Mesti ada antara korang yang baru je dapat result SPM kan. Dapat cemerlang or sebaliknye itu cerita lain kali pasal korang dah dapat apa yang korang dah buat masa SPM tempoh hari. Mungkin ada antara korang yang rasa down dengan result korang tu. Kalau yang cemerlang tu peratusan dia untuk down sikit je la sebab besok lusa confirm berlambak surat tawaran akan sampai kerumah baik dari tawaran IPTA mahupun IPTS. Tapi pada yang kurang sikit result dia ni mesti dah blur habis nak buat apa. Ok rileks dulu tak payah nak dok kalut sangat dulu ok hehe.
Point aku nak cerita pada fresh SPM yang agak kurang sikit result dia ni. Based pada pengalaman aku rezeki korang sebenarnye ada dan mungkin berbeza dengan mereka yang mendapat result yang gempak semua tu. Korang kena ingat setiap manusia ni jalan hidup dia berbeza dan takde satu fakta pun yang cakap SPM tu penentu masa depan korang. Korang yang decide future korang bukannye result SPM ok. Whatever yang call rumah korang atau datang kat tong pos rumah korang nanti aku nasihatkan korang jangan nak terburu-buru sangat. Take time fikir dulu nak amik tawaran yang mana satu. Sebaiknye korang amik tawaran yang korang minat sebab serius korang tak akan dapat go on dengan sempurna kalau korang amik tawaran yang memang bukan dari minat korang. Tak salah amik tawaran lain tapi depends pada diri masing-masing. Ada orang senang belajar benda baru dan ada sesetengah orang yang senang dengan apa yang depa minat. Kalau otak korang memang power teori masuk la tempat yang memang teori je banyak. Dan kalau otak korang memang power pasal teknikal masuk la institut teknikal macam IKM, Politeknik, atau GMI hehe.
Ok cukup dengan itu sekarang ni aku nak gambarkan sikit pasal life dekat IPT ni.
Perlu aku ingatkan yang kos untuk sambung belajar sekarang ni memang tinggi. Kalau IPTA orang cakap IPT kos rendah dengan bantuan kerajaan korang totally salah. Aku tengok sama je IPTA dengan IPTS ni. Belajar dekat IPT ni sangat la berbeza dengan cara korang belajar dekat sekolah dulu. Dekat IPT korang totally depends pada diri korang sendiri. Mak bapak dah jauh dekat kampung. Kalau mak bapak korang tu orang berada lain cerita la. Tapi kalau yang mak bapak depa orang yang sederhana macam mana pulak. Belum cakap lagi yang hidupnye susah. Cukup aku cerita duit makan korang untuk sebulan. Paling jimat korang boleh spend RM150 untuk makan saja. Makan apa RM150 tu sendiri fikir. Tak masuk duit untuk kegiatan lain. So dari situ la almari korang akan mula terisi dengan stok maggi yang tak berapa nak sihat. Tapi sihat tak sihat kena makan pasal kalau tak makan perut akan berbunyi bila korang tengok wallet sendiri. Pelik betul ayat aku ni haha.
Tapi jangan risau pasal kat Malaysia ni jarang orang sambung study depends 100% pada duit mak bapak. Nak tak nak korang akan apply loan samada dari
Ok cerita pulak kepada mereka yang dapat sambung study dekat area Selangor ataupun dekat ibu kota. Sila jangan terkejut dengan culture shock korang ok. Culture shock dekat sini berbeza dengan culture shock di tempat lain selain ibu kota ni. Kalau korang study dekat area Bangi pun dah cukup bahaya sebenarnye. Hanya lebih kurang 30 minit diperlukan untuk korang sampai ke Kuala Lumpur tempat
Bagi aku time kita study dekat luar ni la time untuk kita membentuk diri kita bila dah dewasa nanti. Hidup jauh dari pengawasan mak bapak dekat kampung memang membuatkan kita rasa bebas tapi dalam bebas itu ada tersirat banyak maksud yang hanya korang sediri akan faham. Korang akan terikut flow member korang. Kalau pada yang positif ok tapi kalau pada negatif habis korang. Kalau dalam diri korang takde firewall yang kuat memang jahanam diri korang. Sentiasa la call mak bapak korang kat kampung tu. At least call untuk tanya khabar jangan bila dah boros baru teringat mak bapak korang. Hidup dalam peringkat remaja ni memang senang nak lupa diri. Tapi bukan kata lupa diri tak boleh berubah. Pangkal jalan tu sentiasa ada dekat setiap jalan kehidupan ni. Based on experience bro.
So pada freshie SPM fikir baik-baik ok :)
p/s : broadband bukan berokband .. harapnye quotes ni berkekalan hehe ..
1 comments:
panjangnya tulisan..buat paragerap boleh???huhuhu...follow u...:p
Post a Comment