Pages

27 July 2010

Home » » Lelaki Pemalu

Lelaki Pemalu

                                            Gambar Hiasan Dari En.Google

Salam semua...korang tau tak hari ni masa telah bermurah hati untuk memberi aku kesempatan untuk menulis entri kat blog ni.Aku sebenarnye agak sibuk (sibuk main PES 2010 sampai kena marah ngan parent haha)tu pasal la tak aktif sangat minggu lepas sampai traffik pun jatuh tergolek-golek(traffik kat blog ni xde la tinggi mana pun haha).So apa aku nak tulis kali ni ialah pasal...Lelaki Pemalu..so ada apa dengan lelaki pemalu ni pada pandangan aku..ni aku ada hasil pemerhatian ringkas nak bagitau...

Diorang ni sebenarnye jauh dalam lubuk hati diorang ada satu perasaan atau keinginan untuk mengatasi perasaan malu tahap tembok besar cina diorang ni.Tapi diorang tak mampu untuk mengatasi masalah tu sebab diorang takde keyakinan diri yang kuat dan keazaman yang kuat untuk mengatasi sifat malu tahap gaban tu.

Cakap pasal perempuan makin besar masalah diorang ni bila berhadapan dengan perempuan lebih-lebih lagi dengan perempuan yang dia suka.Biasanya diorang ni akan bersikap anti sosial dengan kawan perempuan diorang contohnye diorang akan mengelak untuk bercakap dan bersemuka.Bila kawan lelaki diorang ni syok-syok layan dengan member perempuan tinggal la si lelaki pemalu tadi lalu secara automatiknye sifat pendiam pula yang merasuk diri lelaki pemalu ni.

Selain itu (kalu dalam karangan ni penanda wacana namanye haha) diorang ni akan cepat gugup bila berhadapan dengan perempuan lebih-lebih lagi bila eye to eye.Selain itu juga mereka ni akan berpura-pura cakap agak kasar sikit dengan perempuan untuk menunjukkan diorang ni kuat dan bukan lelaki melayu terakhir haha padahal dalam hati pehhh sopan je taman bunga gitu.So kepada perempuan diluar sana kalau ada terjumpa diorang ni cuba-cuba la dekati diorang ni and try (speaking sepatah dua je haha) to understand diorang ni.Silap-silap boleh jadi calon suami good-good untuk korang haha x gitu...

Cakap pulak pasal cinta (aku takde pengalaman nak citer camne ekk) aku rasa diorang ni lagi menderita kot.Kenapa...?..dee dah nama pun pemalu dengan perempuan camne diorang ni nak kasi luah hati diorang yang berbunga tu kat si jantung hati diorang tu.So akhirnye diorang pendamkan je la keinginan diorang tu dan jadi stalker plak spy si jantung hati dari jauh or diam-diam hikhikhik...Cuba kalau dibawaknye perangai pemalu ni sampai ke tua alamat tak kawin la diorang ni takpun terpaksa ikut pilihan hati mak bapak x gitu haha.

Cakap pasal public plak aku tengok diorang ni cam nak sepak je...Kenapa...cuba bayangkan dia nak beli barang..dah nak bayar tu tetibe dia cakap..wee nah duit bayarkan untuk aku..kalau sekali dua tak apa aku tak kisah..tapi kalau dah tiap kali wat camtu apa hal!!!...Tak kan la malu sangat sampai nak bayar barang kat kedai pun suruh orang bayarkan agak-agak la kan.

So aku buat kesimpulan ringkas tentang pemerhatian ringkas aku ni.

  1. Diorang perlukan sokongan dari kawan-kawan yang baik lebih-lebih lagi keluarga
  2. Kawan-kawan diorang ni kena prihatin dengan masalah diorang ni
  3. Kawan-kawan diorang kena faham dan cuba untuk tolong diorang ni cam bagi galakan ke apa ke kiranye yang baik-baik la
  4. Diorang ni kena cari keyakinan diri untuk menghadapi hari-hari yang mendatang
  5. Diorang tak boleh jadi katak bawah tempurung untuk selamanye
  6. korang pikirlah sendiri kehkehkeh... : )

p/s : merujuk gambar di atas...malu itu indah..malu itu fitrah..janganlah jadi orang yang tak tahu malu

3 comments:

Anonymous said... [Reply]

saya pun nak cerita tentang perkara yang sedang saya alami sekarang iaitu menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki pemalu yang amat tahap raksasa hatta jiran saya sendiri.Kalau dulu kan saya ok je pasal dia entah kenapa hati saya berbunga apabila terpandang wajahnya.Nak kata hensem biasa jer...family dia kenal rapat dgn family saya...saya ni pulak masih menyendiri memang saya teringin untuk lebih dekat dengannya.....saya dah cuba tatap matanya tetapi dia mengalihkan pandangannya dan wajahnya merah padam....saya tak tahu lagi apa yang harus saya buat tolonglah saya...saya benar2 menyukai dirinya sebab dia baik sangat dengan mak & ayah saya....saya cuma mampu berserah pada Allah SWT agar memberi kekuatan dan keberanian kepadanya..insyaallah...

Jaja said... [Reply]

hoho..brue aq taw..
well..aq pon ade mnat dkat sorang mamat tuw..yg aq taw,dlm fmily dy tue..xd sorang pon popuan..so mmgkn tu pon slah 1 faktornye..
brbalek kpd tdy..ya..aq mmg gle masyuk kat dea..kwn2 dea ckp yg dye tu pon nk kat aq..xtaw la btol ke x..tp aq rse ye dah sbb dye slalu tngok aq(besenye dr jauh la..)..kdangkale tu aq rse cm nak ngis je..bncie pon ade..klu cmnie la jdnye..smpai ke tue pon xkan abis..patot ke aq yg si pompuan ni mulekan langkah prtame..?ke aq kne tnggu dy dlu..slow2 la knonnyew..

Anonymous said... [Reply]

aku pun pemalu .. tapi adik beradik aku semua perempuan .. peliknya aku boleh berkomunikasi dgn adik beradik aku ..tapi aku failed kalau dgn perempuan yg memikat hati .. tak semestinya jatuh hati .. kadang2 dia cantik pun dah boleh cair ..sebenarnye lelaki pemalu ni gatal .. tetapi tak tau nak buat camner .. so sebab tu dia setia pada yang satu kot ... maybe tak kalau dia dah tau rahsia/skill mengorat dan mencapai tahap keyakinan diri .. mungkin dia akan jadi lagi teruk dari kasanova .. sebab orang pemalu pemendam perasaan nombor satu tapi tak pernah luahkan pun .. kalau luahkan pun dia akan pastikan orang tak amik serious tentang tu .. macam gurau2 je .. dan dia cukup pandai mengorat dalam dunia siber ..sebab dia cuba sedaya upaya untuk sesuaikan keadaan agar tak jadi kelam kabut .. mungkin sebuah penyelesaian yg berguna hasil penggunaan laman sosial .. kadang2 lelaki pemalu ni sebenarnye banyak bercakap dan boleh atasi malunye for some reason sebagai contoh kalau awek member dia terpaksa duduk setable dgn dia .. dan bila keadaan jadi awkward lelaki tu akan tanye soalan2 ringkas yg agak serious dan cuba untuk sesuaikan keadaan .. dan perempuan juga perlu mainkan peranan kalau lelaki pemalu ni tadi cuba letak effort .. cuma akan jadi masalah pada awek pemalu ... dia akan jadi sama seperti laman social .. sepatah ditanya sepatah dijawab diselangi ketawa kecil bagi mengelakkan keadaan menjadi terlalu sunyi .. atau lebih pelik ketawa pada benda yang tak lawak pun .. itu tanda dia suka kamu .. eceh .. saya baca semua ciri2 lelaki pemalu .. dia hampir sama cuma kadang2 ade lelaki pemalu bersifat cool ... nampak macam tak pemalu sebab dia cuba sedaya upaya sorokkan identitinya tapi kadang2 bocor jugak .. sebab ciri2 tu datang semulajadi .. tak dapat nak kawal .. jadi kadangkala sikap seorang pemalu ni tak boleh diramal .. kalau lelaki tu takdek effort untuk mengatasi malunye dia akan jadi anti-social ... dan hakikatnye orang anti-social ni adalah sebuah misteri yang sometimes agak mengejutkan bila tau siapa dia ... atau siapa saya .. wahahaha

Para Pengikut Yang Superb Setia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...