Well hello there world..as you can see my blog is really obsolete up to date..and this early morning i get up from my night dream to update this blog (entah kenapa tetibe aq speaking ni..speaking pun terabur jek) hehe..
Sebenarnya pada hari sabtu yang lepas sepatutnya aku update entri ni kerana event yang aku join ni diadakan pada hari sabtu tapi ada sikit masalah yang timbul..masalah tu adalah berkenaan gambar yang aku ambil semasa aku pergi ke Hutan Lipur Sungai Bantang Bekok..semua gambar yang aku simpan dalam kamera telefon cap nokia 5233 kepunyaan mak aku hilang begitu saja..yee hilang begitu je..mujur la video masih ada..aku pun pelik camne boleh hilang..tapi masalah berkenaan gambar tu dapat diatasi selepas member aku bagitau yang dia sempat bluetooth gambar yang aku ambil masa kat sana..fuhhh nasib baik..
time ni masih dekat Giatmara..sempat lagi bergambar hehe..
Event ni disertai oleh lebih kurang 18 orang terdiri daripada pelatih Teknologi Sistem Komputer (TSK) dan dibimbing oleh cikgu kami iaitu En.Zainal..event ni adalah aktiviti luar yang bertujuan untuk menggembirakan hati kitorang semua hehe..pelatih lelaki semuanya menaiki motor dan cuma dua orang je pelatih perempuan yang rider bersama kitorang..manakala yang selebihnya menaiki Toyota Avanza milik ayah member aku iaitu Wanny tapi cikgu kitorang yang drive hehe..
dah macam tin sardin aku tengok diorang hehe
muka gembira setelah minyak motor diisi full tank hehe
semasa di Petronas Parit Yaani
gila gambo diorang ni hehe
berkonvoi secara berhemah !!!
ni la motor kapcai aku..tapi member aku yang rider..moto ni yang paling top kot hehe..
ni pulak aku yang tengah rider moto kepunyaan member aku yang dok belakang tu..
aku dilantik secara tak rasmi sebagai jurugambar tak professional hehe
kegembiraan terpancar di muka diorang..
cantik sungguh pemandangan ni..
alam semulajadi gitu hehe..
mandi time..sejuk ooo hehe..
sebelum bertolak pulang..
all rider get ready..muka kegembiraan walaupun minyak motor tinggal cukup makan je untuk keluar dari sini hehe..
Lebih kurang pukul 3.30 petang kitorang bergerak untuk pulang..time ni para rider semua dah gelisah pasal minyak motor semua dah nak kering..habis semua pakat bawak slow sampai jumpa stesen minyak haha..apapun aktiviti kali ni memang best..banyak pengalaman yang aku dapat antaranya digigit pacat..serius aku takut giler masa pacat tu dok kat kaki aku..walaupun tak rasa sakit tapi entah la..mungkin kali pertama kot hehe..harap-harap lepas ni ada lagi aktiviti camni pasal InsyaAllah lepas ni aku mungkin dah tak depend pada kamera telefon 2 megapixel mak aku untuk amik gambo pasal aku dah nak hampir beli benda tu hehe..
p/s : perlu lebih berhati-hati membicarakan soal hati kat blog ni..ehh ada ke aku membicarakan soal hati kat blog ni? just chill it out la hehe..
0 comments:
Post a Comment