Assalamualaikum...
Malam semalam kelas aku ada buat jamuan akhir tahun...semua budak kelas aku terlibat kecuali ada beberapa orang yang mungkin ada hal lain dan tak dapat datang...memang happening malam semalam..iyalah majlis ni boleh kira majlis perpisahan sebab lepas ni semua orang ada hala tuju masing-masing dan mungkin dah tak dapat nak jumpa selalu macam dulu...
Petang tu member aku kat atas ni ada tolong-tolong sikit untuk majlis malam tu...berbakat betul mereka ni kalau buat kerja dapur hehe...time ni aku tak datang pasal aku takut dengan air bawang (sorry guys aku tak datang tolong)...inilah yang dikatakan semangat kerjasama yang selalu dilaungkan oleh karekter wonderpet kat tv tu hehe..
Bila malam dah menjelma maka bermulalah majlis santai ni...memang happening betul malam tu..tengok je gambat dekat atas ni macam tu lah happening kami...
Makan time !!!
Gambar ni pulak masa kami bergambar dengan guru matapelajaran perdagangan kami iaitu En.Tarmizi (yang pegang plastik)..beliau ni tetamu VVIP kami yang sanggup datang ke majlis kecil kami ni..terima kasih cikgu !!!...oh yee yang cantik manis tu tuan rumah majlis ni hehe..
Inilah gambar kenangan kami...bekas pelajar 5 SPM 4 SMK Dato Sulaiman 2010...lepas ni kemungkinan semua akan ikut haluan masing-masing...harapan kami kitorang semua takkan lost contact terus lepas ni...harap dapat la kekalkan sampai semua dah ade keluarga masing-masing nanti....akhir kata..this is what i called friendship...no matter what happen we all still sahabat (alamak speaking sudah hehe)
p/s : mana satu gambar aku kat atas tu yek hehe...
Sekali-Sekala Menulis, Mana Cukup Satu
1 week ago
1 comments:
Lepas ni masing-masing buat haluan masing. Harap-harap ikatan persahabatan tidak akan terputus
Post a Comment