Pages

16 November 2010

Home » » Minggu Depan Aku Ambil SPM

Minggu Depan Aku Ambil SPM


Assalamualaikum..nampak tak gambar kat atas ni..mesti korang nampakkan pasal kalau korang tak nampak itu menandakan korang hanya singgah dan drop shoutbox dan berlalu pergi..ooppss..terlebih sudah..

Entri ini lebih menjurus kepada diari aku..jadi jangan PELIK la yee hehe..



Tapi aku tak berapa kisah sangat sekarang ni pasal tu sebab bende yang paling aku kisah sekarang ni ialah Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia aku yang tengah nak tunggu masa berlabuh dekat dewan peperiksaan sekolah aku nih..senang cakap tinggal seminggu je lagi..serius aku cakap aku memang tak percaya minggu depan aku akan menghadapi SPM..rasa macam kejap je masa ni berlalu..dulu masa mula-mula aku menjejakkan kaki di SMK Dato' Sulaiman tempat aku bersekolah dari tingkatan 1 aku rasa macam jauh je perjalanan aku kat sekolah ni..macam-macam aku dah lalui..cakap je..kena marah dengan cikgu..kena denda pasal homework tak siap..tertinggal bas..gaduh dengan member..ahh banyak lagi la..
Tetibe sekarang ni aku dah masuk tingkatan 5..daripada junior sekolah menjadi senior sekolah..walaupun senior aku kurang dikenali kat sekolah pasal aku ni low profile sikit..malu kucing..caring..penyayang..ahh terlebih sudah..ok bab aku dah masuk form 5 ni memang tension beb..tapi tension ni datang bila dah saat-saat genting macam ni..maksud aku bila dah nak dekat dengan peperiksaan ni lain sikit dia punya feel tu..masa awal tahun aritu aku tak rasa tension langsung..betol..mungkin sebab aku ni bukan dari kalangan pelajar kelas pertama kot..biasa saja..pelajar kelas pertengahan atau dikenali sederhana atau apa-apa sahaja..time ni la baru kesedaran tu datang tengok aku nih..bila tengok balik kertas result yang lepas-lepas tu rasa macam down je..rasa nak putar balik masa ni pun ada gak..terfikir gak lepas abis SPM ni ke mana aku nak pergi..sampai ke surat tawaran kat rumah aku..masuk U ke aku ni..atau Poli je..atau Form 6..atau..ahhh nanti saja aku fikirkan..

Tapi bebende semua tu sekarang ada kat belakang..sekarang ni tinggal kat depan je..nak tak nak aku kena melangkah ke depan..melangkah dan melangkah..dan aku nak kaki aku melangkah sampai ke puncak dunia ni..(wahh besar betul impian aku ni)..jadi dengan kesempatan masa yang ada ni aku nak minta maaf kat korang semua yang aku anggap sahabat kat dunia maya ni..kalau aku ada terbuat korang sakit hati..ataupun korang terasa hati dengan aku harap maafkan la aku ni..seorang blogger tak bertauliah lagi terpinggir..ooppss terlebih sudah...


This Post Is Under CAKAP-CAKAP ADHA

Para Pengikut Yang Superb Setia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...