Selamat malam readers...kenapa korang tak tido lagi ni..bukan ke dah larut malam ni..besok pagi dah kena bangun pagi pergi kerja..takpun pergi sekolah..kan ada nanti yang bangun lewat pasal baca entri aku ni hehe..biasa la pagi isnin ialah pagi yang paling liat untuk segelintir daripada kita untuk bangun awal..tak gitu hehe..
Tadi masa aku tengah berangan nak ajak lisa surihani keluar makan tetibe ada satu memori dalam kepala otak aku ni yang macam buat flashback masa aku kecik-kecik dulu..yee zaman kanak-kanak ketika aku belum baligh lagi..perkara yang buat flashback tu sebenarnya memori masa aku dengan abang-abang aku kecik lagi..ketika tu kitorang adik-beradik masih belum pandai nak mengayat perempuan macam sekarang ni hehe...masa tu kitorang ada main satu permainan ni nama dia jutaria..
Macam ni la bentuk dia..ala-ala permainan monopoly dengan saidina tu..aku ingat lagi masa tu abang aku yang sulong akan jadi bank iaitu tukang mengagih duit sambil bermain..time tu aku tak berapa nak pandai bab kira mengira ni..yang aku tau beli rumah beli hotel beli tapak..memang kira nostalgia jugak game ni..
Game ni tak akan pernah habis kalau kitorang adik-beradik main..kadang-kadang tu main sampai 2-3 jam baru berhenti..itu pun kalau ada yang bankrap..kalau takde abang aku akan ambil satu kertas pastu catat berapa properties masing-masing..kononnye nanti besok boleh sambung main lagi..tapi takde maknanye pasal bila setiap kali kitorang nak main lagi mesti restart game baru..ada je alasan "ala ko main tipu semalam".."ko kira duit tak betul semalam"..tak pun kertas catatan harta tu hilang..tak tau ke mana hilangnye hehe..
Kadang-kadang seronok bila kita ingat masa silam kita..segala kenangan tu seolah-olah macam tak hilang walaupun benda tu dah lama berlaku..memang best giler masa tu..gelak sama-sama..kena marah sama-sama..itulah yang jadik kat kitorang tiga beradik masa kecik dulu..sekarang ni semua pun dah besar panjang..dah ada haluan masing-masing..nak gelak sama-sama macam dulu pun macam agak susah sekarang..dah tak berapa nak ngam gitu..dah besar la katakan..tapi macam peribahasa melayu kita cakap "air yang dicincang takkan putus" itulah kehidupan...
p/s : katakan tidak pada
2 comments:
aku dulu pun suke men nate ni..siap gaduh2 ngan sdare mare..huhuXD
Nak tanya macam mana harga nak beli rumah?
Post a Comment