Assalamualaikum
Selamat tahun baru 2012 aku ucapkan walau dah hampir seminggu tahun 2012 masuk ke dalam hidup baru kita. Well agak lama tidak menulis diari di blog ini yang semakin lama dilupakan dek kerana kesibukan hidup di dunia (aikk sibuk ke) hehe
Azam aku tahun ni macam azam tahun lepas yang tahun lepas punya. Tiada kesudahan azam aku ni. Serius menakutkan. Tapi setiap tahun aku memang ada azam yang mempunyai title berbeza tapi masih sama keadaanye. Title azam aku tahun ni adalah" I wanna fly and keep flying" yang aku kisahkan sebagai aku nak terbang dan terus terbang. Bagi aku ayat tu banyak maksud dalam hidup aku sekarang ni. Nanti je la aku cerita pasal maksud tu hehe.
Tahun lepas sebaik saja aku habis belajar di giatmara aku diberi tawaran untuk pergi ke GMI (German Malaysian Institute) di Bangi tapi beralamat Kajang. Aku pun tak tahu status lokasi GMI ni samada di Bangi atau Kajang haha. Aku mengikuti program Integrasi Pra-Diploma selama 6 bulan. Banyak benda baru yang mengajar aku hidup kat luar selama 6 bulan ni. Dan tahun ini alhamdulilah aku diterima masuk lagi di GMI sebagai pelajar Diploma sepenuh masa dalam course Network Security. Aku tak tahu apa aku akan belajar nanti tapi memang course ni la yang aku aim untuk masuk GMI hehe.
p/s : hari isnin mula daftar tapi sebarang persiapan pun aku tak buat lagi. Habit dari dulu buat kerja last minute. Bahaya tu jangan dicontohi ok.
Sekali-Sekala Menulis, Mana Cukup Satu
2 months ago
2 comments:
salam.saya mungkin nak mengikuti program GCAP(program untuk graduate yang tak keje lagi) 17 feb 2013 ni.saya cuma bimbang tentang tandas asrama.sebab saya ni susah adaptasi.tandas asrama perempuan guna getah ?
"aku gaban", ada email tak? nak tanya tentang gcap 17 februari nanti.
Post a Comment