Pages

20 June 2013

Home » » KL Gempak Gengsterz Nokharom Baek Punye

KL Gempak Gengsterz Nokharom Baek Punye

Assalamualaikum.
Apa khabar semua sihat? Iye la sekarang ni kan musim jerebu. Mana la tau kot kot antara korang ada yang tak sihat kan. Batuk sana batuk sini akibat wabak jerebu ni. Tempat aku Batu Pahat memang teruk. Time pagi mesti korang rasa macam ada dekat Hidden village of Mist. Macam ada si Zabuza tengah lawan dengan Naruto time tu. Tak nampak apa. Tapi yang peliknye kat tv takde sebut pun. Yang masuk Muar dengan JB. Batu Pahat mana entah. Teruk kot jerebu sini.

Tutup kisah jerebu aku nak sembang kencang pasal imaginasi aku. Pernah tak korang imagine filem fantasi korang sendiri? Maksud aku bukan la filem barbie doll nokharom macam tu. Filem yang korang nak tengok dengan para pelakon dan jalan cerita yang korang sendiri syok sendiri macam tu haha. So aku adalah imagine sendiri nak tengok cerita bertajuk "KL Gempak Gengsterz Nokharom Baek Punye" hasil daripada penantian aku nak tengok KL Gengster 2  pada bulan oktober tahun ni. Cerita ni genre dia full action. Aku paling menyampah tengok filem yang komedi action. Buat filem serius baru la best.

Aku mana reti nak buat jalan cerita apa semua tu. So aku listkan la para pelakon terhebat yang aku fikir boleh buat filem imaginasi aku ni boxoffice tahap dewa dan masuk pawagam kat luar macam Jepun dengan Americano sana.

1. Aaron Aziz
  • Well of course la kalau nak buat cerita aksi mesti kena ada abam Aaron Aziz ni. Dia ni pakej dah ada. Body lekuk sana sini. Muka ada boleh tarik peminat perempuan tengok filem ni. Tapi tak boleh bagi dia ni pegang watak jahat. Watak gengster good side punya, dia memang orang yang paling layak.
2. Adi Putra
  • Haaa yang ni pun boleh kata baek punye. Adi Putra ni pun boleh tahan dia punya skill berlakon bab lawan-lawan ni. Boleh jadi watak jahat dengan watak baik. Dia ni boleh geng dengan Aaron Aziz kalau nak fight. Dua-dua kalau bertumbuk tak mati-mati.
3. Sofi Jikan
  • Sofi Jikan ni pun boleh tahan dia punya nokharom. Giler best dia punya skill. Tapi kalau boleh bagi dia watak jahat yang power. Yang tembak kat dada pun tak mati. Bukan macam dalam KL Gengster. Kena pukul 2-3 kali dah tumbang. Cuba buat macam Bohsia 2 tu. Memang terbaek.
4. Zul Huzaimy

  • Dia ni antara pelakon yang aku salute dengan skill lakonan yang dia ada. Bagi je watak jahat kat dia ni confirm jalan punya. Memang takkan kecewa la dengan apa yang dia boleh buat dalam filem aksi ni. Sesuai watak jahat yang jenis kau tikam 10 kali pun tak lut kat badan dia. Tapi kalau bagi watak baik pun boleh jugak. Dia ni aku tengok jenis pelakon serba boleh. Paling best watak jahat dalam citer Remp-It.
5. Farid Kamil
  • Ok dia ni direct bagi watak gengster baik macam Aaron Aziz. Watak jahat tapi baik. Walaupun muka dia ni ada ala-ala jambu sikit tapi bab bertumbuk aku suka. Jenis yang kau tumbuk 10 kali tapi dia still bole fight walaupun dah nyawa ikan. Itulah dia Farid Kamil. Mohon director bagi dia 125Z sebijik untuk dia berlakon. Sumpah smart.
6. Shaheizy Sam
  • Ni lagi sorang yang aku rasa boleh diserapkan ke dalam salah satu watak jahat dan baik. Kalau watak jahat bagi dia betul-betul jahat tapi giler macam dalam citer Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam tu. Watak baik pulak buat macam citer 8 jam tu. Tapi ubah kepada watak baik yang baik tapi tak gila. Gengster baik la. Pastu bagi RXZ sebijik kalau jadi watak jahat. Kalau watak baik suruh dia jalan kaki je.

7. Bront Palarae
  • Ni pulak Bront Palarae. Antara yang aku minat kat industri perfileman Malaysia ni. Bagi dia watak jahat atau baik yang sempoi mesti jadi. Dia ni boleh geng dengan Farid Kamil/Sofi Jikan. Ataupun jadi gengster solo. Walaupun badan agak keding tapi tembak pakai sniper pun dia boleh elak la. Camtu la skill dia yang aku tengok haha.

8. Sharnaaz Ahmad
  • Ok untuk Sharnaaz Ahmad ni sesuai bagi dia jadi gengster jahat yang degil. Yang walaupun tahu dekat depan ade meriam bazooka bagai tapi tetap mara ke depan nak pukul orang. Macam tu la dia punya watak kalau jahat. Pastu jangan bagi watak yang serius. Bagi dia macam watak Lan Todak tapi matang sikit. Watak baik macam tak sesuai pulak.
9. Beto Khusyairi
  • Ok dia ni bagi watak gengster baik. Kalau watak jahat rasanye tak sesuai kot. Aku tak tahu macam mana rupa dia kalau jadi jahat. Tapi yang aku tahu dia ni serba boleh. Boleh hasilkan watak yang unik.
10. Khir Rahman
  • Yang ni feveret. Bagi dia watak jahat terus. Tapi jangan bagi terlalu serius. Jahat yang sempoi. Watak baik takut kena mati awal. So boleh geng dengan Sofi Jikan.
Itu lah dia sepuluh pelakon yang aku rasa boleh bagi filem inaginasi aku ni perfect dari segi jalan cerita yang aku pun tak tahu. Tapi apa yang pasti 80% aksi dan 20% sempoi tapi bukan komedi. Itu akan menjadikan cerita ni sebagai cerita gengster terulung dekat Asia ni haha. Tapi kalau fikir logik 10 pelakon ni kalau digabungkan dalam satu filem mesti mantap habis. Dan kalau boleh cerita tu bukan lah pasal nak berebut perempuan. Kalau protect perempuan tu iye tapi kalau cinta meleret-leret confirm hancur citer gengster aku ni. Kalau boleh pengarahnye bagi dekat Syamsul Yusof. Sorry to say tapi kalau hang berlakon aku tak rasa filem imaginasi aku ni akan jadi meletup tapi kalau bab mengarah ni kau memang nombor satu terbaek bro.

Buat la satu filem aksi yang out of the box. Bukan tipikal filem melayu. Masyarakat kita ni kena upgrade mentaliti untuk terima benda baru. Bukan nak tengok Adnan sempit yang asyik bawak modenas tu je. At least ada perisa baru untuk tontonan kita. Aku tak reti nak cakap pasal aku bukan orang seni sangat. Tapi kalau boleh buat la sesuatu yang baru yang membolehkan filem melayu ni dicetak ke atas kepingan Blue-Ray dengan paparan yang HD. Bukan setakat paparan petak-patak DVD tu. Kalau HD kualiti filem tu mesti la HD jugak kan. Dan durasi pun at least 2 jam. Baru berbaloi beli tiket.

p/s : alhamdulilah sepanjang duduk rumah ni perut asyik kenyang je. Duit pun tak keluar. Itu la dia berkat balik rumah ni.

2 comments:

realridz said... [Reply]

mohon post tentang blogger terhebat di malaysia..

Adha said... [Reply]

@Mohamad Ridzuan Abdul Majid blogger terhebat? banyak kena pikir ni.

Para Pengikut Yang Superb Setia hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...