Pages

06 February 2012

Home » » Aktiviti Paranormal Aku

Aktiviti Paranormal Aku

Assalamualaikum

Seperti biasa aku sekarang dah jarang sangat nak update blog aku ni. Setiap hari ada saja benda yang berlaku dalam hidup aku tapi aku just biarkan je. Nak tulis dalam public diary aku ni pun dah rasa hilang feel dia tu. Tak macam dulu sangat. Talian internet pun bukannye ada sangat pun haha.


So kali ini aku adalah sikit benda nak story dekat sini. Tengok gambar dekat atas confirm first impression korang adalah mereka yang berada dalam gambar ni adalah gila glamour kan haha. Sebenarnye bukan macam tu. Sebetulnye gambar dekat atas ini adalah gambar team ahli paranormal yang belum ada nama rasmi lagi. Baru je ditubuhkan selepas salah seorang dari member aku si J ni bagi idea untuk buat satu aktiviti sihat dekat tempat kami iaitu GMI. Berbekalkan pengalaman yang ada pada J ni kami pun sepakat bersama lagi dengan kawan kami iaitu Faiz, Azam dan Alif untuk tubuhkan satu team paranormal tidak rasmi (belum ada nama pon lagi) dekat tempat kami ni.


Malam sabtu lepas kami mulakan aktiviti pertama kami dengan berjalan di bangunan lama sibertel yang tak jauh dari hostel kami. Petang tu riki dulu tempat. Memang agak lama juga bangunan ni tak berpenghuni. Tak tau la kalau ada sarang mat pet dekat sini sebab kami just ronda di sekitar luar bangunan saja.


Perasaan seram tu ada juga sebab ni first time aku join benda macam ni. Tipu la kalau kaki tak goyang beb. Seram tak seram kami redah sebab kami pun tak harap benda tu keluar. Kami bukannye mencari benda ni tapi just nak merasai suasana dan pengalaman berada dalam situasi macam ni. Kalau ada rezeki ada la. Tapi kalau boleh tak nak la tengok benda tu muncul pasal aku pun bukannya berani sangat haha.


Bila fikir balik rasa macam sayang pulak bila bangunan kosong ni tak digunakan. Kawasan sibertel ni agak luas kalau ditinjau masuk ke dalam. Dengar - dengar sibertel ni dulunya adalah kolej tapi bankrap. Sebab apa aku pun tak tahu.



Banyak lagi gambar yang aku tangkap guna Nikon Nokia N8 aku tu. Dan banyak juga orb yang dapat ditangkap gambarnya. Dan ada satu gambar tu yang membuatkan kami semua tertanya-tanya benda apa yang ada dalam gambar tu. Sama ada kesilapan gambar atau pun imej lain. Aku tak akan post gambar tu sekarang sebab belum sahih lagi.

Ada satu lagi tempat yang kami dah pergi iaitu di rumah warisan UKM. Dekat situ banyak cerita yang aku dengar kat internet mengatakan rumah tu agak keras. Rumah kayu memang boleh tahan keras dia hehe. Pasal rumah tu nanti je la aku tulis huh. Papehal this is best bro !!!

p/s : kehidupan seorang pelajar Diploma sangat sibuk yawww =="

0 comments:

Para Pengikut Yang Superb Setia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...