Alhamdulilah selamat sampai di batu pahat pada pukul 9.30 malam semalam. Mujur la streamyx belum dipotong lagi so boleh la online hehe. Ehh apa cerita aku balik rumah ni. Tak sampai pun seminggu rasanye aku kat bangi tu. Hehe tiada apa yang terjadi sebenarnye cuma aku je yang memang nak balik
Semalam lepas solat jumaat terus aku on the spot naik hostel kemas barang sikit. Banyak baju kotor hehe. Dalam pukul 3 petang aku dengan dua orang lagi member aku naik satu bas ataupun van kuning (tak tahu nak mention bas atau van haha) dengan caj sebanyak satu ringgit sahaja. Sampai di stesen komuter bangi terus beli tiket ke stesen bandar tasik selatan. Lagi dua orang member aku turun seremban so terpaksa la aku go on seorang naik komuter. First time naik komuter memang tak boleh blah. Rasanye tak salah kalau aku cakap tin sardin tu lagi selesa dari dalam komuter ni. Memang sesak tapi alhamdulilah aku sampai jugak di stesen bandar tasik selatan. Mula-mula sampai aku terpinga-pinga jugak pasal aku tak pernah sampai lagi dekat situ. Menurut kata orang stesen bandar tasik selatan ni ada TBS ataupun terminal bersepadu selatan yang mana semua pengangkutan awam disatukan di bawah satu bumbung. Tapi time aku sampai tu aku tak nampak pulak bas atau teksi kat situ. Aku terus cari ikhtiar cari jalan dengan ikut flow orang ramai yang naik jejantas.
Lepas dalam 10 minit aku tersesat mencari stesen bas akhirnye aku jumpa gak TBS ni. Nun dari atas jejantas dah boleh nampak. Rasa macam cuak jugak pasal aku seorang je dan memang tak pernah jejak kaki lagi dekat sini sebelum ni. Memang hati kering jugak la time ni pasal aku nekad nak balik batu pahat haha.
First impression aku masuk Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ni aku rasa macam aku dah masuk airport walaupun aku tak pernah masuk pun airport. Siap ada skrin ketibaan dan pelepasan untuk setiap bas ke selatan. Kedai makan pun ada dekat tingkat atas. Tandas dan surau pun ada. Dan yang paling penting wifi percuma walaupun kebayakkannye ade password tapi ade jugak yang free. Tapi yang ade password tu rasanye boleh crack opppsss hehe.
Kepada siapa yang baru first time masuk sini jangan risau sangat la pasal kat sini ada guide yang akan bantu korang dekat mana nak beli tiket, nak turun gate mana, lagi baik buat je macam aku tanya direct terus dekat pegawai polis yang bertugas atau staff yang ada dekat situ.
Ini la tiket bas pertama aku. Maklum la tak pernah naik bas ekspress lagi. Dulu time sekolah pun naik bas karat je hehe. Tapi apa pun sekarang dah pandai la kot nak beli tiket bas lepas ni.
Dekat atas ni pulak tiket untuk aku balik raya nanti. Awal giler beli. Puasa pun belum start lagi. Tapi memandangkan TTO aku nasihat suruh beli awal aku ikut je la. Mana tau sold out ke nanti dah tak boleh balik pulak nanti. Ohh ye 30 minit sebelum aku naik bas aku ada terserempak dengan member sekolah aku yang sekarang sambung dekat UTM. Kebetulan nak balik batu pahat tapi tak satu bas pulak.
Sekarang ni tengah fikir nak beli tiket balik ke bangi. Belum beli lagi pasal pagi ni hujan. Harap ada la tiket untuk aku balik sama ada melalui seremban, kajang, atau pun ke bandar tasik selatan. Apa pun trip aku semalam dah bagi pengalaman baru hidup dekat luar ni walaupun itu cuma secebis je dari lipatan kehidupan aku ni. Aku suka ayat " Pengalaman Mengajar Kita " begitu mendalam maksudnye.
p/s : belum satu kepala sangat dengan room mate x_x tapi boleh la
2 comments:
oohh..tiket skrg da ade nama yer..
@Amirul Amin yup..camtu la nampaknye..cam eksklusif skit hehe..
Post a Comment