Pages

07 July 2011

Home » » Faedah Mendengar Lagu Jiwang

Faedah Mendengar Lagu Jiwang

Assalamualaikum


Salam sayang kat korang semua..
Jangan ada yang pelik bila aku cakap sayang hehe..

Tengok tajuk kat atas tu teringat pulak karangan untuk buat ringkasan spm. Tapi aku bukan nak tulis pasal contoh ringkasan karangan untuk spm. Aku saja je nak tulis pasal lagu jiwang. Sebenarnye member aku yang bagi idea sebab sekarang ni member aku tu tengah dilanda kejiwangan. Sorry bro aku main agak je ko tengah kejiwangan hehe..

Bila difikirkan banyak juga  kebaikan mendengar lagu jiwang ni. Keburukan pun tak dinafikan ada juga tapi point di sini adalah faedah atau kebaikannye haha. So dekat sini aku simpulkan beberapa point yang dirasakan agak logik diterima akal. Antaranye ialah :

  • Dapat menghilangkan rasa tension.
Dekat sini dapat difikirkan bila kita dengar satu lagu jiwang macam
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku
 Mesti kenal dengan lirik lagu dari Wali Band iaitu lagu Cari Jodoh kan? Bila kita tengah tension macam baru lepas kena marah hati kita mesti bengang + marah + sedih + cam sial la. Agaknye apa kita nak buat time tu. Panggil adik kita lepas tu zapppzz terus lempang dia buat lepaskan geram? Kejam sungguh jika korang sebegitu. Kenapa kita tak cari alternatif macam dengar lagu yang ada unsur happy  + jiwang sebab percaya la cakap aku kalau moody korang tak hilang at least dapat tenangkan hati kita dari terus tertekan dengan hal yang cam sial la hehe..

  • Dapat buat kita happy
Secara tak langsung bila kita dengar + minat dengan sesuatu lagu tu automatik fikiran dan hati kita akan go on untuk happy. Macam makan coklat ada fakta menyatakan yang  makan coklat boleh menyebabkan seseorang itu gembira.

  • Akan sentiasa terhibur apabila mendengar setiap lagu yang sungguh mengasyikkan.
Contoh macam lagu cindai nyanyian Dato Siti Nurhaliza. Walaupun lagu tu dah lama tapi masih tetap sedap untuk didengar. Tapi ada yang mengatakan lagu tu berhantu..errr no komen hehe..

  • Ada kalanye lagu itu kena dengan jiwa kita dan perasaan kita samada sedih atau gembira
Yang ni memang aku sokong penuh. Setiap lagu yang bertemakan jiwang atau cinta pasti ada membawa maksud yang tersendiri. Contoh bila kita suka dengan seseorang tu tapi tak berani nak luahkan so mungkin kita akan dengar satu lagu yang kena dengan perasaan kita time tu macam lagu ni :



sebagai kekasih yang tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah
 Atau pun bila kekasih kita diambil orang lain



Sang kumbang merana
Tiada bunga
Bungaya tiada dua
Moga ia kembali ke asalnya
Yang masih menanti
 Sekurang-kurangnye bila kita dengar lagu yang sama feel dengan kita, hati kita tak la rasa tertekan sangat. Malah mungkin boleh jadi ubat? Boleh jadi 1 lagu 1 ekspresi hehe..

  • Menemani anda di saat keseorangan
Cuba bayangkan korang duduk satu rumah yang hanya korang je yang tinggal dalam tu. Kebetulan tv rumah tu rosak. So bila dah malam keadaan jadi sunyi dengan ketiadaan suara tv. So untuk mengelakkan korang daripada mendengar bunyi-bunyian lain yang korang tak nak dengar, boleh la buka lagu-lagu dalam playlist lappy atau handphone korang tu. Tak la sunyi sangat ye tak.

  • Membuatkan anda terlentok dan terus tertidur
Ini memang tak dapat dinafikan. Dengar je la lagu dari BPR, MAY, WINGS, dan yang seangkatan dengannya. Buat satu playlist lagu tersebut dan mainkan tanpa henti sepanjang malam. Nescaya korang akan terlena dan terus bermimpi yang indah-indah. Tak percaya cuba korang dengar lagu tu sambil pejam mata sambil menghayati setiap lirik lagu tu. Kalau tak tidur jugak confirm hati keras korang ni hehe..

  • Bagi yang sedang bercinta apabila terlalu suka dengan lagu yang menjadi faveret..mereka akan sentiasa memainkn lagu tersebut 3-5 kali dalam sehari.
Yang ni rasanya dah menjadi habit di kalangan muda-mudi rakyat Malaysia. Macam aku cakap tadi setiap lagu ada maksud tersendiri. Kalau ada member korang yang dengar 1-3 lagu yang sama dan berulang kali hingga membuatkan korang bosan itu bermakna dalam hati mereka tu tengah semak dengan bunga-bungaan mekar akibat cinta haha...

Lagu jiwang ni tak semestinye dari lagu zaman 80-90 an. Lagu baru sekarang macam lagu Janji dari Akim pun jiwang jugak apa. Kalau lagu dari indon tak payah cakap memang mereka mendominasi lagu jiwang zaman milenium ni. Dengar je la lagu dari Kangen Band atau Dadali Band. Setuju ke tak?

Aku rasa itu je la yang aku nak tulis. Tak pandai nak tulis panjang-panjang ni. Anyway thanks sebab baca. Sayang korang semua muahahahahaha..

p/s : dapat ke aku go on dalam form 6?

4 comments:

ninie_azriena said... [Reply]

suka sgt2 dgr lagu2 jiwang nie.. :)

Adha said... [Reply]

@ninie_azriena yeke..sama la kita hehe..

nurdani said... [Reply]

saya suka sejak akhir2 ni je. hehe. memang best

Anonymous said... [Reply]

Kenapa KEBANYAKAN lagu jiwang melayu berbentuk sedih,kecewa dan sewaktu denganya? apa manfaatnya bila kecewa dengar lagi lagu kecewa? ada juga lagu jiwang yang tak sedih, kalo mcm tu bagus la, sorry ye tu cuma pandangan saya je

Para Pengikut Yang Superb Setia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...