Pages

29 July 2010

Home » » Cinta Monyet Pada Pandangan Aku....

Cinta Monyet Pada Pandangan Aku....

monkey love Pictures, Images and Photos


Salam semua...hari ni aku nak kongsi pendapat ringkas aku (ehh asyik ringkas je) pasal satu benda yang dipanggil cinta beruk monyet.Pada fahaman aku cinta monyet ni hanyalah satu perbuatan suka-suka atau gatal untuk ada pasangan pada usia yang muda.Kebiasaanye cinta monyet ni berlaku kat budak-budak sekolah yang masih mentah yang kemaruk untuk merasai cinta sedangkan mereka tidak tahu apa itu cinta.Bila dah hanyut dalam cinta monyet mulalah mereka ni berjiwang-jiwang cam send mesej bunyinye.."i sayang u..i nak kawin ngan u...u cinta pertama dan terakhir i...i akan setia kat u selamanye"...arr lebih kurang camtu arr..bila dah camtu mula la keinginan nak kawin dengan si dia kerana cinta membuak-buak dalam diri.


Tapi nak kawin makan minum mak bapak tanggung lagi..apa ingat nak bagi anak orang makan pasir dengan batu ke bila dah kawin nanti..kalau setakat mampu bagi nafkah batin je tapi nafkah zahir entah ke mana tak payah la nak sebut pasal kawin ni.So kat sini aku syorkan perempuan kat luar sana jadi la perempuan meterialistik sebab korang juga yang untung nanti.Kalau setakat nak harapkan cinta sejati untuk tampung hidup korang alamat makan pasir lauk ketam batu la jawabnye seumur hidup korang.So kepada lelaki gak belajar la dulu elok-elok dapat result nanti biar gempak cari kerja best-best gaji masyuk je sebab bila dah kawin nanti tanggungjawab lelaki akan lebih besar dan banyak ujian dan dugaan yang akan datang untuk menguji seseorang lelaki itu

ok ni lagu bezz yang aku nak kongsi hari ni enjoy...
Spider - Cinta Budak Sekolah

0 comments:

Para Pengikut Yang Superb Setia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...