aku. Semakin meningkat umur kita semakin matang la kita. Itu perumpamaan orang. Untuk diri aku itu aku tidak pasti tetapi harapnye begitu la. Semakin matang dalam membuat keputusan sendiri. Tahu jalan yang nak dilalui. Dan yang paling penting tahu nak survive dalam dunia ni.
Sebenarnye aku takde banda sangat nak tulis dalam entri besday aku ni. Just petik apa yang terbang di minda fikiran aku ni. Aku bukanlah ahli sastera yang berjaya hehe. Peace yowww :)
p/s : apa aku nak isi cuti sem aku kali ni. besarkan perut? blurppp xD
2 comments:
happy bufday..? 19 mude lagi tuh.. hahahahahah besh nye mudeeee
@zaujah until jannah muda di luar,,tua di dalam wakaka :b
Post a Comment