Salam Kemerdekaan kepada semua..seperti yang kita semua tahu tahun ni Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-53..wahh satu jangka masa yang agak lama..tapi mampu ke kita nak pertahankan tempoh masa tu..hurmm..pasti boleh jika kita ada semangat patriotik cintakan tanah air kita...mesti korang semua ada kan..
Teringat aku kat cikgu sejarah aku yang bila masuk kelas terus cerita pasal sejarah..sesungguhnye sejarah tu amat berharga jika kita dapat merasainye..tanye saja kepada ibu bapa atau orang lama yang lahir sebelum merdeka pasti ada saja kisah kemerdekaan mereka yang tersendiri..hidup dalam kesusahan..terpaksa berlapar..kekejaman jepun dan komunis..macam-macam lagi la yang pasti masih lagi terpahat dalam ingatan mereka..mak dan ayah aku sendiri lahir sebelum zaman merdeka..tapi zaman sekarang ni aku tengok anak-anak selepas merdeka lain sungguh dari yang mak bapak aku cerita semasa mereka kecil..sekarang ni nak makan senang pergi je warung takpun KFC takpun PIZZA ke..dulu mana ada..nak keluar rumah pun kaki mengigil je dek kerana ketakutan dikejar jepun mahupun komunis..kalau dulu time pergi sekolah sanggup berjalan kaki berbatu-batu semata-mata nak menuntut ilmu..tapi sekarang kebanyakkan anak-anak malas dah nak pergi sekolah walaupun dekat dan diberi kemudahan bas dan motorsikal..
Sepatutnye kita anak merdeka ni kena merasai pahit getir pejuang bangsa yang sanggup menumpahkan darah mereka semata-mata nak melihat tanah air mereka dan cucu cicit mereka ni hidup aman damai..kalaulah mesin masa doraemon tu wujud pasti sudah dibawa mereka-mereka yang berjiwa keras ni ke zaman darurat sana..biar mereka merasai apa yang dilalui oleh nenek moyang kita ketika itu..sikap
racist antara kaum kat Malaysia ni pun satu hal..dulu Tun Tan Cheng Lock,Tunku Abdul Rahman dan Tun V.T. Sambanthan bukan ke diorang sama-sama berjuang tuntut kemerdekaan negara walaupun mereka berlainan bangsa..kenapa sekarang ni kita nak berbalah satu sama lain dan kenapa kita tak ambik iktibar tentang peristiwa bersejarah ni..itu kita kena sama-sama fikir sebagai seorang rakyat Malaysia yang mahu kemerdekaan ini bertahan selamanye..
Akhir kata..selamat menyambut hari kemerdekaan ke-53..tetibe teringat pulak kat lagu patriotik "Jalur Gemilang"..asyik ingat lagu raya je hehe..
3 comments:
salam kemerdekaan...
=)
merdeka3!!! hukhuk semangat ya..
salam 1 malaysia...
Post a Comment