Entri kali ni aku nak sambung pasal entri sebelum ni...klik sini pun bole kalau nak baca la...entri ni masih berkisar tentang sejarah
Handphone kedua yang aku pakai sebelum ni ialah Nokia 6600 atau lebih dikenali sebagai nset sabun...aku pun pelik kenapa orang suka sangat panggil nset ni dengan nama nset sabun...bau dia takde la wangi sangat hehe..
Nokia 6600 aka Nset Sabun
Handphone ni aku beli selepas lebih kurang setahun lebih aku guna Nokia 6020 aku tu...masa tu umur aku hampir nak masuk 15 tahun pasal aku beli masa cuti sekolah akhir tahun...tahun 2007...aku beli second hand je masa tu...harga dia bapak tak boleh blah RM 400...memang mahal gaban time tu dengan status aku sebagai seorang pelajar...habis semua duit simpanan aku...tapi time tu aku tak kisah pasal zaman tu adalah zaman di mana semua orang pakai handphone yang ada memori kad...kiranye aku ni mangsa kes terikut trendy la hehe...
Semuanye bermula selepas aku menyedari yang Nokia 6020 aku tak boleh nak sumbat lagu mp3 banyak-banyak...ditambah pulak dengan trendy member aku yang mula bertukar kepada handphone yang mempunyai memori kad sebesar 512 MB...walaupun kapasiti cuma 512 MB itu sudah memadai ketika itu...aku mula terfikir untuk membeli Nokia 6600 ni selepas aku memegang Nokia 6600 kepunyaan member aku iaitu Farish...time tu aku tengok Nokia 6600 ni bajet macam Nokia N95...semua ada...boleh masukkan mp3..boleh sumbat software...masukkan game dan kamera dia yang sebesar 1.3 Megapixel standart VGA je haha...dan akhirnye aku nekad untuk membeli sebijik Nokia 6600 berstatus second hand di pekan Parit Sulong dengan harga RM 400 tanpa memori kad !!...chilaka itu tokey tipu sama gua...mentang-mentang time tu muka gua muka suci dia boleh tipu aku hidup-hidup..bila aku tanya kedai lain dengan RM 400 aku dah boleh dapat memori kad sebesar 1 GB...tapi takpe la..benda dah lama nak wat camne...emo ke aku haha...
Lebih kurang 2 bulan lepas tu baru aku dapat beli memori kad cap kingston sebesar 512 MB...itu pun abang aku yang tolong belikan...takut aku kena tipu lagi haha...lepas je dapat memori kad terus aku sumbat beratus lagu mp3 yang kebanyakkannye bergenre rock kapak ke dalam Nokia 6600 aku tu...lepas aku masukkan tetibe aku tengok lagu semua tak boleh main...aku dah mula pelik kenapa handphone aku tu tak bole mainkan lagu sedangkan dulu masa tengok Nokia 6600 member aku boleh je main lagu...aku tanya abang aku dan rupa-rupanye aku kena pasang satu software mp3 dulu kat Nokia 6600 aku ni...macam yang abang aku buat dekat Nokia N-Gage QD dia dulu...betapa cetek pemikiran aku time tu haha...
Kerjaya aku bermula selepas aku guna Nokia 6600 ni...time tu handphone macam aku ni senang je nak masuk virus...bluetooth sikit dah masuk virus...first time handphone aku masuk virus aku dah tak tau nak buat apa...nak buat apa-apa semua tak boleh...mp3..video..mesej semua tak boleh bukak...sampai la satu masa aku nekad untuk selesaikan masalah ni sendiri dengan bertanya kepada En.Google melalui nset mak aku...habis semua kredit ditelan tetapi berbaloi lepas aku dapat cari jalan penyelesaian untuk baiki handphone aku tu...caranye adalah dengan mengformat semula...ada button rahsia untuk buat hard reset kat handphone aku ni...rasanye sekarang ni ramai dah tau buat...selepas tu aku mula baiki handphone member aku yang terkena virus tanpa perlu dihantar ke kedai dan dikenakan caj kaw-kaw punye oleh tokey kedai nset...dengan bayaran RM 5 semua setel haha...dan dari situ aku mula dapat ramai kawan dari yang kenal sampai la yang aku tak kenal langsung...time tu aku digelar budak nset...sesape ada masalah nset mesti datang jumpa aku haha...
Aku pakai Nokia 6600 ni tak lama...dalam 8 bulan je..akhirnye aku jual nset aku ni kat member aku iaitu Jamal dengan harga RM 250...pada mulanye aku tak mahu jual sebab aku masih sayang dekat handphone aku ni tapi lepas berulang kali member aku yang sorang ni tawarkan harga untuk beli akhirnye aku give up...bermula dengan harga RM 150 bertukar kepada RM 250...aku letak harga RM 250 dengan harapan member aku ni putus harapan untuk beli nset aku tapi jangkaan aku meleset selepas harga yang aku bagi tu diterima bulat-bulat oleh member aku ni...dan on the spot perbualan aku melalui telefon tu menjadi serius...petang tu jugak aku jual nset aku kat member aku ni tanpa pengetahuan ahli keluarga aku...
Dan selepas tu aku mula menjadikan RM 250 tadi sebagai modal awal untuk aku beli handphone baru...start dari hari aku jual nset aku tu aku mula simpan duit yang ayah aku bagi...sehinggalah ke satu tarikh yang aku takkan lupa...akhirnye aku dapat membeli sebuah smartphone ...???...aku sambung nanti je la...mata pun dah ngantuk ni...pukul 3 pagi dah ni...
p/s : pagi nanti kena pergi bank lagi...
0 comments:
Post a Comment