Pages

24 January 2011

Home » » Pertama Kali Aku Daki Bukit

Pertama Kali Aku Daki Bukit

Assalamualaikum....

Malam dah menjelma...tapi aku still dok ngadap lappy..mata pun dah ngantuk..tapi aku still main tenet..ayah aku dah tido...tapi aku still tulis entri ni hehe..

Pagi tadi aku bersama pelatih TSK (Teknologi Sistem Komputer) Giat Mara Parit Sulong telah pun selamat mendaki dan menuruni sebuah bukit yang terletak tidak jauh daripada pekan Parit Sulong..sebenarnye ni bukan kali pertama aku daki bukit pasal dulu aku pernah naik gunung ledang..tapi takpe la..gunung dengan bukit tak sama kot hehe..well honestly aku tak tau nama bukit yang aku daki tu...ataupun bukit tu memang takde nama kot hehe..bukit yang aku daki tu takde la tinggi mana macam gunung jerai tapi cukup tinggi untuk melihat pemandangan sekitar pekan Parit Sulong ni..satu pengalaman yang menarik sepanjang aku menyertai komuniti Giat Mara Parit Sulong ni..

Memandangkan mata aku ni dah berat semacam je so aku pun malas la nak tulis pepanjang..takut apa yang ditulis nanti tak dapat dibaca oleh mata korang..lagipun ada ke orang nak baca hehe..

Jalan ke kaki bukit...kena redah kebun kelapa sawit dulu..

Terima kasih kepada tuan rumah sebab benarkan kami letak motor kat sini...

Pendakian bermula...

 Panorama kelapa sawit hehe..

Pemandangan sekitar bukit...

Berehat kejap...

Budak kampung mana ni hehe..

 Semakin tinggi sedikit...

 Whoaa sape ni...calon menantu makcik ke hehe..

Daki sampai sini jek...

 Tu dia nampak dah pekan Parit Sulong...

 Cantik pulak aku tengok pokok ni...

 Kamera 2 megapixel kalau di zoom memang mengecewakan...

 Tumbuhan liar...

 Matahari dah naik...

Balik sudah...

Itu la dia sedikit sebanyak apa yang lalui tadi..walaupun tak mencabar bagi aku tapi cukup untuk membuatkan nafas aku tercungap-cungap seketika..dengar-dengar pada bulan tiga nanti akan ada program perkhemahan pula di Endau Rompin tapi masih diperingkat perancangan..kalau jadi aku akan kongsikan nanti...ok la aku nak tido dulu..kan lambat pula bangun besok pagi...

p/s : Antara Gitar dan Nokia N8 mana satu patut aku rembat dulu?

4 comments:

aQi + GenGkey said... [Reply]

walawei..
cambez je trip bro..
pmandangan pun terbaek..

p/s: ibanez bro..:D

Cik Lily Putih said... [Reply]

suke mendaki jugak.. seronok rasanya bila di puncak..

Adha said... [Reply]

@aQi GenGkey mmg best pun hehe..
dpt pengalaman baru la katakan hehe..

Adha said... [Reply]

@CikLilyPutih betul tu..rasa puas bila penat lelah kita dibayar dgn pemandangan kat ats puncak tuh...:b

Para Pengikut Yang Superb Setia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...